Assalamualaikum.
Alhamdulillah, akhirnya irondj.net dah baiki server applikasi ni dan saya berpeluang untuk ajar korang bagaimana nak daftar irondj.net, upload lagu ke dalam irondj.net dan ambil kod lagu mp3 dari irondj.net untuk dimasukkan ke dalam mp3 player. Ketiga-tiga langkah saya nak ajar ni. Harap korang pahamlah nanti ye. Kalau ada sebarang pertanyaan, tanya saje di kotak komen entri ni ye. Jom kita mulakan... :)
DAFTAR IRONDJ.NET
1. Pertama sekali, buka link INI.
2. Ikut apa yang anak panah tunjukkan.
3. Selepas itu, isi kesemua butiran yang diminta seperti yang ditunjukkan oleh gambar di bawah. Dan jangan lupa isi word captcha. Setelah siap isi, klik Sign up.
4. Buka inbox emel yang korang dah daftarkan untuk irondj.net tadi. Tajuk emel; iDJ : WELCOME TO IRONDJ.NET. Korang akan dapat link untuk PROFILE PAGE, YOUR PODCAST, UPLOAD A NEW MIX & BROWSE THE IRON LIST.
* Korang dah siap daftar irondj.net. Saya akan ajar pula bagaimana nak upload lagu ke dalam irondj.net.
UPLOAD LAGU KE DALAM IRONDJ.NET
1. Bukak link INI untuk log in.
2. Kemudian, klik upload.
3. Isi butiran yang dikehendaki. Selalunya saya cuma isi bahagian yang ditunjukkan anak panah.
4. Selesai isi, skrol ke bawah dan tick kotak YES I AGREE TO THE TERMS OF USE. Kemudian, klik SAVE + UPLOAD. Tunggu sehingga lagu selesai upload.
5. Kalau korang dapat ayat seperti ayat di dalam gambar di bawah, bermakna korang berjaya upload lagu. Kalau korang tak berjaya, bermakna lagu yang diupload mempunyai ciri-ciri info lagu yang sama dengan lagu yang pernah diupload oleh orang lain. Jadi, check dahulu sebelum upload lagu tersebut ye. Klik Continue.
6. Klik profile.
* Di dalam profile, korang akan dapati lagu yang telah korang upload tadi. Selepas ini, saya akan ajarkan bagaimana nak masukkan lagu yang telah diupload tadi ke dalam mp3 player.
MASUKKAN LAGU DARI IRONDJ.NET KE DALAM MP3 PLAYER
1. Sebagai contoh, lagu di dalam blog saya sekarang ni ialah
3. Skrol ke bawah, dan korang akan jumpa HTML Embed. Klik dalam kotak HTML Embed dan tekan CTRL+F dan cari "mp3".
Ini kod mp3 : http://media.irondj.net/mix/file/33328/Soft_Love_Piano_Instrumental-TiNoXBeatZ.mp3
Setelah itu, korang masukkanlah link mp3 ni ke dalam widget mp3 player. Bagi sesiapa yang tak tau bagaimana nak buat widget mp3 player, korang boleh ikut tutorial INI. Tutorial ni juga boleh digunakan oleh semua jenis template blog. Selamat mencuba! :)