Lazada Malaysia

Tuesday, March 12, 2013

Home » » Tutorial : Daftar, Upload Lagu & Ambil Kod Lagu MP3 Di Irondj.net

Tutorial : Daftar, Upload Lagu & Ambil Kod Lagu MP3 Di Irondj.net

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, akhirnya irondj.net dah baiki server applikasi ni dan saya berpeluang untuk ajar korang bagaimana nak daftar irondj.net, upload lagu ke dalam irondj.net dan ambil kod lagu mp3 dari irondj.net untuk dimasukkan ke dalam mp3 player. Ketiga-tiga langkah saya nak ajar ni. Harap korang pahamlah nanti ye. Kalau ada sebarang pertanyaan, tanya saje di kotak komen entri ni ye. Jom kita mulakan... :)

DAFTAR IRONDJ.NET

1. Pertama sekali, buka link INI.

2. Ikut apa yang anak panah tunjukkan.


3. Selepas itu, isi kesemua butiran yang diminta seperti yang ditunjukkan oleh gambar di bawah. Dan jangan lupa isi word captcha. Setelah siap isi, klik Sign up.


4. Buka inbox emel yang korang dah daftarkan untuk irondj.net tadi. Tajuk emel; iDJ : WELCOME TO IRONDJ.NET. Korang akan dapat link untuk PROFILE PAGE, YOUR PODCAST, UPLOAD A NEW MIX BROWSE THE IRON LIST.

* Korang dah siap daftar irondj.net. Saya akan ajar pula bagaimana nak upload lagu ke dalam irondj.net.

UPLOAD LAGU KE DALAM IRONDJ.NET

1. Bukak link INI untuk log in.

2. Kemudian, klik upload.


3. Isi butiran yang dikehendaki. Selalunya saya cuma isi bahagian yang ditunjukkan anak panah.


4. Selesai isi, skrol ke bawah dan tick kotak YES I AGREE TO THE TERMS OF USE. Kemudian, klik SAVE + UPLOAD. Tunggu sehingga lagu selesai upload.


5. Kalau korang dapat ayat seperti ayat di dalam gambar di bawah, bermakna korang berjaya upload lagu. Kalau korang tak berjaya, bermakna lagu yang diupload mempunyai ciri-ciri info lagu yang sama dengan lagu yang pernah diupload oleh orang lain. Jadi, check dahulu sebelum upload lagu tersebut ye. Klik Continue.


6. Klik profile.


* Di dalam profile, korang akan dapati lagu yang telah korang upload tadi. Selepas ini, saya akan ajarkan bagaimana nak masukkan lagu yang telah diupload tadi ke dalam mp3 player.

MASUKKAN LAGU DARI IRONDJ.NET KE DALAM MP3 PLAYER

1. Sebagai contoh, lagu di dalam blog saya sekarang ni ialah 


2. Buka link SINI.

3. Skrol ke bawah, dan korang akan jumpa HTML Embed. Klik  dalam kotak HTML Embed dan tekan CTRL+F dan cari "mp3".


Ini kod mp3 : http://media.irondj.net/mix/file/33328/Soft_Love_Piano_Instrumental-TiNoXBeatZ.mp3

Setelah itu, korang masukkanlah link mp3 ni ke dalam widget mp3 player. Bagi sesiapa yang tak tau bagaimana nak buat widget mp3 player, korang boleh ikut tutorial INI. Tutorial ni juga boleh digunakan oleh semua jenis template blog. Selamat mencuba! :)

10 sweet comments:

Cik Nur™ said...

nanti nak cubalah.. :)
terima kaseh solehah...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

owh mcm tu...tengs sharing solehah

lelamaisara said...

wah boleh dicuba ni...

Deqla manjew said...

selalunya amek lagu kat gratisan music jek...hihihi

Dak Skema said...

tq untuk tips...kalau nak share lagu tu dalam blog, just share link tu ekk?

Dak Skema said...

tq share...kalau nk share lagu kat blog, just share link tu ekk? or ada cara lain?

Dak Skema said...

salam...nk tnye..kenape ekk dia cakap "file is not a valid format"?

Solehah Shamsuddin said...

@Dak Skema klu nk share lagu tu kat blog, awak kena buat mp3 player tu sepertimana yg saya gtau kt atas. ikut tutorial Blogskin (Part 2) - Cara Membuat Cute Mp3. kalau awak just share link tu je, mana mau jadi lerr awak. kalau dah buat mp3 player tu nt, awk dh leh masukkan dalam sidebar blog n jugak entry blog. hehe file is not a valid format > kemungkinan fail awak tu da lagu yg sama info dgn lagu yg penah didownload. maksudnya duplicate lagu. kadang2 jadi macamni sbb awak xupload lagu yg bkn mp3, cme mp3 je leh masukkan dalam irondj.net ni :)

Che Rosliza Che Mat said...

nice tuto...akak kurang letak lagu kat blog hihihi

izan mama mia said...

tq solehah..nnt line laju nak try buat