Pilihan 2 : Gosok buah belimbing ke seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan kira-kira 5-10 minit dan bilas dengan air bersih. Rambut akan kembali sihat dan bebas kutu.
Pilihan 3 : Ambil beberapa biji ubat gegat dan tumbuk hingga halus. Campurkan ubat gegat itu dengan setengah cawan minyak kelapa/minyak masak. Sapu seluruh kepala dan balut kepala dengan kain. Selepas 15 minit, bilas rambut.
Pilihan 4 : Sapukan cuka putih pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat rambut anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkannya setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Pilihan 5 : Sapukan minyak zaitun pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat rambut anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkannya setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Pilihan 6 : Sapukan sedikit minyak tanah pada rambut dan bungkus kira-kira 15 minit. Selepas itu syampu rambut anda.
8 sweet comments:
petua yg sis dah penah dgr seblm ni...teringat dulu zaman budak mmg ada kutu..berjangkit ngan budak india.. hihi
x tau plak ada petua tuk kutu ni...thx for sharing..
Minyak tanah pun boleh hilangkan kutu rambut? Baru tahu! Takut berbau pulak nanti rambut, sebab bau minyak tanah kuat. :D
Dulu kecik2 adalah kutu..
skarang ni xde dah...
tip yg menarik...kecik2 dulu selalu jugak dengar petua nie...
mesti kutu tu pening ble pakai bawang putih tu. hehe.
@9n0L4 ha ha ha mau x pening
hahahah mau x pening
Post a Comment