Lazada Malaysia

Saturday, January 4, 2014

Home » Homestay Regalia Studio

Homestay Regalia Studio


Homestay Regalia Studio ialah Homestay apartment studio yang selesa dan mudah. Terletak di bandar KL, anda boleh berjalan kaki dari PWTC dan stesen Komuter/LRT. Selain itu, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan pusat beli-belah hanya dalam jarak berjalan kaki dari Homestay ini. Perjalanan sangat mudah dengan adanya teksi, bas dan dua laluan kereta api. Anda boleh menggunakan kereta api LRT di Stesen PWTC atau KTM Komuter kereta api untuk sampai ke pusat bandar.

Lokasi : Regalia Residence
No.2 Jalan Anjung Putra
Off Jalan Sultan Ismail
50480 Kuala Lumpur


Antara daya tarikan utama pengunjung untuk datang ke Homestay ini ialah terdapat taman yang hijau dan mempersonakan. Tersusun, teratur dan kehijauan taman memikat sesiapa sahaja yang melihatnya.


Selain itu juga, Homestay Regalia Studio menyediakan bilik yang selesa dan memukau. Antara kemudahan di dalam bilik ialah :
•Dapur berkabinet sesuai untuk memasak.
•Pinggan magkuk & peralatan memasak.
•Microwave.
•Peti sejuk.
•Mesin basuh.
•TV satelit.
•Katil saiz queen.
•Sofa, meja makan kaca & meja sisi.
•Bilik tidur yang dilengkapi dengan almari pakaian.
•Aircond di ruang tamu & bilik tidur.



Anda juga boleh menikmati Sky Lounge Infinity Kolam Renang di Tingkat ke-37. Jangan terlepas peluang ini kerana selain renang, anda akan dapat melihat panaroma KL Golden Triangle, Menara Berkembar Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi.


Kepada peminat sukan, Homestay ini menyediakan gymnasium yang serba lengkap dan eksklusif. Ketika bercuti, anda juga boleh menyihatkan badan di sini. Tidaklah hanya duduk di dalam bilik Homestay sahaja.


Kanak-kanak pasti sukakan Homestay ini juga kerana di Homestay ini terdapat tempat permainan kanak-kanak yang menyeronokkan. Kanak-kanak pun hendak berekreasi juga.


Antara kemudahan lain di Homestay Regalia Studio ialah :
  • Perkhidmatan dobi.
  • Kedai runcit yang menyediakan pelbagai barangan keperluan harian.
  • Perkhidmatan Wifi percuma di lobby apartment & sekitar kolam renang.
  • Bilik permainan Squash.
  • Kafeteria.
  • Surau.
  • Sauna.
  • Kawalan keselamatan 24 jam.

Homestay Regalia Studio menawarkan harga menginap yang berpatutan iaitu Isnin - Khamis : RM150 (semalam) & Jumaat - Ahad : RM180 (semalam). Sebarang booking ataupun pertanyaan boleh e-mailkan ke roomshortstay@gmail.comBerpandukan kepada semua kemudahan yang diberikan adalah sebab mengapa saya ingin bermalam di sini. Kemudahannya setaraf hotel 5 bintang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Homestay Regalia Studio, boleh hubungi :

3 sweet comments:

Miss N™ said...

cantikk...harga pun berpatutan..!

Chic Na said...

cantiknya.. :)

AJ said...

Nice entry..thanks sudi join..In Shaa Allah pemenang akan diumumkan by next week..