Lazada Malaysia

Tuesday, January 28, 2014

Home » Dia Jiran & Rakan Sekolah Menengah Saya Dulu

Dia Jiran & Rakan Sekolah Menengah Saya Dulu

Assalamualaikum.

Pada hari Jumaat, 24 Januari 2014 saya sengaja tengok bahagian People Nearby dalam Wechat. Saya memang suka add orang di sekitar taman perumahan saya ini tapi berharap bukanlah satu taman sekali dengan orang yang saya add itu. Jadi, saya mulalah operasi mencari. Rupanya di sebalik carian itu, dialah jiran dan rakan sekolah menengah saya dulu.


Gambar ini saya printscreen setelah saya tahu dia adalah jiran saya. Tetapi ketika ini saya masih tidak tahu dia rakan sekolah menengah saya dulu. Memang patutlah dia jiran saya. Jarak kami online pun dalam lingkungan 100 meter sahaja. Orang yang saya maksudkan ialah yang paling atas sekali dalam search People Nearby ini.


Setelah dia approve request Wechat saya, dia yang mulakan chat ini dulu. Dia tanya umur saya. Saya pun reply nombor saje, maklumlah saya ini segan nak mulakan chatting dulu. Lepastu dia bagitahu saya "rasanya kite ni cm jiran je".


Tengok tu, awal-awal chatting dah kenakan saya. Sabar saje dengan dia ni. Sudahla saya ni anti add jiran (sebab segan). Segan lagi.haha tak habis lagi segan saya ni. Dia bagitahu dia setaman dengan saya. Korang nak tahu saya bayangkan siapa? Saya cuma risau jika dia ni anak jiran sebelah rumah saya ini. Memang cuak saya masa itu. Mulalah saya fikir, kalau dia betul-betul anak jiran sebelah rumah saya ini memang saya akan blocked dia (nak blocked sebab segan).

Selidik dan selidik, rupanya dia tinggal jauh sedikit dari rumah saya tapi masih satu taman. Tapi rumahnya memang kena lalu jika nak keluar dari taman ini. Selamat... Ok tak jadi blocked dia.haha lepas itu kami mulalah borak mengenai jiran kami di taman ini. Habis semua nama jiran disebut, tapi kami tak mengumpat tau. Kami baik.hehe saya cuma perkenalkan nama jiran di taman ini, maklumlah dia ni tak kenal langsung jiran yang ada di sekeliling rumah saya ini. Sabar jela...

Malam bermulanya perkenalan itu, saya masih tak tahu dia ini kawan sekolah menengah saya dulu. Malam esoknya, semua terkantoi. Ceritanya begini. Dia minta saya send gambar pada dia. Saya tolak permintaan dia pada mulanya sebab tak pernah kenal dia siapa. Tetapi atas alasan untuk dia kenal saya, saya pun bagi gambar saya. Lepas saya send gambar tu, dia bagitahu saya sepertinya dia kenal saya tapi tak ingat macam siapa. Saya lagilah tak kenal dia langsung, muka dia lain sangat. Bertambah hensem.hehe lepas tu saya minta untuk add facebook dia. Dia bagi emel fb dia, tapi fb orang lain yang keluar. Saya fikir dia ini blogger, rupanya bukan. Fuhh selamat lagi. Lepas itu saya minta dia add saya dalam Facebook. Saya bagi nama fb saya. Selepas add...




Tercengang betul saya bila tahu dia ni kawan sekolah menengah saya dulu. Adui, kenapa situasi ni nampak makin bahaya?! Habisla saya... Opah nak lari duduk planet Pluto.

* Tq Wechat sebab menjadikan persahabatan yang terpisah dulu kembali bercantum. Saya tak sangka dia kawan saya tapi saya berbangga ada kawan yang duduk satu taman dengan saya. Maksudnya, saya dah ada kawan dalam taman ni. Tak adalah saya ni nampak sombong.hehe Dua orang makcik dalam taman ini dah berbesan, jangan kami pula nanti. Minta simpang sejuta kali... Lagipun kami berdua dah ada kekasih hati, jadi tak mungkin. Okay itu saje (jangan gosip saya dengan dia ye... :p).

3 sweet comments:

fragmenbiru said...

Hahahaha... amboih2.. suka latew..

Unknown said...

wah wahh baru nak gosipkan..hihi..kecik donia ni kan solehah..

Miss N™ said...

dah la berjiran..pernah sesekolah sekali...adehh,,,mmg kecik dunia..