Assalamualaikum.
Alhamdulillah, barang Zalora dah sampai. Yeayyy shopping-shopping lagi di Zalora untuk menghabiskan voucher dan diskaun yang saya dapat lagi dari Zalora. Memang pening jugak nak buat pilihan kali ni. Maklumlah rambang mata tengok barang yang cantik-cantik. Harga pun boleh tahan juga. Jadi kena bijak berbelanjalah kan. Jom tengok apa yang saya dan mama shopping kali ni. Kali ni saya ajak mama pula... :)
Inilah barang yang saya beli tu.
Catalyst Bowler double zipped handy pouch
Harga Sebenar : RM 18.00
Harga Sebenar + Harga Shipping : RM 18.00 + RM 5.00
Harga Selepas Diskaun + Harga Shipping : RM 22.31
Ini pula blouse yang mama saya beli.
First Lady Blouse
Harga Sebenar : RM 45.00
Harga Sebenar + Harga Shipping : RM 45.00 + RM 5.00
Harga Selepas Diskaun + Harga Shipping : RM 5.00
Jika korang tengok harga barang kami, kami hanya boleh bayar di kaunter bank. Semestinya kami bayar di CIMB Bank. Selesai bayar, kami kena hantar bukti pembayaran pada Zalora. Kepada yang tak tau camne nak hantar bukti pembayaran ni, sila ikut cara-cara di bawah ye.
Peringatan : Buat pembayaran + Hantar bukti pembayaran = Hanya dalam masa 24 jam. Jika tidak, order korang akan terbatal secara automatik.
Zalora - Bank Transfer Confirmation
1. Mula-mula, korang capture dulu slip pembayaran yang dah dibuat. Gambar yang dicapture tu mesti jelas.
2. Kemudian, korang klik SINI. Sila isi detail yang diminta dan upload gambar slip yang korang dah capture tadi. Jika korang bayar melalui kaunter, sila pilih Other.
3. Klik Confirm Payment. Sila tunggu sehingga proses ini 100% selesai.
Pertanyaan Dari Kawan Facebook & Blogger Mengenai Zalora
1. Bagaimana Nak Buat Jika Barang Zalora Lambat Sampai?
Jikalau order terbatal, Zalora akan bagitau pada korang di dalam emel. Jika order korang berjaya, Zalora tak akan inform apa-apa pada korang. Dan jika Zalora lambat hantar barang korang lebih dari 3 hari waktu bekerja, saya syorkan korang tanya Zalora dengan cara emelkan pada Zalora. Cara-caranya ialah :
Hai, saya ingin bertanya. Adakah slip pembayaran untuk order "nombor order korang" telah diterima oleh pihak Zalora? Terima kasih.
* Nanti Zalora akan reply emel korang dengan memberikan tracking number + cara nak check order korang tu.
2. Bagaimana Jika Ingin Batalkan Order Dari Zalora?
Jika korang nak batalkan order secara cepat, korang kenalah hantar emel pada Zalora terlebih dulu. Buka emel korang. Buat tajuk yang sesuai untuk emel. Sebagai contoh :
Tajuk Emel : Masalah Dengan Pembayaran
Hantar emel ke : customer@zalora.com.my
Hai Zalora. Maaf saya ingin bertanya. Saya ingin bertanya pada pihak Zalora, bagaimanakah caranya jika saya nak batalkan order kerana saya tersilap pilih payment method. Item tu dah order, tapi saya memang tak boleh nak bayar dengan IPay88 dan adakah kupon RM50 yang saya guna dalam order tu akan terus hilang jika payment tak dibuat?
* Zalora akan reply korang dengan bagitau yang order tu dah dibatalkan.
3. Bagaimana Ingin Shopping Di Zalora Dengan Voucher RM50?
Sila klik SINI untuk mengetahuinya.
Okaylah setakat ni saje saya update mengenai Zalora. Kalau ada yang tanya soalan pada saya lagi, saya akan jawab soalan tu di entri lain ye. Selamat bershopping semua.
19 sweet comments:
rasa cam nk try jga shopping di zalora... oo..tpi xleh guna internet banking ke? huhu
@maria firdz boleh je. kan banyak pilihan untuk wt pembayaran. da ditunjukkan di bahagian shopping cart
belum pernah cuba lg ni.
Wow..beg oren tue cantiklahh...nak shopping gaks lah heeheh
Nur pun belum pernah shopping dekat zalora ni..
Teringin juga nk shopping kat ZALORA nie..tp de bc review dr org len kata servis diaorg xbgus..xtaulah mcm mana...huhu
wahh! ni yg solehah bagitau haritu ea. seronok lah shopping kat zalora :D
orennyeee.. solehah suka kaler tu eh? huhu.. ramai eh soping zalora.. mcm nk try pulak...
seronok jugak kan shopping kat zalora.
@yasira rusydinah izni yahya oh tu terpulang pada masing2 la kn. dlu mmg servis diorg xbpe ok. tapi skrg diorang dh tingkatkan lagi servis diorg mnjdi bertambah baik. skrg servis zalora dh baik.jgn risau ye. pe2 hal yg musykil, tnye Zalora ye :)
@Dianaa haah fatin. ni la yg solehah bgtau dlu tu.hehe :)
@Deqla Manjew err ske sbb kalernya tu xpudar n kaler ni nmpk hepi je klu pakai. solehah ske hitam, tp rasanya better pilih oren sbb berseri la sikit kan.hehe :)
cantik kaler tue solehah
Owhh...heee..thx solehah 4 d info :)
boleh jadi ketagih shopping kat cni kah3x.. baru2 ni voucher guna utk mama juga!!
Aslmkm. Nak tanya, pasal bayaran tu boleh secara cash deposit mlalui mesin atm x? Lagi satu yg voucher kupon ni still boleh mtk lagi ker?
@Engku Muzahadin Boleh cash deposit secara mesin atm dan voucher kupon tu masih ada.
Dalam pilihan byaran dekat zalora sye x de bank transfer.. Mcam mne nk isi detail untk bnk transfr ye.. Tq.
Salam.. Dekat pilihan byaran zalora saya x ada bank trasfer.. Mcm mne nk isi detail untk bnk trasfer ye?.. Mohon bantuan
Post a Comment