Blog Popular. Siapa yang nak jadikan blog sendiri dikategorikan sebagai blog popular. Kalau nak jadikan sesebuah blog popular, trafik blog mestilah tinggi. Kalau nak trafik yang tinggi mestilah ada strategi. Tapi strategi yang bagaimana? Jom ikuti penerangan yang akan saya beritahu di bawah. Cubalah ikut apa yang diberitahu. Insya-Allah, trafik blog akan naik mendadak.
BLOG POPULAR
RAHSIA SAYA MENARIK MINAT ORANG LAIN DATANG KE BLOG.
1. Saya selalu join segmen atau giveaway dari blog orang lain. Paling baik join segmen review dan follow blog. Kalau nak cepat popular, join contest dari blogger hebat. Rasanya korang sendiri pun tau siapa blogger hebat tu kan. Contoh : Blog Ben Ashari.
2. Saya suka merajinkan diri 'promote' link blog saya kat shoutbox blog orang lain atau traffic. Contoh traffic : Fibox dan Topsite.
3. Saya suka komen entry blog lain. Walaupun entry dia tak 'best', komen saje entry dia. Manala tahu dia nak terjah entry kita balik kan. Kalau dia tak nak terjah balik, jangan sedih tau. Pasti nanti akan ada yang melawat blog korang.
4. Saya suka ajar orang lain cara setting blog jika dia tak tahu buat sesuatu. Walaupun saya cuma buat sikit saje tutorial dalam blog saya ni dan saya pernah menjadi pengguna blogskin, saya masih tau cara nak edit kod. Kalau saya betul-betul tak tau, saya akan cuba tolong seseorang itu sampai dia dapat buat.
5. Saya ni memang suka follow orang. Kalau tengok senarai blog yang saya follow ni, memang tak terkira rasanya. Korang semua follow saje blog orang lain tau, manela tau tiba-tiba tuan blog itu sudi nak follow kita balik.
6. Saya juga selalu masuk group blogger aktif. Sekarang saya sudah ada group blogger aktif iaitu Group Segar Follower.
7. Saya suka hias blog saya supaya jadi cantik sampai orang tertanya-tanya macamne nak buat setting itu, setting ini. Kadang-kadang pengaruh blog yang cantik juga boleh membuatkan seseorang selesa nak baca entry kita.
8. Cara yang kelapan ni mungkin susah sikit. Buat backlink ke blog. Agak-agak siapa yang terer buat backlink blog ni, bolehla selalu buat. Kalau ada yang tak tau nak buat dan nak buat juga, saya boleh ajarkan.
9. Buat group khas untuk blog dalam facebook. Rasanya semua blogger sudah ada group untuk blog sendiri kan. Jom follow group blog saya, KLIK SINI!
10. Berbuatlah baik pada orang lain. Insya-Allah blog anda akan sentiasa terus maju kehadapan dan akan diterjah oleh orang lain juga. Yang penting, jangan sombong sesama yang lain. Kalau dah jadi blogger, tak boleh sombong-sombong tau.
# Inilah tips yang boleh saya berikan. Alhamdulillah, tidak sampai setahun blog saya sudah dikenali. Antara link entri pilihan terbaik di blog Solehah bagi tahun 2012 ialah :
Tiada apa yang mustahil untuk dilakukan, melainkan kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu sehingga berjaya.
Contest ini dianjurkan oleh Blog CoretanAnuar.Com ditaja bersamaSembangHari2, Discount-Hari2 , azri.my , bardboo.com , CikTom.com , emasfizikal.com, syaisya.com , percutianku.com , Sjiehan.com , StudioAksara , eyriqazz.com