Lazada Malaysia

Friday, November 30, 2012

Jualan Gudang Karangkraf

Kumpulan Media Karangkraf ingin menjemput anda semua ke Jualan Gudang Karangkraf yang akan bermula hari ini hingga hari Ahad. Terdapat banyak diskaun yang ditawarkan di sana.


Tarikh: 30 November - 2 Disember 2012 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 7.00 malam
Tempat: Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam (bersebelahan UMW Toyota)


Jom tengok, apa yang ada di sana... :)


Zon Buku RM10. Wah, memang terbaik!


Bukan itu saja, terdapat juga Zon buku RM5.
Alamak! Teruja sangat-sangat ni...


Wow!
Ada juga buku-buku yang dijual dengan harga serendah RM3?
Serius, rugi kalau tak datang! Ajak kawan-kawan sekali! =)



Novel dan buku-buku pujaan anda yang banyak tu dah makin cantik disusun!
Teruja tak?
Diskaun sehingga 80%! Tak percaya?
Jom serbu Jualan Gudang Karangkraf bermula hari ini!!! =)


Untuk memudahkan urusan pembelian, apa kata anda...

1. Baca prebiu buku-buku yang menjadi idaman kalbu anda di http://buku.karangkraf.com/
2. Selesai membaca prebiu, buat pilihan dan senaraikan tajuk-tajuk yang ingin anda miliki tersebut dengan kemas dan jelas.
3. Bawa senarai tersebut hari ini dan minta bantuan petugas di sana untuk mencari buku-buku idaman anda.
4. Pastikan bawa duit yang mencukupi kerana premis jualan tiada mesin ATM.


p/s : Info lanjut, sila layari http://buku.karangkraf.com/

Thursday, November 29, 2012

Mariam Kampung Putat


Sinopsis Mariam Kampung Putat ( Cerekarama TV3 )

Mariam Kampung Putat menceritakan seorang wanita bernama Mariam. Suatu hari ketika majlis kenduri kesyukuran diadakan di Kampung Putat, Mariam secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki bernama Danial yang menyebabkan dulang berisi kari terkena Danial.

Selesai majlis tersebut, Mariam dimarahi dan dipukul oleh ibu tirinya, Cik Gayah Gelang Labuh dan Gaga Gebu. Sejak Peristiwa itu, Mariam takut untuk keluarga rumah kerana khatir akan berjumpa dengan Danial.


Sementara itu, Danial pula ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Mariam. Tiada seorang pun yang mengetahui tentang wanita tersebut. Danial cuba bertanya kepada Cik Gayah namum Cik Gayah menjawab tidak kenal kerana terlalu ramai pekerjanya. Dalam masa yang sama juga Cik Gayah memperkenalkan Gaga Gebu kepada Danial untuk dijadikan calon isteri tetapi Danial tidak menyukainya.


Encik Hisham pula semakin mendesak Danial untuk mencari teman hidup. Danial meminta tempoh selama tiga minggu. Siapakah yang akan di pilih oleh Danial?



Pelakon Mariam Kampung Putat

Azhar Sulaiman, Aiman Hakim Ridza, Hanis Zalikha, Betty Banafe, Bea Rameshan, Azad Jazmin, Shukry Yahya.


Jom kita tengok sama-sama. Manalah tau ada yang belum tengok lagi kan.
Yang penting, saya adalah salah seorang peminat Hanis Zalikha... :)

Wednesday, November 28, 2012

Tahniah Kepada Follower Ke-700! ♥


Tahniah kepada Cik Tya. Awak merupakan follower bertuah blog saya yang ke-700. Terima kasih kerana sudi follow blog dan twitter saya. Rasa-rasanya Cik Tya ni salah seorang peserta segmen yang saya ada join. Apa kata korang ringan-ringankan jari untuk singgah ke blog dan twitter dia juga ye. Happy Blogwalking.

Blog : SINI & Twitter : SINI


Tuesday, November 27, 2012

Tutorial : Letak Lagu Dalam Entry via Aimini.net


Assalamualaikum.

Oleh kerana irondj.net/ sekarang mempunyai masalah dengan servernya sehingga tidak boleh dibuka, jadi saya terpaksa guna alternatif lain dengan menggunakan perisian lain untuk mengupload lagu ke dalam entry. Saya berharap aimini.net akan sentiasa okay. Jom tengok cara-cara yang akan saya ajarkan untuk mengupload lagu ke dalam entry.

1. Buka link SINI.

2. Setelah itu, klik butang "Join in".



3. Kemudian, klik butang >> Create a New FREE Account <<.



4. Isi semua butiran. Klik "Submit Now".

5. Pergi ke emel yahoo ataupun gmail korang yang telah korang gunakan untuk mendaftar. Buka inbox emel mengenai "The Aimini.net Membership Email Verification" dan klik link yang mula-mula dalam emel tersebut.

6. Yeayy korang dah siap mendaftar. Sekarang saya nak ajarkan pula cara upload lagu.

7. Klik "Upload File".



8. Isi apa-apa yang berkenaan.

Location : Masukkan fail yang korang ingin upload.
Type : Jenis fail yang korang upload. Jika lagu, pilih "Music".
Tags : Tak nak ubah pun tidak mengapa
For : Pilih "Online Playing & Download"
Player : Pilih yang mana-mana korang nak
Controls : Tick semua ruang
Description : Tak nak letak ayat pun tidak mengapa
Condition : Tick ruang Free sharing with people

9. Sudah siap isi, klik "Upload Now".

10. Skroll ke bawah, kemudian klik "Update".

Okay, dah siap upload.

11. Skroll ke atas semula, dan klik "View".



12. Jika ingin upload lagu ke dalam blog, sila ikut cara ini :

1) Copy kod di bahagian "Embed".



2) Di bahagian entry blog, paste kod yang di copy tadi di bahagian HTML dahulu, baru ditukarkan ke bahagian Compose. Preview dulu tau. Dah okay, baru publish entri.

Ajiboy Full Movie


Mengisahkan seorang kanak-kanak yang genius dan petah berkata-kata yang diamanahkan oleh ayahnya En Fauzan untuk menjaga dan menguruskan Taman Tema Air Melaka buat sementara waktu. Oleh kerana dirinya yang masih kecil, kemampuannya di ragui oleh Along dan Bob. Along dan Bob merupakan dua orang Head Supervisor di Taman Tema tersebut yang sentiasa mengambil kesempatan atas jawatan yang mereka seperti memberikan barang – barang percuma untuk menarik perhatian pengunjung wanita. Kehadiran Irfan dalam menggantikan jawatan En Fauzan dipandang remeh oleh mereka sehinggalah Irfan mengenakan tindakan terhadap mereka. Apakah kesudahannya? Sama-sama kita nantikannya.

Ajiboy Full Movie

Monday, November 26, 2012

Tweet Bersama Faezah Elai


Twitter : noorfaezah_elai


Tak sangka kak Faezah Elai akan reply tweet saya, sebab tu baru sekarang saya sedar dan terus printscreen. Terima kasih akak sebab sudi tweet. Memang betul orang cakap yang kak Faezah Elai ni memang peramah orangnya. Love u akak! :)

Sunday, November 25, 2012

SEGMEN : JOM TAMBAHKAN FOLLOWER DI TWITTER DAN BLOG


Segmen ni berlangsung sehingga harini. Cepat-cepat join kalau nak tingkatkan followers blog dan twitter. Syarat-syaratnya mudah sekali.


Twitter saya : SINI
Blog saya : SINI

Saturday, November 24, 2012

Resipi : Nasi Arab


Jawapan entri INI ialah Nasi Arab.
Terima kasih kepada yang berjaya meneka.
Mengikut apa yang saya janjikan, berikut ialah resipi Nasi Arab :

Bahan-Bahan :

3 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar minyak sapi
5 atau 6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 atau 4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Beras Kashmir Faiza Basmathi - Sukatan Beras : (3 tong susu pekat)
2 sudu besar Rempah Sup Faiza
Garam
4 1/2 cawan air

Cara Memasak :

1. Mula-mula, basuh beras Basmathi. Kemudian, rendam beras Basmathi di dalam air selama 30 minit. Selepas selesai beras Basmathi direndam, tos kan beras dan biarkan seketika.

2. Ambil periuk nasi, panaskan periuk nasi terlebih dahulu di atas dapur gas.

3. Setelah periuk nasi dipanaskan, masukkan minyak zaitun dan minyak sapi ke dalam periuk nasi. Kacau sehingga minyak panas.

4. Apabila minyak sudah panas, masukkan bunga cengkih dan bunga lawang.

5. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Kacau sehingga naik wangi.

6. Apabila bahan-bahan sudah naik wangi, masukkan beras Basmathi. Kacau beras dengan bahan-bahan tadi sehingga rata. Jangan kacau terlalu lama, takut hangit.

7. Tutup api dapur gas. Masukkan rempah sup dan masukkan garam. Kacau hingga rata. Kemudian, masukkan air. Nisbah sukatan air dan beras : (3 tong beras untuk 4 1/2 cawan air).

8. Masak nasi seperti kita masak nasi biasa, menggunakan elektik. Bukan di atas dapur gas ye. Korang boleh kacau nasi Arab ni ketika ia sedang mendidih untuk meratakannya. (Jangan kacau nasi ketika periuk nasi sudah bertukar kepada "Keep Warm").

9. Tunggu sehingga nasi masak lebih kurang sejam.

10. Siap! :)

* Resipi ini juga boleh diubah bahan-bahannya seperti :

- 2 sudu besar Rempah Sup Faiza boleh diubahkan kepada 3 sudu Sunquick Oren.
(Idea daripada mama saya).

- Pada cara ke-7 :
Tutup api dapur gas. Masukkan rempah sup dan masukkan air. Nisbah sukatan air dan beras : (3 tong beras untuk 4 1/2 cawan air). Kemudian, masukkan garam dan pewarna. (Pewarna : Terpulang kepada individu). Masukkan kismis. Setelah itu, ikut cara ke-8. (Resipi asal daripada my dear).

> Jangan lupa cuba resipi di atas. Lauk untuk nasi Arab ni terpulang kepada individu.

Friday, November 23, 2012

Nantikan Resepi Terbaru! :)


Ehem, ehem. Siapa pandai, cuba teka nasi apa ni? Cepat teka tau. Nanti Solehah kongsikan resipi istimewa ni untuk semua. Tunggu! :)

*Nak main teka-teki dulu, sebab resipi tak siap ditaip lagi... :p

Thursday, November 22, 2012

Terima Kasih Kak Wanieys ♥




Seperti biasa, posmen akan singgah rumah saya setiap hari. Kalau bukan hantar surat, mesti hantar freebies ataupun hadiah untuk saya. Agak-agaknya posmen tu mesti pelik. Dalam banyak-banyak rumah, rumah saya jugakla yang posmen akan kerap singgah.haha ragging-ragging. Kali ni saya dapat souvenir daripada kak Wanieys. Brooch bunga warna biru. Cantikkan?

Terima kasih kak Wanieys sebab menambahkan koleksi kerongsang Solehah yang makin bertambah banyak tu. Sayang kak Wanieys! :)

Wednesday, November 21, 2012

Sinetron Dia Jantung Hatiku -TAMAT-



WATAK

  • Aida - Watak utama di dalam Sinetron, juga penghidap sakit jantung sejak kecil.
  • Meida - Tunang Doktor Panji yang sudah meninggal. Meida mengamanahkan jantungnya untuk diberikan pada orang lain. Jantung Meida diberikan pada Aida.
  • Tania - Cucu Puan Laras (sebelum tahu hal sebenar).
  • Firman - Bapa Aida (sebelum tahu hal sebenar).
  • Nafa - Kembar Indira yang jahat.
  • Indira - Kembar Nafa yang baik.
  • Riza - Cucu dari kenalan Arif (Cucu Puan Laras) & Kekasih Indira.
  • Arif - Ayah kepada Pak Firman.
  • Laras - Nenek Tania (sebelum tahu hal sebenar).
  • Vidya - Nama yang digunakan untuk Puan Laras ketika dia lupa ingatan.
  • Aksan - Jiran Aida.
  • Odi - Orang yang bertanggungjawab secara tidak sengaja tertukar antara bayi yang dibawanya dengan bayi yang dibawa lari oleh Pak Anas di dalam van.
  • Redhuan - Seorang peguam & Suami Melia.
  • Melia - Isteri Pak Redhuan yang sudah meninggal & Anak Puan Laras.
  • Mila - Isteri Pak Firman.
  • Anas - Abang kandung Puan Nena.
  • Bondan - Ibu Aksan (sebelum tahu hal sebenar).

PENGAKHIRAN

  •  Indira mati kerana kemalangan, manakala Nafa terselamat.
  • Riza terpaksa berkahwin dengan Nafa (kembar kepada Indira yang jahat) kerana Nafa telah membuat fitnah bahawa Riza telah mencabuli kehormatannya.
  • Puan Laras sudah pulih ingatannya. Puan Laras mengambil semula Puan Nena untuk kembali bekerja dengannya dan tinggal bersamanya.
  • Bidan yang menyambut kelahiran anak Puan Mila akhirnya membongkarkan rahsia bahawa Pak Firman (suami Puan Mila) telah tersalah ambil anak yang telah dibuangnya sebelum ini di luar rumah anak yatim. Sepatutnya anak Pak Firman ialah lelaki, bukannya perempuan. Aida bukan anak sebenar mereka tetapi Aksan sebenarnya anak mereka berdua.
  • Bondan (Ibu Aksan sebelum Aksan tahu ibu kandungnya) sebenarnya tiada anak. Aksan itu cuma anak pungut yang diambilnya di tepi rumah anak yatim.
  • Aida bukan anak Puan Nena, tetapi sebenarnya Tania ialah anak Puan Nena. Ini dibuktikan kerana golongan darah Puan Nena dan Aida berbeza.
  • Sebenarnya Aida ialah anak Pak Redhuan (sebelum ini disangka ayah kandung Tania), manakala ibu Aida telah meninggal selepas Aida dilahirkan. Ini dibuktikan kerana anak Pak Redhuan berambut ikal sejak kecil.
  • Aida juga merupakan cucu Puan Laras, bukannya Tania.
  • Doktor Panji anak Pak Anas. Doktor Panji tidak dapat menerima hakikat bahawa bapa kandungnya jahat.
  • Aksan melepaskan cintanya pada Aida untuk Doktor Panji.
  • Nafa dimasukkan ke dalam penjara kerana terlibat dalam kes percubaan untuk membunuh Puan Laras dan menyamar sebagai Indira.
  • Doktor Panji melamar Aida untuk dijadikan isterinya.

Akhirnya habis juga Sinetron Dia Jantung Hatiku. Gigih sungguh saya tengok cerita ni sampai habis. Selepas Sinetron Dia Jantung Hatiku tamat, cerita apa pulak ye? Ada sesiapa tau?

Tuesday, November 20, 2012

End Year Giveaway by Fatin Alyaa



Id Blog : Solehah Shamsuddin (Follower ke-672)
Id Facebook : Solehah Shamsuddin (Done like+klik)

Id Blog : Solehah Shamsuddin (Follower ke-60)

Id Blog : Solehah Shamsuddin (Follower ke-158)
 Id Facebook : Solehah Shamsuddin (Done like)
Id Blog : Solehah Shamsuddin (Follower ke-338)
Id Facebook : Solehah Shamsuddin (Done like)
Id Twitter :  (Done follow) 

 Id Facebook : Solehah Shamsuddin (Done like+share 5 gambar)
Id Blog : Solehah Shamsuddin (Follower ke-1320)

Id Blog : Solehah Shamsuddin (Follower ke-95)
Id Facebook : Solehah Shamsuddin (Done like+join group)

Id Blog : Solehah Shamsuddin (Follower ke-85)

 Aten
Id Blog : Solehah Shamsuddin (Follower ke-428)
Id Twitter :  (Done follow) 
 Id Facebook : Solehah Shamsuddin (Done like)

Kilauan Cenderahati Dan Kerongsang

Hari kegemilangan kenduri masih berjalan lagi. Nasibla minggu lepas ada satu saje kendurinya. Kalau tidak, bertambah gemuklah saya nanti. Seperti biasa, kalau pergi kenduri mestilah ada cenderahati untuk tetamu kan. Kali ni saya dapat bekas telur. Bekas telurnya memang unik. Pertama kali saya dapat bekas telur seperti di bawah... :)


Cantikkan bekas telurnya? Kalau setiap minggu saya dapat macamni, memang akan bertambah penuhla almari simpanan cenderahati kenduri tu nanti.


Atas ni pula kerongsang-kerongsang yang saya akan gunakan untuk menghiasi tudung yang bakal disematkan pabila ingin keluar berjalan ataupun ke kenduri. Kerongsang ni baru sikit, sebenarnya masih ada banyak lagi. Masih ada satu bekas simpanan kerongsang yang dikhaskan hanya untuk kerongsang yang mahal-mahal saje.

Korang suka kumpul kerongsang tudung? Agak-agaknya boleh atasi saya tak...

Monday, November 19, 2012

Eca Year End Giveaway #3



 Year End's Giveaway&Contest oleh ecadwinkyasha.com ditaja oleh

KEMPEN : PRAY FOR GAZA

http://nakahime.blogspot.com/
http://nakahime.blogspot.com/



قنوت النوازل : هو الدعاء في النوازل التي تنزل بالمسلمين لدفع أذى عدو أو رفعه أو رفع بلاء ونحو ذلك

Qunut Nazilah - Doa ketika bencana menimpa umat Islam untuk menangkis serangan musuh atau mengangkat serangan musuh atau mengangkat bala dan sebagainya.

Kepada semua Muslimin dan Muslimat, tolong bacakan doa Qunut Nazilah di atas setiap kali anda selesai mengerjakan solat. Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu : Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut :

  • Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  • Membaca doa Qunut Nazilah sahaja.
  • Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.

Bacakan Qunut Nazilah ini untuk saudara-saudara seislam kita di bumi Gaza dan Syria serta untuk keselamatan Muslimin dan Muslimat di dunia ini. Amin-amin ya Allah.

Sunday, November 18, 2012

♥ Selamat Hari Lahir, MV ♥

 
Selamat Hari Lahir, Happy Birthday, Sanah Helwah

 
 
Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
keluarga yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
 
In soft gleaming night of stars,
May all your dreams come true.
May every star of every night,
Bring love and joy to you.
Happy Birthday to you, sis Suzyanna Yap.

Saturday, November 17, 2012

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)










Ha, ni kerja baru saya selepas buat powerpoint dan blog cikgu. Kali ni saya kena tolong mama saya untuk mengisi borang SPPBS ni. Bergilir-gilir mengisi. Memang banyak nak kena isi, dahla kena submit semuanya selewat-lewat 20 November ni. Kena isi dari bulan Januari sehingga bulan November untuk 5 kelas. Apa lagi, setiap malam pulun mengisinya. Dengan bertambahnya server SPPBS yang loading macam siput... :(

Mood : Tired

Friday, November 16, 2012

London Paris New York Full Movie


Semalam ada cerita Kuch Kuch Hota Hai, kan. Cerita Kuch Kuch Hota Hai tak dapat menggugat hati saya untuk menontonnya. Cerita Kuch Kuch Hota Hai takda la best sangat.haha okay-okay mesti ada yang tak setuju dengan saya kan. Takpe-takpe, citarasa orang tak semestinya semua akan sama. Bagi saya, cerita London Paris New York terbaik daripada semua cerita Hindustan yang saya pernah tengok.

LONDON PARIS NEW YORK FULL MOVIE


Website : http://www.lpnythemovie.com/


OFFICIAL SONG VIDEO LONDON PARIS NEW YORK


Apa kata korang tengok cerita London Paris New York ni dulu ye.
Dah tengok, sila komen sini :)

Proses Mengedit Blog Dan Powerpoint Cikgu Siap! :)

Korang masih ingat lagi entry saya mengenai edit blog dan powerpoint DI SINI. Proses editing blog tu sudah pun siap. Sepatutnya blog tu boleh siap awal, tapi oleh kerana tarikh untuk submit presentation powerpoint tu lagi awal dari submit blog. Jadi saya siapkan mengedit powerpoint cikgu, kemudian baru edit blog cikgu.

Yang kelakarnya, blog tu dari awalnya warna hijau dan biru terus bertukar jadi pink. Tengoklah apa yang jadi. Memang nasib kalau dapat kena edit dengan saya yang tergilakan pink. Jom lawat blog cikgu Siti Ramlah : DI SINI
 
Blog  yang ringkas, ringan dan senang loading. Masa edit cuma setengah hari. Walaupun ringkas, tapi blognya masih kelihatan comel. Banyak yang minta saya buat tempahan edit blog, tapi buat masa sekarang saya tak terbuka hati lagi untuk menerimanya. Kekangan masa yang tidak mengizinkan saya untuk menghadap komputer dalam masa yang lama. Harap maklum.

* Saya akan cuba bw blog korang sikit-sikit dulu ye. Sabar naaa :)

Thursday, November 15, 2012

Jawapannya ialah ...

Assalamualaikum.

Masih ingat lagi entri saya mengenai cenderahati kenduri DI SINI. Berbagai-bagai jawapan yang saya dapat dalam entri tu. Ada yang teka betul, ada juga yang teka salah.heee jawapannya ialah... :)



Saya bagi klu di atas kan? Jom tengok apa bendanya ni...
 

Rileks dulu. Kena buka ribennya...
 

Riben sudah dibuka, sekarang getah pula ditanggalkan...
 

Jeng jeng jeng... Cepat teka, cepat teka... :)

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/


Jawapannya ialah KICAP.
 

hahaha sila gelak dengan jawapan korang ye... :D

Dalam 12 jawapan tu, hanya seorang saje yang dapat jawab dengan betul iaitu kak Izan.
Tahniah akak :)












Blog : Mia DuniaKu

Terima kasih pada yang sudi meneka. Lain kali saya nak main teka-teki lagi la.heee :)