Lazada Malaysia

Thursday, March 28, 2013

Home » Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April

Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April


Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April

Assalamualaikum.

Oleh kerana pencarian bloglist yang dulu tu saya tak terpilih, jadi kali ni saya nak cuba nasib untuk mencuba lagi. Harap-harap kali ni dapatlah masuk dalam bloglist Blog FizGraphic ni kan. Sebenarnya saya teringin nak masuk dalam bloglist fizgraphic kerana  saya tak pernah masuk dalam bloglist blog yang hebat-hebat macam blog Apit ni. Ye sejujurnya saya memang teringin nak masuk dalam bloglist Apit. Bolehkan Apit? Walaupun sebulan saje pun jadilah... :)

Kekuatan blog saya ni ialah blog saya ni memang dah ada pembaca tetap. Terima kasih pada readers dan pengomen tegar yang selalu jenguk blog ni. Selain itu, ranking Alexa blog ni makin hari makin meningkat. Macam tak percaya saje sekarang ranking Alexa dah sekitar 600,000 daripada dua minggu yang lepas iaitu ranking ke 1,000,000 keatas. Wah, pencapaian yang baik. Saya yakin saya akan dapat jadikan blog ni dalam ranking 500,000 dalam masa terdekat ni. Insya-Allah.

Selalunya saya update blog saya ni dalam satu atau dua atau tiga entri sehari. Kadang-kadang tu tak tetap juga, bergantung pada aktiviti seharian saya. Nak dikatakan sebagai blogger tegar yang kerap update entri tu tak adalah jugak kan. Saya seorang pelajar, jadi rutin harian tu sentiasa penuh. Kalau nak mengadap blog ni selalunya malam-malam la kan. Kalau siang tu susahla sikit. Tapi jangan risau. Kadang-kadang tu kalau saya nak post entri pada waktu siangnya, selalunya saya dah buat scheduled siap-siap. Jadi waktu update entri saya ni memang tak menentu. Yang penting, saya tak akan tinggalkan blog ni dalam seminggu.

* Berharap sangat dapat masuk bloglist Apit. Aamine :)

4 sweet comments:

mujagirl92 said...

nak try la,, huhu

Miss N™ said...

semoga berjaya solehah...

shida said...

Salam kenal dr segmen yang sama..
:)
~~

Cik Fie said...

dari segmen yang sama . :)

http://www.cikfie.com/2013/03/pencarian-bloglist-fizgraphic-bulan.html