Lazada Malaysia

Tuesday, January 14, 2014

Home » Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

Salam Maulidur Rasul.
Selawat dan salam buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah S.W.T.

Pagi ini, abah saya ada perbarisan manakala kami sekeluarga hanya tengok dari Tv saje. Kalau nak tengok depan-depan pun, mesti jalan banyak ditutup untuk perbarisan. Apa-apapun kali ini entri ini saya ingin share secara ringkas mengenai kronologi dari kelahiran Rasulullah S.A.W sehingga kewafatan Rasulullah S.A.W. Semoga bermanfaat buat semua.

• 570M- Nabi Muhammad dilahirkan.
• 610M- Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
• 615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah.
• 616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.
• 619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.
• 621M- Baiat Aqabah 1
• 622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina.
• 624M- Perang Badar.
• 625M- Perang Uhud.
• 627M- Perang Ahzab.
• 628M- Perjanjian Hudaibiyah.
• 629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine, baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.
• 630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.
• 631M- Perang Tabuk.
• 632M- Kewafatan Nabi Muhammad Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.

Di Malaysia, masyhur dengan tarikh kelahiran nabi pada 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah. Mari kita lihat secara ilmiah. Menurut Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri & juga seorang penganalisis ahli falak iaitu Mahmud Basya ;

Nabi dilahirkan pada hari pagi hari Isnin 9 Rabi'ul Awal tahun pertama peristiwa gajah & 40 tahun selepas pemerintahan Kisra Anosyarwan. Ianya bersamaan 20 atau 22 April 571 (Masihi). Rujukan: ar-Rahiqul Makhtum karangan Safiyur Rahman al-Mubarakfuri, terjemahan oleh Muhammad Ramzi Omar, diterbitkan oleh YADIM.

Namun, tidak menjadi kesalahan besar bagi mereka yang berpegang kepada 12 Rabi'ul Awal. Ini bukan soal dasar. Yang lebih mendasar ialah mempelajari dan menghidupkan Sunnah Baginda Nabi SAW. Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

6 sweet comments:

Kiera Rashid said...

salam maulidur rasul ya solehah :)

Pendakwat Cyber said...

Salam maulidur rasul...
Thanks utk perkongsian di atas...

Miss N™ said...

salam maulidur rasul solehah.. :)

Chic Na said...

salam maulidurasul solehah.. :)

Unknown said...

nice sharing.. salam maulidur rasul solehah.. :)

Unknown said...

nice sharing.. salam maulidur rasul solehah.. :)