Lazada Malaysia

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

Assalamualaikum.


Saya Solehah Shamsuddin, di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat keluarga saya, kepada yang tersayang, saudara-mara saya, kawan-kawan sekolah rendah saya, kawan-kawan sekolah menengah saya, kawan-kawan kolej saya, kawan-kawan di blog, kawan-kawan di Facebook, kawan-kawan di Wechat, kawan-kawan di Beetalk, kawan-kawan di Whatsapp, kawan-kawan di Twitter, kawan-kawan di Telegram, kawan-kawan di Skype, kawan-kawan di Tango, kawan-kawan di Instagram, kawan-kawan di Malaysia yang mengenali saya, kawan-kawan di luar Malaysia yang mengenali saya dan kesemua Muslimin & Muslimat yang merayakan Aidilfitri. Di kesempatan ini, saya mohon maaf salah & silap saya jika pernah menyakiti atau tersinggungkan hati kalian, halalkan makan dan minum saya yang pernah kalian berikan serta halalkan apa-apa yang kalian pernah beri pada saya. Saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan, jadi harap dimaafkan. Nanti raya jemputlah datang beraya ke rumah. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Diharapakan Aidilfitri kali ini memberi seribu kegembiraan buat semua. Kita kosong-kosong ye! Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Sunday, July 27, 2014

Buffered Earnings (BE) Ke-9 : Rakuten

Assalamualaikum.

BE Rakuten datang singgah blog saya sempena Hari Raya Aidilfitri ini. BE Waku Doki Campaign & BE uMobile Prepaid Free Meal masih berstatus On Going.


Kepada sesiapa yang nampak iklan ini di dalam blog saya ini, diminta klik iklan ini supaya BE ni bertahan lama. Terima kasih Nuffnang.

Saturday, July 26, 2014

Kek Lapis Sarawak & Keychain Kucing Yang Comel Daripada Adik Saya

Assalamualaikum.

Ramai yang dah tahu perangai saya kalau update di blog pasti lebih lambat dari di Facebook. Biasalah tu. Seperti biasa kawan-kawan Facebook saya sudah lama tahu mengenai kek lapis ini. Kek lapis ini dibelikan oleh adik saya. 



Adik saya Qasim baru pulang ke rumah dari Kuching, Sarawak pada hari Selasa 22 Julai yang lepas dan tengok ni dia bawa apa. Dia bawa 9 paket kek lapis Sarawak. Perghhh ni nak meniaga ke apa dik oit! 2 lagi paket dah dibuka dan disimpan dalam peti sejuk. Dia kata, inilah raya namanya kakak oit! Dan tiba-tiba dia buat surprise bagi keychain kucing comel ni dari Kuching. Alolo sweetnya. Tq lovely 



Berkisah dengan hari raya nanti, saya sudah buat scheduled post untuk ucapan hari raya di blog ini. Jadi kemungkinan saya akan beraya dalam seminggu dan seminggu tu juga saya tak update blog. Jangan pula rindu-rindu saya ye, lepas raya mesti banyak benda yang saya nak cerita dalam blog ini. Selamat hari raya! :)

Friday, July 25, 2014

Promosi Kapsul SNE - Hanya RM 180 Sekotak

Assalamualaikum.

KAPSUL SNE menggabungkan minyak biji Seabuckthorn dengan Mukopolisakarida Makromolekul sebagai ramuan aktifnya, diekstrak dan diperhaluskan dengan penggunaan teknik pengekstrakan superkritikal karbon dioksida. KAPSUL SNE berkesan untuk menyingkirkan toksin danradikal bebas, meningkatkan system imun, mengaktifkan sel-sel otak, system saraf dan system endokrin, serta menyelaras dan membaik pulih sel-sel badan, untuk mencapai tahap metabolism yang optimum.

1. Kapsul lembut SNE diperbuat daripada bahan apa?

Kapsul lembut SNE diperbuat daripada minyak sayuran yang diekstrak daripada koloid cendawan. Ia mengandungi ion-ion ferum yang boleh meminimumkan pencemaran dan kebasahan bekas yang digunakan.

2. Apakah yang menyebabkan kapsul SNE berbeza daripada produk-produk lain?

Kapsul SNE dirumuskan dengan menggunakan teknologi moden dari Jepun dan Jerman. Kapsul SNE dibuat daripada gabungan minyak biji fruktus hipopae dan 27 jenis makanan semula jadi yang berlainan melalui proses “Penguraian Enzim Cepat”. Kapsul SNE mengandungi tidak kurang daripada 200 jenis nutrien dan bahan bioaktif. Bahan bioaktif dalam kapsul SNE mempunyai kadar aktiviti sebanyak 90% dan ke atas. Molekulnya adalah kecil dan padat, kepadatannya adalah 5 – 10 kali lebih tinggi berbanding dengan bahan-bahan biasa.

3. Apakah kapsul SNE?

Kapsul SNE merupakan sejenis suplemen pemakanan yang sempurna dan seimbang, ia dirumuskan secara khususnya untuk menentang enam punca utama yang menyebabkan manusia sakit dan tua. Bio-mukopolisakarida aktif, sejenis faktor yang mengaktifkan sel-sel merupakan salah satu bahan utama dalam Kapsul SNE. Di samping itu, ia mengandungi minyak biji fruktus hipopae yang diekstrak dengan Teknik Pengekstrakan Karbon Dioksida superkritikal sebelum menjalani proses “Penguraian Enzim Cepat”.

4. Mengapakah kapsul SNE adalah selamat dan efektif?

Kapsul SNE telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah nombor pendaftaran MAL: 20034169TC. Kapsul SNE juga telah diluluskan oleh Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat. Malah, ia disahkan mematuhi standard pengeluaran organik SGS dan telah diiktirafkan oleh Pusat Perkembangan Makanan Hijau China sebagai makanan hijau kelas AA.

5. Bolehkah saya mengambil kapsul SNE bersama dengan rawatan perubatan yang sedang saya ikuti?

Kapsul SNE boleh diambil bersama-sama dengan sebarang ubat tetapi anda dicadangkan mengambilnya dalam sela masa sekurang-kurangnya 2 jam untuk mengelakkan sebarang interaksi yang tidak diingini.

6. Saya seorang pesakit diabetes dan hipertensi, bolehkan saya mengambil kapsul SNE?

Kapsul SNE boleh diambil oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, jantina, keadaan kesihatan dan pada mana-mana peringkat kehidupan. Namun dos yang dicadangkan adalah berlainan mengikut keadaan setiap individu.

7. Adakah produk ini betul-betul berlainan daripada multivitamin yang sedia ada?

Ya. Ia betul-betul direka mengikut keadaan semua individu – bukannya orang yang “sederhana” mengikut statistik.

8. Bagaimanakah kualiti bahan-bahan yang terkandung dalamnya?

Kami hanya menggunakan bahan yang paling berkualiti. Tumbuhan fruktus hipopae yang digunakan tumbuh dalam tanah yang tidak tercemar. Ahli pemakanan kami memilih gabungan nutrien yang memberikan keupayaan bio dan toleransi yang paling tinggi. Ia dikilang di kilang farmaseutikal kami yang berdaftar dengan FDA. Suplemen sebatian yang dirumus khas ini menunjukkan piawai ketulennan, aktiviti da penyerapan yang paling tinggi.

9. Adakah ia sesuai untuk vegetarian dan orang yang menghadapi alergi makanan atau mengikuti diet berpantang?

Suplemen kami tidak mengandungi daging dan produk sampingan daging. Ia diisi dalam kapsul yang dibuat daripada tumbuhan, justeru itu, vegetarian boleh mendapatkan manfaat yang optimum daripada suplemen pemakanan kami. Produk kami tidak menggunakan sebarang pengawet, bahan pelekat atau perisa tiruan. Kapsul SNE tidak mengandungi yis, gandum, gula, garam, protein soya, susu, telur dan produk tenusu. Proses perumusan kami seharusnya sesuai untuk semua jenis diet berpantang dan alergi, namun, untuk tujuan keselamatan, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan anda.

10. Adakah keadaan saya akan bertambah baik? Bilakah ini akan berlaku?

Kesihatan anda akan mula bertambahn baik. Keadaan seseorang selalunya bertambah baik selepas sekurang-kurangnya satu hingga dua bulan. Namun keadaan sesetengah orang mula bertambah baik sebaik sahaja mereka memulakan program ini.

11. Bagaimanakah anda tahu saya memerlukan kapsul SNE?

Alam sekitar pada hari ini penuh dengan pelbagai punca penyakit. Penggunaan antibiotik yang berlebihan telah membina ketahanan bakteria dan virus. Bahan cemar, bahan yang menyebabkan alergi dan bahan tambahan makanan telah menjadi sebahagian daripada bekalan makanan, air dan udara kita. Malah sel-sel kita juga menghasilkan entiti yang berbahaya, seperti radikal bebas yang mesti dihapuskan oleh sistem imun kita. Lebih-lebih lagi, kita sering membawa bahan-bahan asing ke dalam sistem badan kita, ini termasuklah ubat, pil kontraseptif, asap rokok dan alkohol.

Kapsul SNE merupakan produk terbaik dalam mengekalkan kesihatan dan membekalkan semua nutrien utama yang diperlukan oleh badan. Dengan ini, sistem imun dapat diperkuatkan lagi demi melindungi kita daripada entiti berbahaya dalam kehidupan harian kita.


Keistimewaan kapsul SNE ialah :

• Melanjutkan usia
• Menyuburkan dan mencergaskan sel
• Menyelaras dan membaik pulih sel
• Mengandungi kesan anti-bakteria
• Menyeimbangkan system badan
• Membersihkan darah dan membantu dalam proses detoksifikasi.
• Berkeupayaan untuk menyingkirkan radikal bebas dan elemen berbahaya.
• Meningkatkan fungsi system imun.
• Mencegah pelbagai jenis penyakit system pencernaan.
• Mengurangkan tahap lipid darah dan kolestrol, justeru mencegah penyakit kardio-serebrovaskular.
• Mencegah jangkitan influenza.
• Merawat lecur, parut, reput fros dan kudis tekanan.
• Mencegah kerosakan yang diakibatkan oleh radiasi dan oksidasi.
• Menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan pembentukkan bekuan darah/thrombus; mempercepatkan prose penyembuhan luka selepas pembedahan.
• Mencegah dan merawat pelbagai masalah ginekologikal. Produk ini amat sesuai untuk kaum wanita.
• Membantu perkembangan fizikal dan keupayaan mental kanak-kanak.
• Meningkatkan kesihatan kulit dan menagguhkan proses penuaan.


Harga sekotak kapsul SNE ini ialah RM 180. Harga ini adalah harga promosi, jadi bila-bila saja akan terhabis jual. Yang penting, kapsul SNE ini original. Jadi kepada sesiapa yang nak beli kapsul SNE, boleh hubungi detail di bawah :

Whatsapp / SMS / Line / Wechat : 019-4510830
Instagram : @zarabeautyskinshop

Thursday, July 24, 2014

Harum Malam Yang Murah + Ada Free Gift

Assalamualaikum.

Kepada sesiapa yang nak beli Harum Malam yang murah + ada free gift, harus baca entri ini. Kali ini saya nak promote dimana saya beli Harum Malam ini. Harum Malam ini adalah produk dari Legacy Secret Trading. Keistimewaan Harum Malam ini ialah :

1) Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual.
2) Bertenaga dan mengatasi masalah vigina yang kering.
3) Membantu mengetatkan dan menganjalkan vigina.
4) Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing.
5) Meningkatkan sistem tahan tubuh badan serta menstabilkan hormon.
6) Mengurangkan tekanan.
7) Membantu menengangkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan.
8) Membantu menyegarkan dan menyihatkan badan.
9) Mencantikkan dan menyerikan wajah.
10) Mambantu menghilangkan bau badan dan mulut.
11) Melegakan panas badan.
12) Menegangkan payudara.
13) Memulihkan rasa rapat.
14) Mengencang otot kewanitaan.
15) Menghalang bau tidak enak dan kegatalan.
16) Menyihatkan rahim.
17) Mencantikkan payudara agar sihat dan montok.

Cara pengambilan Harum Malam ini ialah minum 2 kali sehari iaitu 1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur.


Kepada sesiapa yang ada masalah yang berkaitan, bolehlah cuba Harum Malam ini. Harga sebotol Harum Malam ini ialah RM 30 (termasuk postage + ada free gift). Yang pasti, produk ini dijamin original.

Sebarang pembelian, bolehlah hubungi :

Whatsapp / SMS : 018-9829984
Instagram : mekaylashop
Wechat : mekaylashop

Wednesday, July 23, 2014

Mini GA : Teka Dunkin's Donut


3 biji Dunkin's Donut yang disukai dan telah dimakan : 3, 4 & 6

Jom join GA ini. Hanya klik banner di atas.

Batuk Datang Menyerang Lagi

Assalamualaikum.

Boleh dikatakan setiap tahun mesti sekali setahun saya akan kena batuk. Sudah seperti ditetapkan Allah, saya terkena batuk ini sekali lagi sejak awal bulan ini. Tetapi Alhamdulillah batuk saya sudah semakin pulih.


Kali ini, ini sahaja ubat yang doktor beri. Ubat batuk ini warna hijau, boleh dikatakan selepas saya minum ubat batuk ini saya akan mengantuk teramat sangat sampai tak mampu untuk bertahan ataupun berjaga. Insya-Allah sebelum raya batuk saya akan hilang. Doakan saya ye...

Tuesday, July 22, 2014

Al-Fatihah Buat Sahabat Sekolah Menengah Saya

Assalamualaikum.

Allahuakbar. Hari ini di pagi yang hening dan sayu, saya terima satu berita sedih daripada sahabat sekolah menengah saya dan abah saya, bahawa seorang rakan sekelas sekolah menengah saya dan juga jiran setaman saya Mohd Hanif telah kembali ke Rahmatullah pada petang semalam. Arwah meninggal dunia kerana excident. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Tidak menyangka rupanya chatting saya bersama arwah di awal bulan Januari tahun ini adalah chatting terakhir dari arwah. Al-Fatihah.

Terasa sekejap rasanya kita dapat berkawan semula. Korang masih ingat tak lagi dengan entri saya Dia Jiran & Rakan Sekolah Menengah Saya Dulu. Betapa gembiranya hati saya ketika mengetahui dia adalah rakan sekolah menengah saya dulu. Siap bercadang untuk beraya di rumah lagi, maklumlah dah setaman. Tetapi Allah lebih sayangkannya, Allah lebih tahu semua hikmahnya.

Bila baca chat dulu dengan si arwah, hati saya pilu. Bagaikan nak putarkan semula masa tu. Sedih, terkejut, terkesima bagaikan tak percaya. Patutlah di tengah malam tadi sekitar pukul 3 pagi saya bangun untuk Qiyamullail dan yang agak membuatkan saya pelik, tiba-tiba airmata saya mengalir tanpa sebab selepas solat. Saya langsung tak tahu sebab apa. Dan yang mengejutkan saya ketika sahur tadi ada seorang sahabat saya hantar chat ke dalam Wechat bertanyakan hal mengenai arwah. Disebabkan saya tidak percaya, lantas saya bertanya abah saya. Allahuakbar, bagaikan nak terlepas hp saya ini bila mendengar berita sedih ini. Sahabat, kenapa kau pergi dulu? Kita berjanji nak beraya bersama, tetapi semuanya telah bertukar kepada airmata. Kenapa kau tinggalkan kami semua? Sesungguhnya saya tak akan lupakan saat kita bergurau-senda dalam Wechat dulu.

Tenanglah dirimu di dunia sana, wahai sahabatku. Saya doakan dirimu ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Jom Beli Replika Kapal Terbang Yang Elegen

Assalamualaikum. Rasanya pasti korang ingat lagi yang sebelum ini saya pernah upload gambar replika kapal terbang ini di dalam Facebook saya. Okay, nak dijadikan cerita replika kapal terbang itu sudah sampai di tangan saya.


Terima kasih Pos Laju Teluk Intan kerana setia menghantar parcel saya ke rumah.


Walaupun replika ini kecil, tetapi saya masih tetap sayangkannya. Sebenarnya saya beli dua replika kapal terbang dan lagi satu replika ini telah selamat mendarat ke Kota Bharu. Ini kerana lagi satu replika ini saya hadiahkan buat si dia yang tersayang. Sebab saya beli replika kapal terbang ini adalah simbolik bagaimana saya kenal si dia dan yang pasti saya tak akan lupakan kenangan itu buat selamanya.


Kepada sesiapa yang nak beli replika kapal terbang ini, sila hubungi :

Whatsapp / SMS : 019-3571895 (En. Wan Ahmad Faiz)
Instagram : @wsventure


Ada orang tu tiba-tiba nak jadi pilot selepas dapat kapal terbang ini.
Siapalah agaknya tu ye :p

Monday, July 21, 2014

Apa Yang Korang Boleh Shopping Di Zalora Malaysia Dengan RM112

Assalamualaikum.

Baru-baru ini saya ada shopping di Zalora sempena hari raya yang bakal menjelang tiba. Sakan sungguh saya shopping raya sehingga kesemuanya mencecah RM 112. Ini kira ok sebab saya beli barang yang ada diskaun + guna voucher. Saya ini memang cerewet dalam bab harga. Saya hanya akan pilih barang yang berbaloi dengan harga, sebab itulah berhari-hari saya mengadap laman web Zalora ini untuk pilih. Konon nak jimat, tetapi beratus juga yang kena. Tak mengapa, belanja untuk famili saya juga.


Terima kasih Pos Laju Teluk Intan yang tak jemu-jemu singgah ke rumah saya ini. Saya kan pengguna setia Pos Laju, sampaikan abang Pos Laju tu dah kenal nama dan muka saya ini. Muka wanted sungguh! Kali ini Pos Laju bawa kotak Zalora. Muka saya yang hepi ni terus capai kotak Zalora dan sign tanda saya sudah terima parcel ini. Horeyyy!


2 PU Leather Belt & 2 Clutch With Tassel


Inilah barang yang saya order. Amboi, nampak tu ketamakan saya sampai order banyak-banyak. Eh, bukanlah. Sebenarnya saya order ini untuk saya, abah, mama dan adik saya. Saya belanja sempena hari raya yang bakal menjelang tiba. Bukan senang nak belanja, jadi inilah masanya kan.


PU Leather Belt. Tali pinggang ini smart sungguh. Yang penting abah saya suka. Simpan lagi satu, tunggu adik saya balik rumah. Nak tengok reaksi dia pula nanti.


Clutch With Tassel. Ini pula beg mama dan saya. Saya order dua jenis beg yang sama kerana citarasa kami serupa. Beg ini pun elegen sungguh sampaikan mama bagitau nak guna beg ini untuk jamuan dan majlis rasmi sahaja. Saya pula nak guna beg ini untuk hari raya nanti. Nak bawa kemana lagi kan, saya bukannya kerja lagi. Jadi guna untuk berjalan sajelah.

Terima kasih Zalora kerana tawarkan diskaun yang murah pada saya ketika shopping. Eh, jom lawat laman web Zalora. Banyak lagi barang yang masih dalam diskaun. Cepat-cepat beli sebelum kehabisan stok.

Sunday, July 20, 2014

Get A Free Sample Of Joy Dishwashing Liquid & Olay Regenerist Revitalising Serum

Assalamualaikum.

Oh yeah! This entry about free sample again. You can get a pack of Joy and Olay Regenerist or a pack of Downy Mystique and Olay Regenerist from HERE.  But I choose a pack of Joy and Olay Regenerist to redeem it. Thanks EverydayMe Malaysia.

Saturday, July 19, 2014

Daftar Kad Bonuslink Secara Online

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya memiliki kad Bonuslink ini. Kad Bonuslink ini bukan sahaja boleh digunakan di stesen minyak Shell, malahan ia boleh digunakan di kedai-kedai yang mendaftar bersama Bonuslink. Terdapat banyak kelebihan kad Bonuslink ini. Kita perlu mengumpul point di dalam kad dan kemudian menebus point itu dengan pelbagai hadiah penebusan yang ditawarkan. Selalunya orang gunakan kad Bonuslink ini ketika mengisi minyak di Shell. Malahan kita juga boleh dapat diskaun dan voucher jika kita membeli di salah satu kedai yang mendaftar di bawah Bonuslink. Hadiah penebusan yang ditawarkan juga menarik.


Saya buat kad Bonuslink ini kerana mama saya tiada kad Bonuslink ini. Jadi jika saya mengikut mama saya untuk mengisi minyak kereta di Shell, saya bolehlah swap kad Bonuslink saya ini. Jadi tidak membazir orang kata. Zaman sekarang ini kita kena pandai berjimat. Apa-apa tawaran ataupun peluang yang diberi, kita mesti ambil dan jangan buat tak endah. Bukan apa, nanti kita yang rugi.

Kepada sesiapa yang ingin membuat/mendaftar kad Bonuslink secara online,
boleh layari di SINI.

Friday, July 18, 2014

Jom Beli Telekung Lycra Murah Hanya RM 38

Assalamualaikum.

Masih ingat dengan entri saya mengenai tudung lycra yang saya pernah beli dulu di SINI? Dulu saya seorang saje yang beli telekung ini tetapi kali ini mama saya berkenan nak beli juga bila tengok telekung lycra saya ini. Maklumlah kain telekungnya berkualiti dan harganya pula murah, siapa yang tak nak kan.


Gambar di atas ini packaging yang saya dapat dari pos laju. Amboi, siap guna plastik Selamat Hari Raya tu. Mentang-mentang nak raya dah.heee terima kasih. Selamat hari raya Aidilfitri buat @tudungwarehousemy.


Harga untuk satu telekung ini ialah RM38 (free postage untuk SM & SS). Saya beli dua telekung lycra warna turqoise. Satu telekung untuk saya dan satu telekung lagi untuk mama saya. Salah satu sebab kenapa saya repeat order telekung lycra ini lagi adalah kerana ia murah dan layanan yang diberikan cukup istimewa. Kepada sesiapa yang nak order telekung lycra ini, sila hubungi :

Whatsapp / Wechat : 0176118033

Thursday, July 17, 2014

Peachy KAX Bff Baru Saya Yang Comel

Assalamualaikum.

Akhirnya saya dapat juga tebus patung KAX ini. Saya tebus patung KAX ini di BlueCube Aeon Manjung, Perak. Di Manjung, inilah satu-satunya tempat yang korang boleh tebus KAX. Saya dapat patung Peachy KAX. Alolo comelnya Peachy ini...


Peachy KAX memakai jersi England bernombor 4. Setahu saya, jersi ini adalah milik Steven Gerrard. Gerrard merupakan pemain tengah untuk pasukan England. Tahun ini Gerrard sudah menjangkau umur 34 tahun iaitu dilahirkan pada 30 Mei 1980. Oh bulan Mei Gerrard lahir, memang padanlah tu saya dapat Peachy ini kerana saya pun anak kelahiran bulan Mei. Bangga kejap. Heee...


Ada yang tanya saya bagaimana saya tebus patung KAX ni. Jawapannya senang saje tu. Langgan salah satu plan KAX minimum RM7 dalam seminggu. Lepas itu, pabila sudah cukup langgan, sms MYKAX ke 28882. Nanti korang akan dapat gift code. Bawa hp korang itu ke Celcom Centre ataupun BlueCube. Nanti bagitau Celcom yang kita nak tebus KAX dan tunjukkan gift code korang tu pada mereka. Selepas itu, barulah Celcom bagi patung KAX. Patung KAX ini tidak boleh dipilih. Penebusan KAX ini hanya sah untuk pengguna Celcom sahaja.


Saya harap dapat tebus patung KAX ini sekali lagi. Saya sedang mengumpul point lagi. Berharap dapat lagi. Jika saya nak tebus lagi sekali, kemungkinan saya akan tebus di Celcom Centre Teluk Intan, Perak.




Oklah, saya nak main dengan Peachy kejap. Bye.

Wednesday, July 16, 2014

Review Bersama Ephyra. Berkesankah Ephyra?

Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada Ephyra dan kak Mialiana.com kerana memilih saya sebagai pemenang tempat ketiga untuk Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga. Saya dapat hadiah wang tunai, sekotak Ephyra (30 sachets) dan t-shirt ekslusif Ephyra.





Ephyra tersergam di sana-sini,
Menjadi idaman setiap masa,
Andai sesiapa yang ingin mengenali,
Inilah produk kebanggaan Malaysia.

Bak kata orang, sesiapa yang tidak pernah cuba menggunakan produk Ephyra ini akan rugi. Ini kerana terdapat banyak khasiat yang kita boleh dapat melalui pengambilan Ephyra. Nak tahu apa khasiat yang boleh anda dapat? Jom baca penjelasan daripada saya di bawah.


Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato) yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Antara khasiat yang terkandung dalam Ephyra ini ialah kolagen ikan laut dalam, buah Acai, gam akasia, L-glutathione, Astaxanthin, serbuk tomato, Acerolla ceri, marigold bunga ekstrak dan Superberry.


Terlalu banyak khasiat dalam Ephyra ini kan. Boleh dikatakan 100% khasiat yang diperlukan dalam badan ada di dalam Ephyra. Ini bukannya kali pertama saya minum Ephyra. Tapi ini sudah kali ketiga saya minum Ephyra. Nak tahu apa kesan pengambilan Ephyra kepada saya? Jom baca review di bawah setelah pengambilan Ephyra ini.

1. Seperti review saya sebelum ini untuk kotak pertama dan kotak kedua, kesan yang saya beritahu pada review dahulu masih kekal sehingga sekarang. Untuk review pertama saya dulu ialah kulit muka & kantung bawah mata makin cerah, tenaga bertambah di waktu pagi & malam dan alergik vitamin C hilang. Untuk review kedua saya dulu pula ialah kadar metabolisme saya semakin bertambah dan sistem pelawasan berjalan lancar, rambut saya kurang gugur selepas minum Ephyra dan mengurangkan masalah resdung. Kesemua kesan pengambilan Ephyra ini masih kekal dari dulu sehingga sekarang. Alergik dan apa-apa yang saya nyatakan dalam kedua-dua review ini tidak pernah berulang kembali kepada saya dan ia meyakinkan saya bahawa Ephyra memang berkesan dan semua orang mesti cuba. Ephyra boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan. Itu yang terbaik!
2. Berikut adalah gambar selfie saya sebelum dan selepas penggunaan Ephyra selama sebulan.

Sebelum 


Selepas



Semakin cerah muka saya kan? Walaupun kecerahan muka saya tidak begitu ketara, tetapi ia boleh dilihat dengan perbezaan tona kulit muka saya. Yang paling penting, tona kulit tangan saya juga semakin putih berbanding dulu. Saya terlupa nak snap gambar tangan saya sebelum dan selepas. Tetapi memang semakin putihlah. Tengoklah tangan saya dalam gambar di atas, kecerahan kulit tangan saya sudah sama dengan kecerahan muka saya. Ewah, makin cun orang kata! Sesiapa yang nak tangan putih melecun macam saya ni, jom pakat beli Ephyra ramai-ramai. Alang-alang menyeluk pekasam dah nak dekat raya ni, elok sangatlah tu korang beli Ephyra. Jadikan diri korang putih, biar saudara-mara korang jeles. Nanti diorang boleh ikut jejak langkah tips kecantikan korang tu. Haaa gitu...

3. Sejak di bulan Ramadhan ini, pasti ramai orang akan seperti kekurangan tenaga kerana tiada sumber yang cukup untuk meningkatkan tenaga. Maklumlah sumber tenaga dari makanan dan minuman berkurangan. Apa kata kepada sesiapa yang terasa seperti selalu penat dan tidak bermaya untuk melakukan sebarang kerja ketika di bulan Ramadhan, ambil secawan Ephyra ketika bersahur dan berbuka sebagai supplement tambahan untuk tenaga. Insya-Allah akan terasa perbezaannya. Saya pun minum Ephyra ini ketika sahur dan berbuka. Alhamdulillah tenaga yang saya dapat bertambah-tambah dari kebiasaannya. Jujur ni, jujur. Kalau nak jadi seperti saya, ikutlah jejak langkah saya ini ye.


4. Sistem pelawasan bertambah baik dan berat badan menurun sebanyak 5 kg. Inilah review daripada saya yang dari tadi saya nak cerita. Berat badan saya bukannya turun mendadak sebanyak 5 kg sekaligus tapi dalam masa 5 hari saya menggunakan Ephyra pasti dalam 1 kg begitu berat badan saya akan menurun. Berat saya menurun bukannya atas faktor puasa, padahal saya masih makan nasi dalam kuantiti yang sama ketika bersahur dan berbuka. Maksudnya, kuantiti nasi yang saya ambil ketika hari bukan puasa masih sama dengan kuantiti nasi yang saya ambil ketika puasa. Sebenarnya saya tak suka diet nasi kerana jika saya tak jumpa nasi dalam sehari, pasti nafsu makan saya untuk hari berikutnya akan membuak naik. Jadi kerana itu, saya masih makan nasi dalam pengambilan yang konsisten setiap hari. Alhamdulillah walaupun saya tak pernah skip pengambilan nasi pada setiap hari, saya masih mampu menurunkan berat badan saya.


5. Air oren menjadi pilihan saya setiap hari setelah segala alergik vitamin C saya hilang dengan pengambilan Ephyra buat kali yang pertama. Air oren telah menjadi pilihan utama saya ketika di restoran mahupun di rumah pada masa kini, maklumlah kempunan punya pasal setelah bertahun-tahun saya menghidap alergik vitamin C. Dengan bantuan Ephyra, saya sudah mampu minum air oren tanpa sebarang keraguan ataupun takut. Yang paling best, Tropicana Twister telah menjadi air kegemaran saya setiap hari. Setiap hari saya mesti akan minum air ni. Ephyra memang terbaik!

 

Inilah review saya setelah pengambilan Ephyra selama sebulan.
Untuk sebarang pembelian Ephyra, sila hubungi :


Laman Web :

Fb Fanpage :

Twitter :

Instagram :

No.Telefon :
03-41417889 / 019-3999238

E-mel :
info@oceanlife2u.com

Tuesday, July 15, 2014

Buffered Earnings (BE) Ke-7 & 8 : Waku Doki Campaign & uMobile Prepaid Free Meal

Assalamualaikum.

Sejak nak dekat raya ini, Nuffnang jadi baik hati. Lepas 3 hari cash out Nuffnang, muncul 2 BE baru ini. Sesiapa yang lawat blog saya ini dan nampak kedua-dua iklan ini, rajinkanlah gerakkan cursor untuk klik iklan-iklan ini ye.


 Terima kasih Nuffnang.

Sunday, July 13, 2014

Urgent : Salurkan Derma Anda Ke Palestin & Syria Dengan Kadar Segera

Assalamualaikum.

Oleh kerana sudah terlalu ramai yang buat entri mengenai Doa Untuk Palestin, di sini saya ingin buat entri mengenai derma untuk membantu rakyat Palestin & Syria. Diharapkan kepada sesiapa yang membaca entri ini, dapat menyumbangkan derma anda ke salah satu tabung derma di bawah. Ringan-ringankan tangan anda untuk menderma, insya-Allah dengan derma anda itu mampu membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin & Syria. Alhamdulillah saya sudah. Semoga derma itu dapat sampai dengan selamatnya di sana. Aamine.


Jom kita beramai-ramai tolong Gaza. 
KEMPEN RM1.00...
CIMB Clicks tau kan?
MAYBANK2U tau kan?
Mohon transfer RM1 pun xpe....atau seberapa yg mampu....
RM1 jerr....RM1.00...RM1.00... RM1.00.....

KETAHUILAH.....
Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.

Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.

Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?

Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam : 12029010047880
Maybank : 562263010787
CIMB : 8600460353
Bank Muamalat : 12070005133717 
RHB Bank : 21245760004907
Bank Rakyat : 220806195922
Derma menerusi SMS untuk Aman Palestin.


Kupon Ramadhan Bersama Palestin

Sempena kempen Ramadhan Bersama Palestin pada tahun ini, Aman Palestin telah memperkenalkan Kupon Ramadhan Bersama Palestin. Kupon Ramadhan Bersama Palestin ini bernilai RM10. Nilai RM10 dipilih kerana kami amat meyakini bahawa ianya adalah nilai yang mampu diberikan oleh rakyat Malaysia buat membantu rakyat Palestin yang kini sedang sengsara dan menderita. Setiap individu adalah dialu-alukan membeli lebih daripada satu kupon.

Aman Palestin mensasarkan RM5 juta daripada hasil jualan kupon ini. Dana terkumpul ini akan digunakan bagi tujuan sahur, berbuka puasa, anak yatim, keluarga miskin, perubatan, pendidikan, pembangunan, pertanian dan pelbagai lagi projek Aman Palestin untuk rakyat Palestin.

Bagaimana ingin menyumbang melalui kupon ini?
1. Kunjungi pejabat kami di seluruh Negara.
2. Masukkan duit ke akaun Aman Palestin dan maklumkan kepada pengurus cawangan kami yang berhampiran anda melalui SMS/ WhatsApp/Telegram dengan mesej ‘Saya mahu Kupon Ramadhan Bersama Palestin 1/3/5/10/20 (jumlah kupon dikehendaki. 1 kupon bersamaan RM10). 

Kami amat berharap semua sumbangan pembelian kupon ini melalui kemasukan duit ke akaun Aman Palestin dimaklumkan kepada kami melalui cawangan yang paling hampir dengan anda. Ianya amat penting agar kami mengenal pasti jenis dan tujuan sumbangan tersebut.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kami merayu dan menyeru semua rakyat Malaysia memberi sumbangan kepada Aman Palestin dengan pembelian kupon ini. Gunakanlah kesempatan bulan Ramadhan ini untuk mendapat setinggi-tinggi ganjaran Ilahi.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan, sokongan dan dokongan anda kepada Aman Palestin selama ini. Kami amat hargainya.

Keikhlasan Anda, Ketelusan Kami
Ingat Palestin, Ingat Aman Palestin

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad

Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Islam: 12029010047880
RHB: 21245760004907
Muamalat: 12070005133717
Bank Rakyat: 220806195922

Nombor perhubungan para pengurus cawangan di setiap negeri:

Ibu pejabat (Bangi): 0182861524
Perlis: 0133924015
Kedah: 0173663063
P Pinang: 0134400929
Perak: 0195745334
Damansara: 0196227019
Shah Alam: 0133513040
Negeri Sembilan: 0136391003
Melaka: 0132224718
Johor: 0187910651
Pahang: 0139337845
Kemaman Dungun: 0139811406
Terengganu: 0139981343
Kelantan: 0139841967
Sarawak: 0194991610
Sabah: 0198852165
Labuan: 0193127573


Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Aman Palestin Cawangan Perak mengadakan Majlis Iftar Amal 2014. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk berbuka puasa dan solat terawih bersama PU Izzat (Finalis Pencetus Ummah).

Tempat : Persiaran Meru Point, Taman Seri Meru, 30200, Ipoh,Perak
Tarikh : 23 Julai 2014
Bayaran : RM 150

Maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi :

Khairul Amin: 019-5745334
Fauziah: 010-3771350


RAMADHAN EMERGENCY RELIEF (BADR OPERATION)

Semenjak 3 minggu lalu Israel telah menyerang Gaza dan melakukan penangkapan, pencerobohan dan pembunuhan rakyat Palestin di Tebing Barat! Seluruh Palestin sedang berada dalam keadaan tegang ketika ini dan mereka sangat memerlukan bantuan dan sokongan dari kita!

Aqsa Syarif sedang melancarkan Ramadhan Emergency Relief (Badr Operation) untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkenaan isu ini dan mengumpul dana berjumlah RM6 Juta untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Anda boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan melalui 5 pakej berikut:

1) Pakej Iftar (RM50/set)
2) Pakej Sahur (RM20/set)
3) Pek Makanan (RM300/set)
4) Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)
5) Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain) 

Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui

=Maybank Islamic (551575-004299)
=Bank Islam (1209-20100-34904)

Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

+603-8733 4636 atau +6013 744 4760

"Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka"



Kempen Pakaianku Mendahuluiku Ke Syurga. Sekiranya anda mempunyai pakaian yang masih elok tapi tak digunakan, apa salahnya jika disumbangkan kepada yang memerlukan. Bagi yang berminat untuk menyumbang, boleh hubungi saya, Wanie Zulkifli di talian 0128219874. Sumbangan anda akan diserahkan kepada wakil Syria Care pada 15 Julai ini. Anda juga boleh poskan sumbangan pakaian ke alamat berikut :

MOHD HAFIZ BIN A. ABDUL MUTALIF
KL 25 JALAN KELISA 2, TAMAN KELISA KUALA LINGGI, 78200 KUALA SUNGAI BARU MELAKA.
01128818950

Moga sumbangan ini menjadi manfaat pada kita dan yang lain. Sebarkan. Terima kasih.