Lazada Malaysia

Saturday, June 30, 2012

Demam Ohh Demam!!


Assalamualaikum.

Sebenarnya saya tengah demam, batuk dan selesema ni tapi gagahkan diri untuk online blog. Sungguh tabah saya ni kan. Dahla tak da mood, kepala pening-pening. Saya harap esok saya akan sihat. Doakan saya sembuh ye semua. Kawan-kawan saya rehat dulu. Nanti saya akan bw blog korang bila saya dah sembuh. Sayang korang semua.

p/s : (Dunia realiti) Baiknya la miau saya ni. Tuam kepala saya siap "landing time". Sabar-sabar
=.=

Giveaway Blog Tercantik By :Nurin

Nak join? Klik banner ye.

Assalamualaikum. Jom join GA ni ye.

Id Blog : Solehah Shamsuddin
Id Facebook : Solehah Shamsuddin
Tag : Shuhada | Yumida

Tutorial : Scroll Box Dalam Entry

Assalamualaikum.


Kepada sesiapa yang ingin buat scroll box dalam entry, bolehlah tengok tutorial ni ye. Korang boleh buat scroll box ni untuk masukkan senarai nama peserta contest, kod HTML atau apa-apa pun yang korang rasa nak tulis. Jadi korang bolehla asingkan semua ni dengan ayat dalam entry korang tu kan. Eheh, mudah saje tutorial ni. Jom buat sama-sama.

Untuk new blogger interface

1. Log In > Posts > New Post.

2. Copy kod ini :

<center>
<div style="background-image: url(&quot;http://dl.glitter-graphics.net/pub/303/303771ob8r4r0z04.png&quot;); border: 3px double #FF3399; height: 150px; overflow: auto; width: 400px;">

 
Taip isi-isi dan ayat korang di sini ...



</div>

3. Paste di bahagian HTML dalam New Post tadi . Html kat mana ? Tengok butang sebelah kiri dalam bahagian New Post, di sebelah butang Compose. Jumpa tak?

Perhatian! Korang juga boleh edit :

border: 3px : untuk menetapkan ketebalan kotak
double : boleh ditukar kepada dashed atau ikut pilihan korang
#FF3399 : untuk menukar warna kotak. Kod Warna DI SINI.
height: 150px; : untuk menetapkan saiz ketinggian kotak
width: 400px; : untuk menetapkan saiz kelebaran kotak

4. Ok . Bila dah ubah, tukar balik ke Compose. Kemudian korang taip apa yang korang nak taip di "Taip isi dan ayat korang si sini".

5. Kalau dah jadi, bolehla korang klik butang Publish. Dah siap!

Selamat Mencuba.

Friday, June 29, 2012

Tutorial : Letak Kotak Untuk Sidebar

Assalamualaikum.


Sebenarnya sudah lama saya tercari-cari kod untuk buat kotak sidebar seperti di sidebar saya sekarang. Cantikkan kotak tu? Godek punya godek, kemudian try dan ia menjadi. Rupanya senang saje nak buat kotak sidebar ni. Alahai, ingatkan susah sangat.hehe Oklah kepada yang ingin mengetahui macamna nak buat kotak sidebar seperti dalam blog saya sekarang, ikut tutorial mudah di bawah ye.


Untuk new blogger interface


1. Mula-mula buka layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript.


2. Copy dan masukkan kod di bawah ke dalam HTML/JavaScript.






<div style="background: #FFFFFF repeat; repeat; padding: 5px; border:2px solid#000000; border-top-left-radius: 20px 20px; border-top-right-radius: 20px 20px; border-bottom-left-radius: 20px 20px; border-bottom-right-radius: 20px 20px;"><center></center>


Masukkan kod , atau apa-2 sahaja ayat korang di sini kayh ?


</div>



3. Korang boleh ubah kod ikut kehendak korang.

Background dalam kotak : "#FFFFFF" boleh ditukar warna.
Border : "2px" boleh ditukar kelebarannya.
Jenis border kotak : "solid" (boleh ditukar kepada "dashed" atau selainnya).
Warna border kotak : "#000000" boleh ditukar warna.
Kelebaran kotak : "20px 20px" boleh ditukar kelebarannya.

# Kod warna korang boleh dapatkan DI SINI.

4. Preview dan Siap!

Selamat Mencuba.

Thursday, June 28, 2012

One Of The Best Wedding Proposal Ever - Justin and Nikki Wedding Proposal

Assalamualaikum.



I just found this video from youtube and I done see it. Oh my God, I cry ok. Give me tissue please. This video is so sweet, I want this too. I know outside there that have same age like me also want your wedding day same like this superb wedding proposal ever, right? hehe I know your answer ok.

CLICK HERE if u want to know their facebook. Ok now I don't wanna talk about it more, u can keep watching this video now. Enjoy your day and smile always.

p/s : If u want skip to the real one wedding proposal, u can enter to the part of 22.08min. Enjoy see it.

Tutorial : Letak Link Churp-Churp Banyak-Banyak Dalam Gambar Floating

Assalamualaikum.


Bila saya blogwalking ke blog, kebanyakkan blogger rajin meletakkan iklan churp-churp ke dalam blog mereka. Tetapi kebanyakan iklan yang mereka letak tu dapat untung ke, dapat duit dengan cepat dan mudah ke? Yela iklan churp-churp mereka cuma letak pada satu tempat tu je, tak gerak-gerak pun kan. Ok kali ni saya nak ajar korang semua macamne nak dapat duit cepat dengan churp-churp. Ini ialah cara yang paling cepat dan mudah untuk dapat duit dengan cepat. Tutorial ni senang saje pun. Tutorial ini diminta oleh Ain.


Ok Ain, ini tutorialnya ye. Harap awak suka tutorial ni.



1. Log in > Dashboard > Template > Add a Gadget > HTML/JavaScript.

2. Ok sekarang copy kod di bawah dan paste di mana-mana yang korang nak. Seeloknya sebelum paste kod ni dalam blog, paste dulu di mana-mana (contoh:microsoft word) yang korang rasakan senang nak edit kod ni.

( Jika korang tak boleh copy kod, sila highlight kod dan tekan Ctrl + C serentak. )


<div style='display:scroll; position:fixed; top:190px; right: 10px;'><a href="http://www.korangpunyalink" target="_blank"onclick="window.open(&quot;http://www.korangpunyalink&quot;);window.open(&quot;http://www.korangpunyalink&quot;);window.open(&quot;http://www.korangpunyalink&quot;);

"><img style="cursor: pointer; width: 136px; height:143px;" src="http://i.imgur.com/cPrvO.png" /></a></div>

Peringatan, korang juga boleh mengubah (yang di-bold kan) :

✿ top:190
px; right: 10px : untuk tetapkan jarak kedudukan gambar floating

right / left : untuk tetapkan kedudukan gambar floating korang
http://www.korangpunyalink : pastekan link churp-churp korang di sini
. Jika nak letak banyak lagi iklan churp-churp tu, sila paste kod ni banyak-banyak ye :
window.open(&quot;http://www.korangpunyalink&quot;);
✿ width: 136px; height:143px : untuk tetapkan saiz gambar floating korang
http://i.imgur.com/oomPS.png : pastekan link gambar floating korang

 
3. Masukkan kod yang telah korang edit tadi ke dalam HTML/JavaScript.

4. Preview & Save!




Selamat Mencuba.

Wednesday, June 27, 2012

GA Izan Mama Mia & Rakan Blogger

Klik banner untuk join.

Tag : Shuhada



Tips : Kempiskan Perut

Umum semua tahu melakukan sit-up dapat mengecilkan atau mengempiskan perut. Tetapi persoalannya berapakah jumlah sit up yang perlu dilakukan untuk mengecilkan perut kita?. Sit up atau bangkit tubi memang tidak asing bagi wanita. Aktiviti ini adalah paling berkesan untuk mengempiskan perut dan menghilangkan lemak lemak di kawasan perut. Gerakan sit-up ini juga dikatakan dapat membantu wanita memiliki perut yang nipis, tegang dan cantik. Sebenarnya bangkit tubi yang di sarankan adalah 24 kali turun naik. Ini bermakna anda haruslah membuat sit-up sebanyak 8 kali dengan 3 kali pengulangan yang melibatkan otot perut. Itu sudah cukup memadai bagi anda. Lakukan aktiviti ini sebanyak 2 kali sehari.

Selamat Mencuba.

Tuesday, June 26, 2012

Tips : Mencantikkan Mata

1. Pengambilan telur. Kuning telur sangat kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang sangat baik untuk mata. Walaupun anda menghindarinya kerana ia mengandungi kolesterol yang tinggi, namun kajian yang dilakukan oleh University Massachusetts Lowell, apabila seseorang memakan telur secara teratur sebanyak 2 hari berturut-turut dpat meningkatkan lutein dan zeaxanthin tanpa meningkatkan LDL (buruk) kadar kolestrol.

2. Perbanyakkan pengambilan Antioksida. Selain dapat mengelakan dari mendapat penyakit kanser, antioksida sangat baik untuk mata. Antara makanan yang banyak mengandungi antioksida seperti buah beri, tomato, brokoli, bayam, kacang soya, karot, buah manggis dan sebagainya.

3. Banyakkan mengambil Omega 3. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Melbourne, Australia, menjelaskan pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

4. Supplemen. Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisinya dapat membantu mengurangan risikomata rosak. Tetapi jangan mengambil supplemen lebih dari sepatutnyakecuali atas arahan doktor.

5. Menjaga tekanan darah dan berat badan. Menurut American Acedemy of Opthalmology, mereka yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak akan dapat dicapai oleh retina mata. Manakala lemak dalam tubuh adalah tempat penyimpanan utama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah bertindak sebagai nutrisi pelindung mata.

Monday, June 25, 2012

Yeayyy! Dapat Banner Daripada Bunga Hati Mama. Terima Kasih

Assalamualaikum.

Kod Banner :

<a href="http://solehahshamsuddin.blogspot.com/" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/GnBZH.gif" border=0 /></a><br /><br /><textarea cols="20" rows="2"><a href="http://solehahshamsuddin.blogspot.com/" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/GnBZH.gif"  border=0 /></a><br /></textarea>

Kemudian pegi dashboard-> design-> add a gadjet-> HTML/java script-> paste kat situ then simpan la mana2.

Sila copy kod di atas jika ada yang sudi nak ambik banner muka saya yang cun ni untuk tempek kat blog korang. Agak-agaknya ada tak yang sudi tu?hehe :)

KLIK SINI untuk mengetahui bagaimana saya dapat banner cun-melecun kat atas ni. KLIK SINI pula untuk tahu siapa yang dah dapat banner percuma dari kak Arina. Tengok tu korang, saya jadi pelapor kedua. Cepat betul saya melaporkan diri kan. Maklumlah benda percuma, jangan ditangguhkan. Kira rezeki la tu kan. Sekarang ni dah ada 10 ahli yang melaporkan diri pada kak Arina untuk buat banner, khas untuk ahli GSF sahaja. Yang lain tu, apa tunggu lagi. Cepat-cepatlah laporkan diri tu ye. Saya minta buat banner ni sebab blog saya ni dah tak da banner. Banner tiba-tiba terkubur tak tau pergi mana. Dahla blog cun, tapi tak da banner. Mesti korang sendiri pun pelik mana pergi banner saya. Tapi sekarang saya tak perlu risau, saya sudah ada banner sendiri yang dibuat khas oleh kak Arina kita. Saya dah da banner, nanti ahli-ahli GSF tu bolehla tukar-tukar banner dengan saya pulak la kan. Sudi-sudikan diri la ye.hehe

Terima kasih kak Arina sebab buat banner ni untuk Solehah :) Cantikkk...

Tips : Teknik Memakai Maskara

1. Bersihkan terlebih dahulu berus maskara yang hendak di gunakan dengan tisu untuk mencegah sapuan bergumpal.

2. Sepit bulu mata anda dengan penyepit khas.

3. Sapukan maskara dengan gerakan ke depan dan kebelakang.

4. Sapukan maskara ke bulu mata tengah. Kemudian sapukan dengan membuat goresan panjang kearah luar dengan berus maskara.

5. Last sekali sapukan dari akar bulu mata sehingga he hujung bulu mata. Ini akan menghasilkan bulu mata yang panjang dan lentik.

Selamat Mencuba.

Sunday, June 24, 2012

Jom! Join Bloglist Cik Rose Cute

Assalamualaikum.

 

Saat Solehah blogwalking tadi, Solehah terjumpalah  satu entry ni "Jom! Join Bloglist Cik Rose Cute". Sebagai tanda sokongan pada Kak Ros, Solehah pun joinlah. Yang tak join tu, cepat-cepat join tau. Mane tau da rezeki ke.hehe apa-apa pun terima kasih akak sebab sudi masukkan blog Solehah dalam bloglist akak.

Penangan Ecadwinkyasha, Blog Kini Bersinar-Sinar

Assalamualaikum.


Eh, kenapa dengan saya ni tiba-tiba suruh terjah cepat-cepat ni.ha, jangan terkejut ye korang. Saya suruh terjah sebab nak tunjukkan pada korang siapakah tukang edit blog saya yang sebenarnya.ngeee kalau nak tau, klik la link kat atas ni cepat-cepat ye.


Kak Ecadwinkyasha. Ni la orangnya yang edit blog saya sampai cantik-melentik, cun-melecun, kebabom dan semuanya pun meletuplah. Saya ambik servis edit blog dari kak Eca ni la. Harga, RM25 untuk full edit. Saya kena tambah RM5 lagi sebab buat "metatag dan breadcrumb". heheh murah kan? Untung sangat bila ambik servis dari kak Eca ni sebabnya dia akan tolong kita sehingga siap semuanya, dahla murah pulak tu. Apa lagi kalau korang nak blog korang jadi cun macam blog saya ni jugak, korang pun pakat serbu kak Eca la pasni ye.hehe

Nak tahu macamna nak dapatkan servis edit blog dari kak Eca ni, klik SERVIS EDIT BLOG. Nanti korang pergila roger-roger kak Eca ni tau.

Terima kasih kak Eca sebab edit blog Solehah. Jasa akak akan Solehah kenang selamanya.

Saturday, June 23, 2012

Kucing Paling Besar Di Dunia vs Kucing Saya, Mana Lagi Comel?

Assalamualaikum.

KUCING PALING BESAR DI DUNIA
( RUPERT )


Dengan saiz tiga kali ganda berbanding kucing biasa, ramai yang berfikir Rupert tidak akan membesar lagi buat masa ini. Bagaimanapun, kucing saiz besar melampau itu yang berat sembilan kilogram dan dianggap sebagai antara kucing paling besar di dunia, hanya baru membesar separuh dan dijangka terus bertambah gemuk. Kucing baka Maine coon itu baru mencapai separuh daripada berat kemungkinannya pada usia hampir tiga tahun. Beratnya dijangka bertambah sebanyak lima kilogram lagi.
 

Hakim pertandingan kucing berkata, Rupert yang tiga kali menjadi juara di negara asalnya, Australia, adalah kucing Maine coon baka tempatan paling besar pernah mereka lihat. Hakim, Lesley Morgan Blythe berkata: “Dia sungguh besar, kucing gergasi dan masih belum membesar sepenuhnya. “Dia lebih besar berbanding kucing Maine coon yang pernah saya lihat.”


Pemilik Rupert, Kyra Foster, berkata: “Dia kelihatan sungguh hebat dengan bulu yang panjang di samping mukanya yang kelihatan liar. Orang ramai akan terpesona apabila melihatnya.”

Kucing Maine coon terkenal sebagai baka yang menghasilkan kucing tempatan besar. Berasal dari Maine, negeri di Amerika Syarikat, kucing itu mempunyai ciri tersendiri kerana ekornya yang berbulu lebat dan panjang dan boleh membesar sehingga lebih satu meter.
KUCING KESAYANGAN SAYA
( dirahsiakan nama )





Antara kedua-dua kucing ni, mana satu paling comel? Oh untuk pengetahuan korang, kucing kesayangan saya ni dari baka kucing Siam. Sebenarnya mak ayah dia ni dari jenis baka yang besar-besar jugak, tapi saya pelik kenapa tiba-tiba anak mereka jadi kecik macamni. aishhh musykil ni... pssttt, vote kucing saya tau.hehe

Tutorial : Buat Aplikasi Facebook Status via Blog

Assalamualaikum.

Saya yakin korang di luar sana tak tahu yang sebenarnya kita boleh update fb status kita via blog sendiri. Jika kita selalu update fb status kita via blog, lambat-laun blog kita pun akan turut popular sekali. Betul tak? Ha, mesti korang semua nak tau macamna nak buat setting untuk tutorial ni kan. Apa kata, kali ni saya sendiri yang ajar korang semua bagaimana nak buat aplikasi facebook status via blog. Mungkin nak buat ni agak susah pada mulanya, tapi jika korang paham langkah demi langkah, korang akan paham juga macamna nak buat. Jom kita tengok tutorial di bawah ni ye.

 Sebelum korang buat aplikasi ni, saya nak korang semua buat confirmation dulu DI SINI. < Ini WAJIB!
 
1. Pilih aplikasi yang korang inginkan DI SINI.

2. Kemudian akan keluar seperti di bawah. Klik "Start Creating a New Facebook App".


3. Kemudian, sila skrol app ke bawah. Korang akan jumpa "Status Updater App" seperti gambar di bawah, klik di situ.


4. Kemudian korang isi dan pilihlah apa yang patut dalam tu ye. Bahagian "Application Name" tu, korang tulislah nama blog korang ye. Kemudian klik save.

5. Korang akan ditunjukkan oleh facebook apakah langkah terakhir nak buat app ni.

6. Bukak new tab dan KLIK SINI. Kemudian klik "Create New App". Selepas dah klik tu, JANGAN ISI apa-apa pun dalam bahagian "Crete New App" tu, cuma klik "Continue" SAHAJA. Ikut langkah selanjutnya. Nanti korang akan jumpa "App Id" dan "App Secret". Copy kod tersebut dan paste dalam "App Builder on Facebook" korang tadi. Tick pada kotak untuk menandakan yang kita setuju nak guna app ni. Klik Publish.

7. Korang akan jumpa seperti di bawah setelah publish.

8. Klik nama blog korang seperti gambar di bawah.
 

9. Klik "Go to App", kemudian klik "Allow" seperti gambar di bawah. Siap!



Untuk menggunakan aplikasi ini (bila-bila masa), korang kena ikut langkah di bawah pula.

1. Tengok bahagian kiri home facebook korang.
2. Cari nama aplikasi yang korang buat tadi. Klik di situ.
3. Selepas klik, korang akan jumpa seperti gambar di bawah. Anda cuma perlukan post status di bahagian "Share", pilih nama kawan kemudian "Publish". Kalau nak post status di atas wall fb sendiri, pilih kosong saje ye.


Dah jadi ke korang punya app ni? Kalau dah jadi, selepas ni korang bolehlah update setiap hari status facebook korang tu via blog sendiri. Selamat Mencuba.

Friday, June 22, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kak Fieda

Assalamualaikum.

Ehem-ehem.. dah baca tajuk kat atas ni? Sebenarnya ni entry surprise khas untuk kak Fieda tersayang. Selamat Ulang Tahun Kelahiran kak Fieda Rafli. Sebenarnya Solehah tau befday akak harini pun bila terbaca entry dari kak Ina. Solehah rasa asyik nak tergelak sorang-sorang saje sekarang ni, tak tau sebab apa. Mungkin sebab hari lahir akak kot ataupun sebab surprise ni.hehe adalah. Nanti akak tau la sebab apa bila habis baca entry ni.hehe Sebenarnya Solehah tengah buntu idea ni, tak tau nak bagi apa kat akak. Akhirnya, lepas godek-godek kat google tu, Solehah terasa nak bagi sesuatu yang lain dari lain supaya akak dapat gelak sakan harini. Tu dia Solehah bagi video lagu Arab kat akak.haha Kalau akak tak paham tu, translate kat google saje eh. Lagu ni best tau. Dengar tau akak.hehe Mesti bila akak tengok video ni nanti akak dok gelak sorang-sorang je kan, maklumla dah tak paham.hahaha

*video ni pun ada kena mengena dengan hari lahir :)

Sebenarnya baru tahun ni Solehah kenal kak Fieda, tapi terasa dah bertahun-tahun Solehah kenal akak. Maklumla Solehah ni pun peminat setia terjah blog kak Fieda ni.hehe Akak, dengan rendah diri sekali lagi, Solehah nak ucapkan Selamat Hari Lahir Happy Birthday, Eid Milad Kullu Amin Wa Antum Bikhair kepada akak. Semoga kesihatan akak bertambah sihat dan semoga keluarga akak sekeluarga dilimpahi rahmat Allah. Ha, lagi dua perkara. Semoga persahabatan kita berkekalan dan semoga akak terus maju dalam dunia blogging. Sayang kak Fieda sangat-sangat!muah3 hehe

p/s : Terasa terlambatla pulak buat entry ni. Itulah saya, selalu sangat lambat.haisshhh

Tutorial : Cara Tukar Classic Template Ke Template Designer

Assalamualaikum.

Sebenarnya pada awalnya, blog saya ni jenis blogkin. Sesiapa yang kenal saya awalnya, semestinya korang tau macamne bentuk blog saya dulu. Sekarang ni baru saya ubah ke simple template. Salah satu penyebab saya berubah ke simple template ialah bila saya menggunakan blogkin, saya susah nak buat widget sendiri. Nak buat widget pun kena cari kod yang sesuai, kalau tak da kod yang sebetulnya nanti tak menjadilah. Lambat-laun saya pun dah jadi jemu. Kalau dah jemu nanti, macamna saya nak buat entry yang best-best nanti kan. Betul tak?hehe Mungkin ada sebilangan yang sudah jemu guna classic template macam saya jugak kan? Jadi kali ni saya nak ajar pula macam mana nak convert dari classic template ke template designer seperti blog saya sekarang ni.

Sebenarnya tak susah pun nak ubah, tapi bila korang dah ubah ke template designer yang peritnya nanti korang kena edit semula blog korang. Macamna nak ubah jadi cantik semula? Nanti saya ajar di kemudian hari ye.

Sesiapa yang nak convert blog tu, mari ikut langkah mudah di bawah ni ye.

Kepada sesiapa yang tak tau sekarang tengah guna classic template ataupun template designer, kepada yang menggunakan classic template dalam old blogger interface, korang akan jumpa perkataan template seperti gambar di bawah ini :


Ha, kepada yang tak tau camna nak ubah ke template designer, mari ikut langkah yang berikutnya.

1. Pergi ke Template > Customize Design > Upgrade Your Template
2. Kemudian, pilihlah template yang korang nak. Kalau nak template seperti blog saya sekarang, pilihlah simple template ye.
3. Tekan SAVE !
  
Ha, sekarang ni blog korang pun dah jadi template designer. Kepada sesiapa yang menggunakan template designer dalam new blogger interface pula, korang punya view akan seperti dalam gambar di bawah :

Ok lah, itu saje saya nak ajarkan. Selamat mencuba.

Perlawanan Suku Akhir EURO 2012 : Republic Czech vs Portugal

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN SUKU AKHIR
REPUBLIC CZECH VS PORTUGAL

TARIKH : 22 JUN 2012
MASA : 2.45 pagi
SIARAN DI ASTRO 801, 825 & 845

GO GO PORTUGAL! I KNOW U CAN WIN!


Barisan pemain Portugal:




12 Rui Patricio
21 Joao Pereira
2 Bruno Alves
3 Pepe
5 Fabio Coentrao
16 Raul Meireles
4 Miguel Veloso
8 Joao Moutinho
17 Nani
23 Helder Postiga
7 Cristiano Ronaldo

Barisan pemain Republik Czech:

1 Petr Cech (k)

2 Theodor Gebre Selassie
3 Michal Kadlec
6 Thomas Sivok
8 David Limbersky
13 Jaroslav Plasil
14 Vaclaf Pilar
17 Tomas Hubschman
18 Daniel Kolar
19 Petr Jiracek
15 Milan Baros

p/s : Kepada yang sokong Portugal, jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan mereka nanti. Portugal, goodluck!

Thursday, June 21, 2012

BEN ASHAARI DAN SAYA

Nak join? Klik banner ye.
Assalamualaikum. Sudah lama abg Ben tak buat segmen kan? Kali ni saya nak join segmen dari blog abg Ben Ashaari kita ni. Beliau da tanya "Blog camanakah yang saya suka baca dan kenapa ?" Jawapannya, saya suka baca :
  • Saya suka baca blog yang berkaitan dengan wanita kerana saya memang berminat nak kaji secara lebih mendalam tentang hal-hal wanita walaupun saya sendiri ialah wanita. Antara blog yang selalu saya kunjungi ialah blog Irine Nadia, blog Fieda Rafli & blog Intan Berlian.
  • Blog yang banyak informasi mengenai dunia semasa. Antara blog yang selalu saya kunjungi ialah blog Lulu Pages & blog Lyssa Faizureen.
Sebab tu la diorang punya blog semua ni termasuk dalam bloglist "I LOVE VISIT THEM" di sidebar kanan blog saya. Ha, korang pulak camna? Meh la share jugak ye.

Wednesday, June 20, 2012

Apam Polkadot

Assalamualaikum.

Apam Polkadot. Rasanya semua orang tahu mengenai apam polkadot ni kan. Saya pasti ramai yang sudah merasai betapa nikmatnya apam polkadot ni. Saya pun tidak terlepas peluang untuk merasai kesedapan apam polkadot ni. Semalam mama saya bawa pulang apam polkadot ni ke rumah dari sekolah tempat mama mengajar. Apam polkadot yang mama bawa ni berbentuk ladybird. Tau kan bentuk ladybird macamne. Mari saya tunjukkan macamne bentuk apam polkadot yang mama saya beli ni.


Inilah packaging apam polkadot ni. Walaupun packaging dia nampak simple, bila tengok apam polkadot ni dari luar, dah yakin apam polkadot ni pasti sedap.


Sebenarnya saya terlambat ambil gambar kesemua apam polkadot ni. Maklumlah bila buka saje, terus habis satu barisan apam ni. Adik-adik saya yang rembat dulu. Maklumlah diorang pun tak boleh tengok benda-benda comel camni, samalah macam saya. hehe


Apa lagi saya pun rembat sekali la. Ni la apam polkadot yang berjaya saya rembat dulu.hehe


Tengok tu korang, comelkan apam polkadot ni. Rasa sayang pula nak makan.hehe


Dah siap-siap saya ‘posing’ kan apam polkadot ni, terasa tergoda pulak nak makan. Apa lagi, terus "ngaummm la". pssttt, baru saya tahu yang apam polkadot ni ada jem di dalamnya. Seperti yang saya makan ni, apam polkadot yang berwarna merah diletak dengan jem strawberi, warna oren diletak dengan jem oren dan warna ungu diletak dengan jem blueberi. Sedap tau. Rugi kalau korang tak nak rasa.

Tergoda tengok apam polkadot ni?hehe Mesti korang tertanya-tanya dari mana saya beli apam polkadot ni kan. Sebenarnya apam polkadot ni mama saya beli dari cikgu sekolah mama jugak. Anak cikgu tu yang buat. Disebabkan anak dia cuma buat apam polkadot ni kat rumah, jadi dia menggunakan ibunya untuk jual apam polkadot ni di sekolah. Bijak-bijak. Tapi masalahnya dia tak buat promosi dalam internet. Kalau dia buat promosi, mesti laku apam polkadot dia ni kan. Oleh disebabkan dia anak kepada cikgu sekolah mama saya, dengan rasa lapang dada, saya tolonglah dia untuk promosikan apam polkadot dia ni kat sini. Saya buat promosi ni pun tak da ‘charge’ untuk dia ye. Sesiapa yang teringin nak beli apam polkadot seperti di atas, bolehlah bagitahu saya ye. Harga untuk dua baris apam polkadot seperti di atas ni berharga rm20. Jika nak tempah beraneka kek pun ada. Harga boleh dirunding.

“ Ini bukan entri pengiklanan, entri ini sekadar promosi. ”

p/s : Maaf sebab sudah beberapa hari saya tak dapat online. Sejak malam khamis sehingga semalam saya tak dapat online. Entry hari khamis tu memang saya dah buat schedule sejak hari isnin. Modem kat rumah rosak, jadi saya tak dapat nak online. Harini baru abah saya dapat gantikan. Maaf ye semua.

Tuesday, June 12, 2012

Alexa Rank Kini Bawah 1 Juta Setelah 6 Bulan Berblogging. Terima Kasih Alexa!

Assalamualaikum.

Apa khabar pembaca semua harini? Harap semuanya sihat-sihat belaka. Pada hari yang indah ini, saya ingin berkongsikan sesuatu mengenai Alexa Rank ni. Sebenarnya saya masih lagi tak berapa nak paham mengenai Alexa ni. Maksudnya bagaimana Alexa rank ini dikira. Tapi yang penting semakin kukuh trafik kita, semakin hebat Alexa rank kita, gitu kan? Sebagai contoh dalam ENTRY INI.

Tetapi blog yang otai-otai tu, memang hebatla rank mereka. Kadang-kadang saya jadi cemburu bila tengok rank mereka sebab saya ni memang suka tengok Alexa rank blog orang. Nak tau sebab apa saya suka tengok alexa rank blog seseorang? Mestilah sebab saya nak tengok tahap rank blog tu, jika rank blog tu semakin hari makin hebat itu bermaksud blog tu selalu update entry. Jadi ini akan menarik minat saya untuk selalu masuk ke blog dia. Tak ada la blog tu jadi suam-suam kuku saje kan.hehe


Usaha demi usaha akhirnya alexa rank blog saya kini sudah bawah 1 juta. Sebenarnya saya tak percaya bila tengok, tapi check punya check memang betul rank blog ni sudah bawah sejuta. Terima kasih kepada semua yang selalu singgah ke sini. Tanpa kalian, sunyi-sepilah blog saya ni. Blog ni mula dibuat pada 1 Januari 2012, maksudnya tahun ni la saya mula berblogging dan sehingga sekarang memang saya tak nafikan memang susah untuk saya menarik perhatian orang lain masuk ke blog sendiri. Dengan segala keramahan diberikan disertai dengan ketabahan, saya yakin yang saya mampu berjaya seperti orang lain. Pabila tengok orang lain boleh berjaya, semestinya kita pun boleh berjaya seperti beliau. Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih pada semua pembaca setia saya. Tanpa kalian, tiadalah blog ni juga. Saya tak pentingkan bilangan follower, yang penting orang suka masuk sini dan menjadi pembaca tetap. Jika tiada pembaca, tak da guna juga kan. Jika kita beri satu kebaikan kepada orang lain, kemungkinan kita akan dapat lebih banyak kebaikan dari orang lain. Semoga kita terus maju di masa hadapan.

p/s : Saya masih tak sempat lagi nak balas kunjungan korang ke sini. Nanti bila saya betul-betul free, saya akan balas kembali ye. Sebelum saya terlupa, korang jenguk-jenguklah bloglist kat sidebar tepi blog ni. Mana la tau dapat menambahkan kenalan korang semua.hehe

Blog Masih Dalam Proses Edit. Harap Semuanya Bersabar.

Assalamualaikum.



Jika korang masuk blog ni, mungkin sebilangan korang akan nampak banyak perubahan dalam blog ni. Maafla jika blog ni masih nampak tak tersusun dan seperti kacau-bilau. Banyak lagi sebenarnya yang tak siap ni. Layout blog belum siap, background title n sidebar belum dimasukkan, tajuk dalam blog pun masih terkontang-kanting, susunan widget masih serabut dan icon serta banner blog juga belum dimasukkan. Banyak lagi yang belum dimasukkan ni. Nanti saya nak suruh seorang blogger ni editkan blog saya. Lagipun beliau juga yang create semua icon dalam blog ni. Maksudnya saya ambil servis edit blog dari beliau. Nak tau sape? Nantikan entry saya di lain hari selepas siap edit blog ni. Jika korang masuk sini dan tiba-tiba blog ni di privatekan, paham-pahamla ye sayang-sayang semua.

p/s : Mungkin ada sesetengah blogger yang pakar dalam edit-edit blog kan. Agak-agak korang la, widget blog apa yang diperlukan dalam sesebuah blog dan widget apa yang tak diperlukan dalam sesebuah blog. Bukan apa, saya tanya ni sebab nak ringankan blog ni nanti. Nanti kalau blog ni berat, susah pulak korang nak blogwalking. This blog is under construction. Please be patient ya! Smile smile always ^_^

Sunday, June 10, 2012

Senarai Bloglist Terkini Ahli GSF ( Geng Segar Follower )

Assalamualaikum.








Harini saya nak update senarai terbaru bloglist GSF. Kalau ada yang tak tahu apa itu GSF, GSF ialah singkatan kepada Geng Segar Follower. Kalau nak tau lebih lanjut apa itu GSF, bolehla terjah KE SINI. Kiranya semua ahli GSF ni semuanya segar-segar belaka. Best kalau dapat join GSF ni. Nak tau sebab apa? Sebab dalam masa sehari, mesti salah seorang ahli GSF akan melawat blog korang. Kira macam blog korang tak kan sunyi sepi dalam sehari tu.

Sekarang senarai ahli bloglist GSF sudah bertambah seramai 36 orang ahli. Terima kasih kak Arina sebab buat pembaharuan untuk bloglist GSF ni. Semakin lama, GSF ni semakin dikenali. Tanpa membuang masa lagi, saya nak update senarai bloglist GSF yang terbaru. Berikut ialah senarai ahli yang layak join bloglist GSF :

1. Arina Shamsul
2. Lara E'dayou
3. Miss Banu
4. Aine Ainun
5. Dieyna
6. Yana Libra
7. Deqla Manjew
8. 9nol4
9. Cik Nur
10. Chic Na
11. Lelamaisara
12. Etuza
13. Sweet Honesty
14. Ayuni
15. Misya Mialen
16. Cik Aini Lavender
17. Solehah Shamsuddin
18. Dyabunga
19. Mzhany
20. Cendol
21. Cik Penguin_Solehah
22. Izan Mama Mia
23. Si Matatajam
24. Masha Meisters
25. Wan Nurul Hezrina
26. Aima Kaim
27. Niena Rizal
28. Busyra Takiudin
29. Ayu
30. Waniey
31. Lya Alyani
32. Yumida
33. Fariz Reza
34. Arelan
35. Nyue
36. Shuhada

Akhirnya saya berjaya listkan senarai terbaru bloglist GSF ni. Nak tau lebih lanjut bagaimana list nama ni diupdate semula, sila klik SINI. Geng Segar Follower (GSF) ni juga ada fb page. Sila klik FB PAGE GENG SEGAR FOLLOWER untuk melawat fb page GSF. Kalau nak kenal kami ni ahli bloglist GSF atau tak, cuba lihat di sidebar blog kami. Jika ada banner GSF tu, kiranya kami memang ahli bloglist GSF yang benar-benar diiktiraf. Kepada mana-mana ahli GSF yang masih belum meletakkan banner GSF ni, silalah berbuat sedemikian secepat mungkin untuk memudahkan saya blogwalking dengan lebih kerap. Oklah itu saje saya nak update mengenai GSF ni. Kepada ahli baru, selamat datang saya ucapkan ke GSF. Semoga dengan bertambahnya ahli GSF ni dapat menambahkan lagi hubungan silaturrahim kita semua. Insya-Allah.