Lazada Malaysia

Friday, February 13, 2015

12 Februari 2015 - Kehilangan Dua Orang Tokoh Disayangi Rakyat Malaysia


Semalam, negara kita kehilangan dua orang tokoh yang amat disayangi oleh Rakyat Malaysia iaitu Allahyarham Dato Hj Hasbullah Awang dan Allahyarham Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang yang beriman. Al-Fatihah.


Al-Fatihah Buat Allahyarham Dato Haji Hasbullah Awang


Biodata Datuk Hasbullah Awang (1952 - 2015)

NAMA: Datuk Hasbullah Awang
UMUR: 63 tahun
TARILH LAHIR: 9 September 1952
ASAL: Teluk Intan, Perak
ALAMAT: Lot 2975, Kampung Bukit Naga, Seksyen 32, 40460, Shah Alam, Selangor.

ANTARA LIPUTAN DAN ANUGERAH :

Sukan Olimpik 1988 - Seoul

Sukan Olimpik 1992 - Barcelona

Sukan Olimpik 1996 - Atlanta

Sukan Olimpik 2000 - Sydney

Sukan Olimpik 2004 - Athens

Sukan Olimpik 2008 - Beijing

Sukan Olimpik 2012 - London

Sukan Komanwel 1998 - Kuala Lumpur

Sukan Komanwel 2002 - Manchester

Sukan Komanwel 2010 - New Delhi

Sukan Asia 1986 - Seoul

Sukan Asia 1990- Beijing

Sukan Asia 2006 - Doha

Sukan Asia 2010 - Guangzhou

Sukan SEA 1985 - Bangkok

Sukan SEA 1989 - K Lumpur

Sukan SEA 1991 - Manila

Sukan SEA 1997 - Jakarta

Sukan SEA 1999 - Bandar Seri Begawan

Sukan SEA 2001 - K Lumpur

Sukan SEA 2003 - Hanoi

Sukan SEA 2005 - Manila

Sukan SEA 2007 - Korat

Anugerah Penyiar Serba Boleh 1988

Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa 1989

Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa 1991

Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa 2004

Darjah-Pingat:

Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)

Ahli Memangku Perak (AMP)

Ahli Mangku Pahang (AMP)

Pingat Pangkuan Negara (PPN)


Allahyarham Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia pada 12 Februari 2015, pada 1:30 petang di Insitut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Kehilangan Datuk Hasbullah satu ikon pengulas sukan tersohor sukar dicari ganti.

Apa yang unik atau mudah membuat peminat sukan mengenalinya adalah 'suara emas' yang didengar pada setiap acara siaran langsung - baik perlawanan bola sepak antarabangsa membabitkan skuad negara, Piala Malaysia atau pun Sukan SEA, umpamanya - ketika ditonton di kaca televisyen.

Suara milik allahyarham cukup memukau tontonan. Tidak dinafikan dia memiliki aura tersendiri dengan intonasi suara yang sesungguhnya seronok didengar pada setiap ulasan.

Ulasannya mudah, bersahaja dan bergaya sehingga jika pun ada kesilapan ia pantas ditampung dengan pemilihan kata-kata terbaik membuat penonton mudah mengikuti. Ada yang menunggu kehadirannya di televisyen - semata-mata kerana suara yang membuat tontonan mereka selesa dan terhibur.

Antara perkataan kerap kali ditutur oleh beliau ketika membuat ulasan adalah seperti "Oh.. Tidak", "Mengatur Gerak", "Tenang Mempertahankan Kubu" atau "Hantaran Panjang". Ia sudah menjadi sinonim kepada peminat segenap usia sehingga ada yang meniru perkataan ini ketika berbual mengenai bola sepak.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Belia juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara - sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.

Kejayaan memenangi anugerah Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa pada 1989, 1991 dan 2004 sekadar menceritakan betapa dia menjadi satu tarikan peminat pada era berkenaan.

Allahyarham memulakan kerjaya penyiaran pada 1974 sebagai Pembantu Siaran Tingkat 4 ​di RTM Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Angkasapuri Kuala Lumpur pada 1980.

Bersara awal pada 1992 sebelum menyertai TV3 sehingga 1994 tetapi kembali menyertai semula RTM sebagai Penyampai dan Pengacara Sambilan.

Pernah juga menjadi DJ di RTM Kuantan dan Rangkaian Nasional Angkasapuri selama 10 tahun. Sebagai hos MHI TV3 dan SPM RTM selain ditugaskan sebagai pengulas siaran langsung liputan televisyen. Sejak 1980 terbabit dalam siaran dan liputan sukan sehingga menjadi pengulas sukan Astro Arena bermula 2014.

Hasbullah meninggal dunia, hari ini akibat komplikasi jantung. Alahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 12.20 tengah hari.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Lot 2975, Kampung Bukit Naga, Seksyen 32, 40460, Shah Alam, Selangor jam 3 petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning, Shah Alam.

Al-Fatihah Buat Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat


Jika anda belum mengenali siapa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.



Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.


Al-Fatihah.

Friday, February 6, 2015

Luxury Acrylic Cosmetic & Makeup Vanity Organizer & Mini Acrylic Makeup Organizer

Assalamualaikum.

Akhirnya alat mekap saya sudah tersusun rapi. Kepada sesiapa yang nak alat mekap tersusun begini, maka rajin-rajinlah beli bekas susun alat mekap sebegini. Sebenarnya bekas ini saya dapat percuma daripada seorang kawan saya kerana pada asalnya kawan saya yang nak beli akan tetapi bekas ini tidak muat dimasukkan dalam hantaran dia. Jadi sebab itulah saya dapat percuma. Tq sahabatku.

Seperti gambar di bawah ini, yang bekas lutsinar ada laci ini namanya Luxury Acrylic Cosmetic & Makeup Vanity Organizer. Harga bekas ini ialah RM 150. Dan bekas yang saya simpan gelang dan getah rambut ini namanya Mini Acrylic Makeup Organizer. Harganya ialah RM55. Oleh kerana bekas ini dibeli secara online, jadi postage kesemua ini ialah RM 16. Jadi kesemua harga ialah RM 221.


Bukan setakat ini sahaja yang mereka jual, mereka juga ada menjual hijab pin, penyangkut tudung, penyangkut selendang, custom made casing hp, custom made shoes dan banyak lagi. Kepada sesiapa yang nak beli kesemua yang saya bagitahu tadi, sila hubungi :

Blog : Lynz Studio
Facebook : Lynzstudio
Instagram : @lynzstudio
Email : lynzstudio@gmail.com
SMS/Whatsapp : +60176277208