Lazada Malaysia

Saturday, August 31, 2013

GIVEAWAY SAYA NAK TEDDY BEAR BY FARISHA






Sempena Hari Raya Adilfitri 2013,
Farisha telah mengadakan Giveaway hebat
yang menawarkan Hadiah Teddy Bear sebagai hadiah utama
Dijemput semua sertai Giveaway ini

Siapakah peserta bertuah yang akan memenangi Hadiah ini??
 Klik SINI Untuk join & Lihat hadiah
Giveaway ini sah dari 19-08-2013 sehingga 09-09-2013
Pemenang akan diumumkan pada 10/09/2013

 Good Luck semua ^.^


Ketupat dan rendang indah bertemu,
Bersama lemang enak dijamu,
Hadiahmu ini sudahlah gebu,
Jika dapat lenalah tidurku.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-56


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-56 untuk semua rakyat Malaysia. Tema Merdeka untuk tahun 2013 kali ini ialah "Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku".

Pada tahun ini, abah saya sertai semula kawad kaki Merdeka untuk sambutan Merdeka Peringkat Perak di Ipoh, Perak. Alhamdulillah dengan penyertaan abah saya pada tahun ni, abah dapat T-shirt, baju Melayu, sampin dan songkok secara percuma. Tapi tahun ni tiada sponser untuk kasut pula. Apa-apapun Alhamdulillah kerana dapat semua ni yang disponser oleh kerajaan Negeri. Terima kasih. Jom tengok baju yang abah saya dapat.


Memang cantik baju yang abah saya dapat ni kan. Yang paling cantik, baju Melayu warna royal blue & sampin warna putih. Kan best kalau saya dapat sertai juga, manalah tau saya dapat baju kurung dan tudung percuma. Melaramlah saya nanti.hehe itu saje saya nak update. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Friday, August 30, 2013

Cinta Jangan Pergi Full Movie


Sinopsis Cinta Jangan Pergi

Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.


Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.

 
Cinta Jangan Pergi Episod 1 & 2  

Cinta Jangan Pergi Episod 3

Cinta Jangan Pergi Episod 4

Cinta Jangan Pergi Episod 5

Cinta Jangan Pergi Episod 6

Cinta Jangan Pergi Episod 7

Cinta Jangan Pergi Episod 8  

Cinta Jangan Pergi Episod 9

Cinta Jangan Pergi Episod 10

Cinta Jangan Pergi Episod 11

Cinta Jangan Pergi Episod 12

Cinta Jangan Pergi Episod 13

Cinta Jangan Pergi Episod 14

Cinta Jangan Pergi Episod 15

Cinta Jangan Pergi Episod 16

Cinta Jangan Pergi Episod 17

Cinta Jangan Pergi Episod 18

Cinta Jangan Pergi Episod 19

Cinta Jangan Pergi Episod 20

Cinta Jangan Pergi Episod 21

Cinta Jangan Pergi Episod 22

Cinta Jangan Pergi Episod 23

Cinta Jangan Pergi Episod 24

Cinta Jangan Pergi Episod 25


Kredit : Dailymotion

Novel Hasil Nukilan John Green



Akhirnya, impian saya untuk memiliki novel ni tercapai jua. Walaupun harganya mahal, tapi berbaloi untuk dimiliki kerana novel yang dihasilkan oleh John Green sangatlah best. Kebanyakan novelnya dapat best award. Korang cubalah beli juga ye. Beli novel ni di Kedai Buku Kinokuniya, KLCC. Beli, jangan tak beli! :)

Facebook : John Green
Twitter : John Green
Blog : John Green

Wednesday, August 28, 2013

Kenangan Lalu Bersama Housemate Di Lata Kekabu & Tasik Raban

Assalamualaikum.

Tetiba terasa rindu pada housemate saya dulu dan sekarang saya nak imbas kembali kenangan lalu bersama mereka. Jika kenangan ini dapat berulang kembali, saya akan pastikan yang kenangan ini tak akan berakhir sampai bila-bila.

Kenangan Bersama Di Lata Kekabu & Tasik Raban


HUTAN LIPUR LATA KEKABU. Terletak di Lenggong, Perak. 1 jam 30 minit untuk sampai ke sini dari rumah sewa kami.


Cantikkan air terjun ni. Air terjun ni deras dan kami tak digalakkan untuk bermandi-manda di kawasan ni. Had kedalaman air, paras dada orang dewasa. Kami mandi juga di kawasan ini, tapi sekejap sajelah. Maklumlah, kami pun takut bila tengok air terjun ni berderau-derau turun dari atas.


Ini pula bahagian separuh deras. Di sini boleh mandi, tapi kena berhati-hati kerana batu di sekitarnya licin.



Kawasan ni pun boleh mandi juga. Had kedalaman air di sini ialah paras pinggang orang dewasa.


Kawasan ni boleh dikatakan selamat kerana airnya tidak terlalu deras. Jadi, kami bermandi-manda di sini la. Sesuailah dengan kami yang tak tahu berenang ni.hehe

Tempat ni jauh untuk kami pulang singkat ke rumah sewa. Oleh kerana kami bermandi-manda sehingga lewat tengahari, mestilah kami lapar selepas tu. Jadi kami ambil keputusan untuk singgah ke Tasik Raban pula untuk menjamu selera.


Inilah Tasik Raban. Selesai kami makan, kami main bot kayuh pula. Pertama kali kami main bot kayuh ni. Gayat juga pada mulanya, maklumlah tak pernah cuba.hehe


Inilah kami. Semuanya pakat posing ayu.
Cuba teka mana satu saya? :) 


Selepas puas bermain, kami terus pulang ke rumah sewa. Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan lancar. Yang penting, kenangan dan pengalaman ketika hari tu akan sentiasa tersemat di dalam hati ini.

Monday, August 26, 2013

Tutorial : Cara Dapatkan Permalink Gambar / Status Facebook

Assalamualaikum.

Rupanya masih ramai lagi yang tak tahu cara dapatkan permalink facebook. Semalam boleh dikatakan 5 orang inbox fb saya untuk tahu cara dapatkan permalink. Disebabkan masih ada yang tak tahu, saya akan share caranya di sini. Nanti bila ada yang ada tanya lagi, saya akan terus bagi link entri ni untuk diorang tengok. Mudah saje nak ambik permalink ni. Cara-caranya ialah :

1. Minta kawan korang untuk like gambar/status yang korang post dalam facebook.

2. Klik dan buka notifications like tadi.


3. Tengok link di bahagian atas. Copy link tu. Contoh :


Permalink :

Ini saje caranya. Mudahkan? Lepas ni, korang bolehla join contest yang kehendakkan permalink. Mudah saje nak ambil permalink.

Sunday, August 25, 2013

The Conjuring Full Movie


The Conjuring Synopsis

In 1971, Carolyn and Roger Perron move into a dilapidated, old farmhouse in Harrisville, Rhode Island with their five daughters. During the first day, the family moves in smoothly except for the dog, who refuses to come into the house. That night, the children play a game called hide-and-clap; while playing, one of the daughters finds the boarded up entrance to a cellar. After Roger inspects the basement with a match, the family goes to bed. Carolyn expresses concern because the dog is barking outside, and one of the daughters feels someone pulling at her feet. In the morning, Carolyn wakes up with a mysterious bruise and their dog Sadie, is found dead. Over the next couple of days, various paranormal activities occur; doors open and close seemingly by themselves and Carolyn hears clapping when nobody is there. At night, their young daughter Cindy sleepwalks into the eldest daughter's bedroom, where she bangs her head repeatedly against an old wardrobe. The activity culminates in the eldest daughter being attacked by a spirit that looks like an elderly woman. Carolyn seeks the help of Ed and Lorraine Warren, noted paranormal investigators, to validate their concerns. Lorraine senses that a particular malevolent spirit has latched on to the family. They conduct an initial investigation, and conclude they should get involved, explaining to the Perron family that the house may require an exorcism. However, this cannot be done without further evidence and authorization from the Catholic Church. During the process of researching the house's history, Ed and Lorraine find out that the house belonged to an accused witch, Bathsheba. When Bathsheba's husband caught her sacrificing their week-old infant, she climbed to the top of a tree on the property, cursed all those who would take her land, and proclaimed her love for Satan before committing suicide. This is followed by reports found of numerous murders and suicides in houses that have since been built upon the property. Ed and Lorraine return to the house with a police officer, and another paranormal investigator, Drew. They set up thermal cameras, and alarm systems throughout the house in an attempt to prove the spirit of Bathsheba is inhabiting the house and receive authorization from the Catholic Church. For the first night, nothing happens, and the clocks do not stop at 3:07AM. The next day, they all eat breakfast together and Roger Perron thanks Ed Warren for doing what they can to help. Ed explains that with every exorcism they do, a little piece of his wife Lorraine is taken, but he promises they will do what they can to help them. During another night of investigation, nothing seems to happen until nightfall, when Cindy begins to sleepwalk again. While walking upstairs, thermal cameras observe a temperature drop around her as she enters into the wardrobe, whereupon the door slams shut behind her. The others force their way into the room and find a secret passage behind the wardrobe. After Cindy is taken out, Lorraine enters the wardrobe and falls through the floor boards down into the cellar. There, she sees the spirits of people whom Bathsheba has possessed, and realizes Bathsheba's purpose: to possess mothers and use them to kill their children. After Lorraine escapes the cellar, she and Ed take their evidence to Father Gordan to organize an exorcism while the Perron family takes refuge at a hotel. Their relief is interrupted when Carolyn suddenly drives back to the house with two of the daughters. Ed and Lorraine rush to the house, where they find Roger and the police officer struggling with Carolyn as she tries to stab one of her daughters with a pair of scissors. Ed suggests they call the priest, but Lorraine reminds him that the priest is too far away, forcing Ed to perform the exorcism himself. While the others hold the tormented Carolyn down, Ed continues the exorcism. Carolyn seemingly stops struggling, and for a brief moment it seems the excorism was successful. Suddenly, her chairs flips over end and she is held upside down. Ed yells for the demon to put her down, and after a few tense moments, she is released onto the ground. Ed rushes over to Carolyn, and tells the demon to leave her body. Carolyn slowly turns to Ed and says, "She's already gone.". Meanwhile, Drew finds April hiding under the floorboards in the kitchen. He yells down the cellar that he found her, and this alerts the Demon inside Carolyn and she dashes up cellar stairs to find April, in order to complete the sacrifice. Ed and Lorraine Warren, along with Roger, rush up the stairs after her in order to stop her from going through with it. The possessed Carolyn chases after April thru a tunnel underneath the floorboards. Carolyn grabs a hold of April, but at the same time, Lorraine reaches down through the floor and grabs Carolyns head. She tells Carolyn to remember how much her family means to her, and to remember what she told her about how special they were to her and that they mean the world to her, and what she would leave behind if she went through with it. This seems to get through to Carolyn, as her face relaxes, and her breathing returns to normal. The demonic presence in her eyes seems to fade, and she puts April down. The scene changes to Carolyn being helped out of the front door, to a now sunny morning. As she crosses from threshold of the door into the sunlight, the bruises on her skin fade away and she returns to her normal self. Roger and Carolyn rejoice with their family in the front yard, embracing one another, knowing that it's finally over. After they ward off the demon at the Perron household, the Warrens return to their home. The scene cuts to Ed Warren entering his room of possessed objects and artifacts. He places the old music box from the house on an empty space on a shelf. Lorraine enters the room, and they leave together. After a few seconds, the music box starts to play on its own, and the camera slowly pans back to the music box. The camera zooms in on the mirror of the open music box, and the music slowly comes to a stop. The screen cuts to black, and the credits roll.

Friday, August 23, 2013

Seminar Mengenal Cinta Bersama Imam Muda Nazrul, Imam Muda Najdi & Fadzli UNIC


Mari kita mengenal cinta. Tempat terhad! Kepada yang ingin bersemuka dengan Imam Muda Nazrul, Imam Muda Najdi & Fadzli UNIC, bolehlah datang ke Dewan Serbaguna KUISAS, Kuala Kangsar, Perak untuk memeriahkan majlis yang diadakan. Peluang hanya sekali. Anda juga boleh berhubung dengan IM Nazrul melalui emel imammudanazrul@gmail.com atau hubungi/sms ke talian 0134485216.

Akaun Original Facebook, Twitter & Instagram Ainan Tasneem



Status Update (SINI)
Tq Ainan sebab sehingga sekarang masih reply komen saya.
Di bawah ini akaun sebenar Ainan Tasneem.

Facebook : Ainan Tasneem
Twitter : @ainantasneem
Instagram : ainantasneem92

* Jangan terpedaya dengan akaun lain yang selain dari atas ni ye.

Wednesday, August 21, 2013

Cash Out Nuffnang Kali Ketiga

Assalamualaikum.

Oleh kerana Nuffnang tak naikkan lagi earning blog saya, saya ambil keputusan untuk cash out harini. Nampaknya saya kena tunggu sebulan lebih untuk cek Nuffnang ni sampai ke rumah.


Buat pengetahuan semua, harini saya hentikan perkhidmatan dengan Komli. Disebabkan Komli, earning Nuffnang saya terhenti. Maaf Nuffnang sebab saya curang dengan awak sebelum ni. Saya janji tak akan curang lagi. Saya sayang Nuffnang.

Sunday, August 18, 2013

Ketika Rakyat Malaysia Berhari Raya, Ada Hati Yang Berduka

Assalamualaikum.

Hati ni terpanggil untuk buat entri ni kerana saya sayang Malaysia. Bukan sebab tu saje, tapi kerana saya tak tahu negara mana lagi yang bertuah dengan keamanan yang dikecapi sehingga sekarang. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang rakyat Malaysia. Aman, makmur, sejahtera dan sentosa. Sebenarnya saya buat entri ni bukan untuk menerangkan maksud keamanan, tetapi saya nak share sesuatu mengenai suasana berhari raya.

Apa yang kita tahu, sekarang terdapat negara Islam di luar sana yang bergolak. Saya sedih terkenangkan nasib rakyat di negara Islam yang bergolak ini. Ketika kita menyambut Syawal dalam keadaan gembira, mereka menangis berlumuran darah sehinggakan saya sendiri tak sanggup untuk melihatnya. Sejujurnya saya hanya mampu menangis pabila melihat kanak-kanak di sana menjadi yatim piatu di usia mereka masih kecil lagi.

"Ya Allah, selamatkanlah anak-anak kecil ini. Hentikanlah segala seksaan yang mereka hadapi. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Di saat takbir raya berkumandang, kita di Malaysia tidak sabar untuk menyambut hari raya. Akan tetapi mereka yang berada di negara Islam yang sedang bergolak ini, hanya menyahut takbir Allahu Akbar untuk berjihad di jalan Allah.

Kita di Malaysia bersama-sama keluarga menunaikan solat Hari Raya dengan begitu aman sekali. Akan tetapi mereka yang berada di negara Islam yang sedang bergolak ini, bersedia untuk syahid ketika solat.

Selesai solat Hari Raya, kita bersalaman diantara keluarga dan sanak-saudara serta berkunjung ke rumah jiran tetangga untuk beraya dan mengumpul duit raya. Akan tetapi mereka yang berada di negara Islam yang sedang bergolak ini, mereka berlari pulang ke rumah selepas selesai solat Hari Raya dengan harapan selamat dari bedilan roket.

Ketika berhari raya, kita di Malaysia mampu merasai berbagai juadah Hari Raya sehinggakan kita sendiri kekenyangan tak terhingga. Akan tetapi mereka yang berada di negara Islam yang sedang bergolak ini, ada yang terpaksa menahan kelaparan dan hanya mampu menyambut Hari Raya dengan segelas air saje.

Beruntungnya kita menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu, setiap diantara kita wajib menjaga negara kita dari segala anasir jahat yang boleh merosakkan keamanan yang kita kecapi sehingga sekarang. Ingatlah, nikmat keamaanan itu penting bagi sesebuah negara. Saya bersyukur kerana saya anak Malaysia. Alhamdulillah.

Sesuai Untuk Update Blog & Facebook : Mozilla Firefox @ Google Chrome?

Which one is better?


Alhamdulillah, akhirnya masalah saya selesai. Terima kasih kepada kawan-kawan yang jawab survey. Saya ambil keputusan untuk install semula google chrome dan gunakannya untuk buka blog dan facebook. Hasilnya sangatlah laju. Tak crash dah sepertimana saya guna mozilla firefox dulu. Boleh rosak laptop saya camni kalau mozilla asyik crash saje. Misi selesai! :)

Saturday, August 17, 2013

Minyak Wangi Kasturi (Hanya Untuk Lelaki)

Assalamualaikum.

Dulu saya ada post entry yang bertajuk Hadiah Dari Mekah. Dan di dalam entri tu cuma ada gambar minyak wangi kasturi bagi wanita saje, kan? Sebenarnya mama dan abah saya bukan saje beli minyak wangi kasturi (untuk wanita), tetapi mereka juga ada beli minyak wangi kasturi (untuk lelaki). Oleh disebabkan adik saya bawa minyak wangi ni ke tempat dia belajar (Kuching, Sawarak) , jadi saya tak boleh snap gambar minyak wangi ni. Kali ni bila dia balik rumah dan bawa minyak wangi ni, jadi saya bolehlah snap gambar dan post dalam entri ni.hehe

 


Botol minyak wangi kasturi ni warna hitam, tak sama dengan bekas minyak wangi kasturi (bagi wanita). Bau minyak wangi ni harum, kalah minyak wangi yang ada dijual di Malaysia. Patutlah adik saya suruh mama saya belikan minyak wangi ni untuk dia. Sangat berbaloi jika dibeli. Dia dah tempah awal-awal kat mama saya yang dia nak minyak wangi ni.hehe

Friday, August 16, 2013

Aktiviti : Sebelum & Semasa Hari Raya (2013)

Assalamualaikum.

Persiapan Hari Raya tahun ni biasa saje, tapi aktiviti sebelum raya dan selepas raya terlalu banyak. Sehinggakan sekarang ni saya nak beraya ke rumah sedara pun tak sempat, banyak sedara yang singgah ke rumah saje. Nak update entri ni pun curi-curi masa. Sebab tu saya update entri ni di malam hari.hehe


Aktiviti Sehari Sebelum Raya Pertama :
Shopping Di Sekitar Menara Condong Teluk Intan, Perak





Aktiviti Raya Kedua :
 Belanja KFC Untuk Saudara-Mara & Pergi Ke Ban Pecah, Kuala Kurau



Aktiviti Raya Ketiga :
Kenduri Tahlil Di Kampung Atok (Kuala Kurau, Perak)



Aktiviti Sepanjang Seminggu Syawal :
Kumpul Duit Raya (RM150)

Sampai hari Ahad ni saje saya dapat beraya. Selepas ni saya sambung belajar semula. Aktiviti kumpul duit raya terhenti nampaknya selepas ni.hehe ada sesiapa baik hati nak bagi duit raya pada saya lagi? :)

Wednesday, August 14, 2013

Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak

Assalamualaikum.

Katak kenyang lalu tertidur, gajah pitam lantas terjatuh, Andai tak sampai tangan menghulur, Ku pohon keampunan dari jauh. Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Macamna hari raya korang? Banyak dapat duit raya? Saya masih lagi dapat duit raya walaupun sedikit. Mungkin si pemberi duit raya tu tak tahu umur saya dah 23 tahun.hehe

Hari Raya pada tahun ni biasa saje. Raya pertama kami beraya di Kampung Gajah, Perak. Rumah opah (sebelah abah). Hari Raya kedua pula baru balik ke rumah atok (sebelah mak). Raya kedua kami tak beraya kemana-mana tapi kami pergi ke Ban Pecah, Kuala Kurau. Hanya 3 minit saje perjalanan untuk ke sana. Dekat kan? Setiap kali kami balik kampung, kami akan pergi ke sana. Kalau korang datang ke sana, pasti korang akan teruja sebab pemandangan lautnya sangat cantik.













SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sudah sebulan kita berpuasa dan tibanya Syawal menjelma. Dengan rasa penuh girang untuk menyambut Syawal yang bakal tiba, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada keluarga saya, saudara-mara saya, guru-guru & ex-friend (MGS, SEMESTA, SEMARAK, KUISAS), my housemate, rakan-rakan blogger saya, rakan-rakan facebook saya dan semua Muslimin dan Muslimat sama ada di Malaysia ataupun di luar Malaysia.

Tuesday, August 6, 2013

MyKad Smart Shopper

MyKad Smart Shopper



Adakah anda tahu bahawa kad pengenalan negara kita (MyKad) berkhidmat lebih daripada 50 fungsi dan tujuan lain selain daripada menjadi kad pengenalan rasmi negara kita? Ia boleh digunakan sebagai lesen memandu, kad ATM, Touch n Go dan banyak lagi tujuan yang lain. Dibangunkan dan diuruskan oleh I Synergy Universal Sdn Bhd, pemasaran runcit pembekal penyelesaian bersepadu di Malaysia, Program Pembeli Pintar MyKad adalah salah satu program affiliate terbaru di bawah rangkaian Affiliate Junction. Ia digalakkan dan disokong oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Multimedia Development Corporation (MDeC).


Info Mengenai MyKad Smart Shopper

  • App Store : MyKad Smart Shopper Discover

Pendaftaran Keahlian MyKad Smart Shopper

Sila Klik Sini

Keistimewaan MyKad Smart Shopper



Senarai Kedai / Perniagaan Yang Berdaftar Dengan MyKad Smart Shopper

Sila Klik Sini

ANDA AKAN DAPAT DISKAUN DAN POINT.
POINT BOLEH TEBUS. TIADA TARIKH LUPUT.
HANYA DENGAN MYKAD SMART SHOPPER.

Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja bersama SembangHari2, Discount-Hari2Pak Ya Homestay  ,  GSR2U

Bertindik Telinga Di Kedai Emas Dzul, Teluk Intan

Assalamualaikum.

Kelmarin (4 Ogos 2013) mama dan abah saya temankan saya pergi ke Kedai Emas Dzul Teluk Intan untuk bertindik telinga. Ini pertama kali saya bertindik telinga. Sebelum ni saya tak pernah bertindik telinga sebab takut.haha Tetapi ada cerita di sebalik keberanian saya untuk bertindik.

Pada masa tu, saya tonton Wanita Hari Ini. Ada satu rancangan mengenai aktiviti bertindik telinga yang dianjurkan oleh pengasas Vida Beauty. Saya tak pasti anak siapa yang bertindik telinga ketika siaran langsung tu. Mula-mula saya jadi kecut nak tengok budak tu kena bertindik, tetapi saya jadi berani sebab budak tu tak menangis langsung selepas bertindik telinga. Bermulanya hari tu, saya berazam untuk bertindik. Terus jadi berani tu.hehe Sebelum ni saya ada bagitau mama saya hasrat hati untuk bertindik, tetapi kelmarin baru berkesempatan untuk bertindik.


Harga bertindik hanyalah RM 10. Harganya murah sebab subang yang saya pakai ni jenis nikel. Kalau pakai subang emas pada mulanya, harganya akan beratus ringgit. Lagipun tuan kedai tak berapa galakkan saya pakai subang emas pada awal bertindik kerana sakitnya akan lebih sakit dari memakai subang jenis nikel. Kalau korang alergik pada nikel, korang perlu pakai emas. Mama saya ada belikan subang (separuh emas) untuk saya ketika menunaikan umrah tempoh hari. Jadi, bila raya nanti saya akan pakai subang yang mama saya belikan tu. Tak sabar nak pakai! :)

* Kadang-kadang tu pengalaman orang lain akan membuatkan kita berani. Kemudian menjadi azam kuat buat kita untuk menjadi seorang yang berani juga. Betul tak?