Assalamualaikum.
Alhamdulillah keadaan di Sabah kembali terkawal seperti biasa. Syukur Alhamdulillah kerana masih menyelamatkan Sabah. Kepada rakyat Sabah, kami sayang anda semua. Di sini, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai dan anggota polis yang terkorban ketika serangan hendap di Semporna, Sabah.
Alfatihah.
Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau
Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.
Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.
Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.
Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.
Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.
Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.
PERHATIAN!
Kepada sesiapa yang berkerja di tempat yang ada menjual, menjahit baju ATM, PDRM dan lain-lain. Jangan benarkan sesiapa pun membeli mahu pun memberikn info tentang di mana boleh dapat baju tu melainkan mereka mempunyai waran yg sah. Jika ada individu yang cuba bertanyakan hal itu kepada anda sila laporkan terus kepda pihak berkuasa.
TOLONG SEBARKAN!
Bersatu menentang musuh negara.
Petikan kata2 Presiden Aquino kepada Sultan Sulu sebagai berkata:
"Jika kamu mati disembelih oleh rakyat Malaysia, maka itu masalah kamu, dan jika kamu kamu kembali ke filipina, tentera saya juga akan membunuh kamu seperti ayam. Kamu tiada pilihan".
9 sweet comments:
mari sama2 mendoakan mereka di sana.. moga Allah melindungi mereka.. besar kan jasa mereka demi keselamatan negara.. terharu sgt.. Al-fatihah buat mangsa yg terkorban...
dear.. sis tag kamu !
http://norumara.blogspot.com/2013/03/1st-ga-by-nyna-barbie-giveaway_7.html
Takziah buat yang terkorban..
alf atihah utk yg terkorban..moga sabah terus dilindungi dan tiada lagi utmpahan darah
semoga allah melindngi mereka disana & al-fatihah utk yg gugur disana..
sama2lah kita berdoa agar segalanya pulih seperti sediakala...
PBB dah arahkan untuk genjatan senjata
al fatihah pd arwah yg bertempur di medan perang
moga semua rakyat malaysia..esp sabah dlm keadaan selamat
moga mereka yg bergelar pengganas ini diberikan hidayah
Al-Fatihah untuk wira2 malaysia.
Teruskan Berdoa.... :)
Post a Comment