Assalamualaikum.
Pada cuti Krismas tahun lepas, kami meluangkan masa cuti kami di Aeon Manjung, Perak. Masa cuti inilah masa yang terbaik bersama keluarga. Nak tahu apa yang kami buat di sana? Jom baca entri ini.
Oleh kerana tempat letak kereta di bawah sudah penuh, kami gunakan aras kedua untuk letak kereta kami. Tengok ni, kosong okay. Rasa macam kelakar pula. Kenapalah ramai orang suka bersesak-sesak letak kereta di bawah, padahal di kawasan atas tempat letak kereta ini kami boleh menari di sini lagi. Okay, kemudian kami terus menuju ke Restoran Johnny (berdekatan Daiso).
Sesampainya di sini, terus diberi buku menu makanan dan minuman.
Banyak menu yang sedap-sedap, rasa macam nak order semua.
Kami pilih Thai Steambot set B (RM29.90).
Sebelum makan mestilah masak dulu.
Tengok ni chopsticknya.
Saya mengaku yang saya tak tahu guna... :D
Saya order BBQ Chicken Rice.
Sedap okay, rasa macam nak makan lagi sekali.
Air minuman yang saya order, Sundae. Yang ini pun sedap.
Akhir sekali, kami makan tomyam yang kami masak tadi.
Sedap + panas + pedas : Terbaik!
Terima kasih Johnny's Restaurant kerana beri servis yang terbaik buat kami sekeluarga.
2 sweet comments:
Bagus sekali photo-photo jadi kepengen kesana.
Mau ke Bali visit aja : www.auliabalitour.blogspot.com
mmg nampak sedaplah sundae tuu..hehehe
Post a Comment