Assalamualaikum.
Kepada peminat setia rancangan masakan Arab Masak dari Hati Masak with Iman di Tv-Alhijrah, pasti pernah mendengar nama kedai Berkat Madinah. Kedai ini menjual pelbagai produk dari negara Arab. Jadi kepada sesiapa yang nak beli bahan-bahan untuk memasak masakan Arab, haruslah datang ke sini kerana semuanya ada di sini. Pada bulan Disember 2013 yang lepas, saya ada mengunjungi kedai ini. Antara produk yang saya beli ialah :
Carlon Chtaura Tahina Extra (Sos Tahini) - RM 9.00
Akbar Green Tea (Teh Hijau) - RM 6.00
Burcino Extra Virgin Olive Oil (Minyak Zaitun) - RM 24.00
Tema Pistachio Delicious Halawa (Halwa) - RM 9.00
Ajwa Almadinah (Kurma Ajwa) - RM 34.20 (0.360 kg)
Price/kg : RM 95.00 (1 kg)
Saffron - RM 15.00
Candy Peanuts : RM 8.12 (0.406 kg)
Price/kg : RM 20.00 (1 kg)
Candy Peanuts Seasme : RM 8.00 (0.320 kg)
Price/kg : RM 25.00 (1 kg)
Setiap pembelian pasti ada diskaun. Jadi, harga produk tidak selalunya tetap seperti yang dilekat pada bungkusan atau bekas. Selalunya mereka bagi diskaun jika kita beli banyak. Murah hati sungguh mereka ini. Apa kata korang pergi ke sini pula.
5 sweet comments:
seronoknya membeli belah..
Suka candy peanut tu. teringin la pulak. hehe
wahhh bestnya.. kat sini tak pernah jumpa lak.. kitorg sekeluarga mmg suka makan & masak makanan arab.. :)
Wahh banyaknya memborong..hehe
bestnya..mcm2 ada yea.. :)
Post a Comment