Lazada Malaysia

Wednesday, December 24, 2014

Servis Setiap Hari Ke Butik Shah Alam

Assalamualaikum.

Kepada kaki shopping online shop, ini adalah berita baik buat korang semua.

Servis.my ada menyediakan servis untuk membeli jubah, kasut, shawl, tudung bawal dan sebagainya untuk kita order di butik yang tidak menyediakan perkhidmatan online shop. Macam best kan. Memang best sebab semua kaki shopping tau butik-butik di Shah Alam memang tiada tandingannya.


Instagram dan servis ini dikendalikan oleh Syahida Noh. Jadi kepada sesiapa yang nak order, bolehlah contact Syahida di nombor yang tertera dalam gambar di atas.


Gambar di atas pula adalah senarai butik yang termasuk dalam senarai order yang akan servis.my pergi shopping. Boleh dikatakan semua butik di atas ini sudah dikenali rapat oleh pembeli. Butik-butik ini sentiasa penuh dikunjungi pembeli. Walaupun mereka tidak menyediakan servis online shop, tetapi mereka tetap ada Instagram. Jadi korang bolehlah cuba usha dulu apa yang dijual oleh butik-butik ini, kemudian jika korang duduk jauh dari Shah Alam korang bolehlah suruh servis.my belikan. Mudahkan? Eh apa tunggu lagi. Cepatlah pergi order.

Tuesday, December 23, 2014

Beli Inner Neck Medina & Lauren Printed Shawl - Instagram Fiska Shah Alam

Assalamualaikum.

Pasti sudah ramai yang tahu akan kewujudan Instagram Fiska Shah Alam. Kepada yang belum tahu, sila klik SINI. Masuk saje instagram ni, pasti korang akan rambang mata nak pilih sebab shawl/tudung/innerneck yang dijual semuanya cantik belaka. Sehinggakan pada awal penjualan shawl dan innerneck tu, saya sudah borong 1 innerneck dan 2 shawl mereka secara online. Semua order hanyalah melalui telegram.






Okay, shawl dan innerneck di atas inilah yang saya beli. Cantik kan? Harga pula berpatutan, tidak murah dan tidak mahal.



Pada mulanya parcel ini sampai di rumah, saya masih di tempat belajar saya. Jadi setelah sebulan, baru saya dapat buka parcel ini dan terus pakai shawl ini pada keesokan harinya.


Okay, ini saya. Inilah kali pertama saya pakai shawl. Ketika ini saya dalam bos rombongan hari keluarga pejabat abah. Saya tak tau nak cakap apa sebab tergamam tengok shawl ini terletak elok di muka saya. Sehinggakan ramai ahli keluarga staff pejabat abah bagitau shawl ini cantik dan sempat bertanya dimana boleh beli shawl ini. Harap ramai yang akan serbu instagram Fiska Shah Alam ni nanti. heee...


Tahniah Fiska Shah Alam kerana buat saya jatuh cinta pada shawl. Selepas ini, saya akan cuba borong shawl dari korang lagi. Nak dijadikan cerita, sebenarnya saya sedang tunggu kedatangan Lauren Printed Shawl 3.0. Nak borong lagi, ngeh3...


Rupanya cantik juga saya pakai shawl kan. hahaha...*angkat bakul sendiri



Akan datang Lauren Printed Shawl 3.0 tak lama lagi!!! Ada 13 design yang cantikkkkk sangat2 dan berita baiknya kami akan buka online juga! Semua #fiskafairies wajibb ada koleksi 3.0 ni tauuu!!

Sunday, December 14, 2014

Senarai Aktiviti Pesta Konvokesyen KUISAS 2014

Assalamualaikum.

Akhirnya sampai juga masanya untuk saya konvo. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana beri saya kesempatan untuk menyertai konvokesyen pada tahun ini. Dan yang terbaiknya, pesta konvokesyen pada kali ini turut disertai dengan Perkampungan Raudhah Islami. Terdapat banyak aktiviti yang boleh kami sertai seperti :


Jom Kepada Graduan yang nak bergambar bolehlah kunjungi Gerai MYZI PHOTO dengan kadar harga gambar yang paling istimewa khas untuk para Graduasi KUISAS dan Pengunjung yang datang ke Pesta KONVOKESYEN KUISAS dan Perkampungan Raudhah Islami 2014 bermula 15-18 Disember 2014. Jom bergambar. Sebarang Pertanyaan atau tempahan awal sesi bergambar bolehlah menghubungi Cik Adila di talian : 017-2753925.


AYUH MERIAHKAN PESTA KONVOKESYEN KALI KE-3 DAN PERKAMPUNGAN RAUDHAH ISLAMI 2014 pada :-

15 - 18 Disember 2014 (Isnin-Khamis)
0830 pagi - 12 malam
Di Perkarangan Padang KUISAS

Pelbagai Aktiviti Menarik akan dijalankan seperti :

- Malam Geng Muda Berselawat 
(IN-Team/ Nur Ahli Badar / Habib Najmuddin)
- Festival Nasyid Raudhah IPT
- Pertandingan Pidato BM IPT
- Liga Dakwah Kreatif 
- Musabaqah Al Quran IPT
- Debat Persahabatan
- Bicara Daie TV3
- Fiqh Nisa'
- Bicara Selebriti (Akhill Hayy dan Waheeda)
- Festival Sukan Raudhah
- Forum Makanan Sunnah Just Tok Guru TV9 
- Konsert UntukMu Palestine 
Dakmie, Fynn Jamal , Noh Hujan, Heliza Helmi, Ipoh Yeop Drumer
- Gerai Jualan / Pameran dan sebagainya

Jom kita serbu ramai ramai.



LIGA MANIFESTASI ISLAMI [FESTASIS 2014] menampilkan pertandingan seperti :

Festival Nasyid Raudhah IPT
Pidato Bahasa Melayu IPT
Musabaqah Al Quran IPT
Liga Dakwah Kreatif
dan Debat Persahabatan

16 Disember 2014 (Selasa) | 0830 pagi
Perkarangan KUISAS


MALAM GENG MUDA BERSELAWAT pada :-

15 Disember 2014 (Isnin) | Jam 8:45 MALAM
di Perkarangan Padang KUISAS

Bersama penampilan khas :

IN Team | Nur Ahli Badar | Habib Shekih Najmuddin

Tema Pakaian : PUTIH

Jom meriahkan Selawat Nabi. Sampaikan rindu buat Rasulullah


Jom Sertai kepada yang berminat. Untuk Pesta Konvo nanti.


PESTA KONVOKESYEN KUISAS DAN PERKAMPUNGAN RAUDHAH ISLAMI 2014 mempersembahkan 

KONSERT UNTUKMU PALESTINE pada :

17 Disember 2014 (Rabu) | bertempat KUISAS Kuala Kangsar
Jam 830 malam | Pentas Utama Pesta 

bersama usaha untuk mengutip dana dan derma buat sudara saudara Palestine di sana.

Bersama Penampilan Istimewa :

-Dakmie
-Noh Salleh (Hujan)
-Fynn Jamal
-Heliza Helmi
-Ipoh Yeop Street Drummer



FESTIVAL NASYID RAUDHAH SEMPENA PESTA KONVOKESYEN KUISAS DAN PERKAMPUNGAN RAUDHAH ISLAMI 2014.
Penyertaan Percuma.

Terbuka : 

- Lelaki & Perempuan | Penyertaan Percuma
- 2 BUAH Lagu Minus One SAHAJA
- 10 Orang 1 KUMPULAN
- Hadiah Wang Tunai , Sijil dan Hamper


PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU SEMPENA PESTA KONVOKESYEN KUISAS DAN PERKAMPUNGAN RAUDHAH ISLAMI 2014.
Penyertaan Percuma.

Hadiah Wang Tunai Sijil Penyertaan dan Hamper. 
Jom Daftarkan diri. Serlahkan Bakat anda.

Terima kasih kepada pihak pengurusan KUISAS kerana berjaya menganjurkan banyak aktiviti sepanjang minggu Pesta Konvosyen. Saya doakan semoga segala aktiviti berjalan lancar. Insya-Allah.

Friday, December 12, 2014

Malam Santai IPTIM 2014 : Forum Sukan & Islam

Tarikh : 25 November 2014
Masa : 8.30 malam - 11.30 malam
Tempat : Dewan Serbaguna KUISAS
Moderator : Saudara Salahuddin
Panel : Ustaz Nawawi (Pensyarah KUISAS)
Penampilan Istimewa : Ustaz Manis (Selebriti Astro Oasis)
Persembahan Kumpulan : Nusantara, An-Na'em, Qauthar










































































Terima kasih Ustaz Manis kerana sudi datang ke KUISAS. Terima kasih juga diatas kesudian ustaz memberi tandangan di atas poster dan album yang saya beli. Segala kenangan ustaz menghadirkan diri ke sini dengan album terbaru ustaz, saya doakan semoga perjalanan karier ustaz akan dirahmati Allah selalu. Semoga kita dapat bertemu di lain hari.