Lazada Malaysia

Tuesday, March 26, 2013

Home » Review Untuk 5 Blogger Bertuah

Review Untuk 5 Blogger Bertuah

Assalamualaikum.

Seperti nama yang tertera di entry INI, hari ini saya ingin review kelima-lima blogger yang bertuah. Jom baca review saya ni... :)



Kak Fieda merupakan seorang blogger yang dah lama saya kenal. Selain menjadi seorang blogger, beliau juga merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Statusnya, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata yang sangat comel iaitu Asyraf, Syahmi & Maira. Blog beliau banyak mengisahkan mengenai kehidupan peribadinya sendiri. Jom berkenalan dengan kak Fieda! :)



Aina Husna merupakan seorang blogger yang baru saya kenal. Nama sebenar beliau ialah Nuraina Husna yang bermaksud 'Cahaya Mata Yang Cantik Bersinar'. Sungguh cantik namanya sepertimana orangnya. Pada 8 September 2013 nanti, Aina akan menjejakkan diri ke sweet16. Oh masih bersekolah rupanya Aina ni. Merupakan seorang pelajar di SMK Bukit Rahman Putra. Selamat berkenalan Aina! :)



Merupakan seorang blogger Sabahan yang cukup manis persis seperti anak dara yang masih cun-melecun. Ewah kak, jangan tersipu-sipu malu ya. Saya perkenalkan akak Suzyanna kepada korang semua. Seorang mama kepada 3 orang cahaya mata iaitu Haikal, Ayu dan Wani. Kepada sesiapa yang mahu berkenalan dengan akak ni, bolehla jenguk ke blog beliau ataupun datang melawat ke Kota Kinabalu. Pasti best KK! :)


Wanieys Qalief


Merupakan seorang blogger yang manis juga orangnya. Wanieys nama diberi. Merupakan seorang mama kepada Muhammad Qalief Rezza Bin Mohd Fardaus. Apabila diteliti, wajah Qalief memang begitu mirip sekali dengan kak Wanieys. Blog ini juga banyak mengisahkan mengenai kehidupan kak Wanieys sekeluarga. Yang pasti, senyuman manis Qalief tu tidak akan menjemukan sesiapa yang berkunjung ke blog kak Wanieys ni! :)


Sally Yatiey

Nama sebenar beliau ialah Syaliaty A. Merupakan seorang blogger yang dilahirkan di Mukah, Sarawak dan dibesarkan di Miri, Sarawak. Blog ini merupakan blog peribadi beliau yang berumur 19 tahun (2013) dan merupakan gadis yang berbangsa Melanau. Beliau juga mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa Cina. Wah sungguh hebat Sally ni. Mari kita berkenalan dengan Sally! :)

* Ini merupakan pengalaman pertama saya untuk cuba review blog. Tahniah kepada kelima-lima blogger ni. Salam perkenalan buat semua... :)

9 sweet comments:

Unknown said...

wahh... ramai GSFian.... terbaiklah..

Mrs Velentine said...

tq solehah...

RIZZNA said...

lepas ni review blog CiM plak...huhuhu.... (dgn rasa tak malunya)

Unknown said...

tahniah pd kelima2 mereka

Chic Na said...

4 drpdnya mmg dah kenal. ;)

Miss N™ said...

tahniah buat mereka.. :)

Unknown said...

salam kenal tuk mereka,..wah akak belum kenal laa ngan fieda,..waniey,..sally,..n mv tuu...ehe...:p
tahniah tuk mereka

Abang Karu said...

tahniah utk semua...

fieda said...

ngengada la izan tu...hihihi..tqvm solehah...sayang solehah...