Lazada Malaysia

Monday, January 20, 2014

Home » Sijil Microsoft Untuk Mama Saya

Sijil Microsoft Untuk Mama Saya


Sebelum korang baca entri ini, korang baca entri Selesai Mengisi Tugasan Sistem Analisa Kompetensi ini dulu ye. Dulu mama saya ada minta saya untuk jawab kesemua soalan yang ditanya oleh Microsoft. Pada mulanya saya tolak permintaan mama kerana saya tak boleh balik ke rumah selama sebulan disebabkan ada final exam. Saya juga ada meminta adik bongsu saya untuk jawab kesemua soalan tu tetapi adik saya jawab dia tak pakar seperti saya. Jadi, satu kelebihan berpihak pada mama. Kemudian mama tawarkan untuk datang ke rumah sewa saya dengan abah dan adik bongsu saya. Jadi saya tiada alasan lagi. Saya bukannya tak nak tolong mama, tapi saya risau jika soalan yang diberikan susah.

Saya masih ingat lagi, saya jawab kesemua soalan ini di Pizza Hut. Mula-mula fikir nak jawab di rumah sewa tapi risau jika saya jawab soalan ini dan tiba-tiba line Wifi putus, soalan itu takat mana yang sudah dijawab. Kalau markah sikit, nanti tak dapatlah sijil Microsoft di atas ini.

Apa yang saya boleh simpulkan, kesemua soalan yang ditanya boleh dijawab oleh orang yang betul-betul pakar dalam komputer. Sebab ia melibatkan Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint dan lain-lain soalan mengenai Microsoft. Terus-terang saya bagitahu sebenarnya saya dah lama tak guna Windows, kerana sekarang saya pengguna Macbook. Alhamdulillah walaupun saya sudah lama meninggalkan dunia Windows, saya masih ingat lagi semuanya. Bagi saya, soalan yang ditanya amat mudah untuk dijawab. Yang penting, sijil itu adalah milik mama saya. Terima kasih Microsoft.

5 sweet comments: