Lazada Malaysia

Saturday, March 16, 2013

Home » Pelancaran Pembukaan Solehah Online Collection

Pelancaran Pembukaan Solehah Online Collection

Assalamualaikum.


Pembukaan Solehah Online Collection - 3 Mac 2013. Sebenarnya dah lama online shop ni dibuka, tapi majlis perasmiannya baru nak buat. Almaklumlah, bila nak ngadap laptop untuk buat entri mengenai online shop ni, ada saje kekangannya. Dengan nak urus hal study, rumah sewa, kawan-kawan, kehidupan seharian dan berbagai lagilah. Dengan kata lain, mengadap saje laptop ni ada saje yang mesej dan telefon untuk dibuat sesuatu. Bajet sibuk sangatlah kan, bajet retis. Kalau entri pendek-pendek tu, dalam 15 minit saje boleh siap. 15 minit tu kira lama juga tu, ingat senang nak taip entri bagi orang lain paham. Selalunya saya taip entri pada waktu malam. Waktu malam boleh memberikan ketenangan untuk saya buat entri. Okay saya mengaku entri ni saya taip selama 2 hari.haha Lama kan?

Berbalik pada tajuk entri. Sepanjang saya bergelar blogger bermula dari tahun lepas, saya tak pernah berangan untuk memiliki sebuah online shop di facebook suatu hari nanti. Saya ni bukannya hebat sangat dalam dunia perniagaan. Saya lakukannya ni pun atas dorongan kawan rapat saya sendiri. Kawan rapat saya tu tak tahu bagaimana nak promosikan produk. Oleh kerana saya dah biasa dengan dunia blogging, saya rasa saya tau bagaimana nak tolong kawan saya. Bermula dari saat itu lah, saya menjinakkan tangan ni untuk berniaga secara sederhana di online shop. Maka terhasilnya online shop saya yang pertama iaitu Solehah Online Collection. Kawan-kawan jangan lupa untuk selalu jenguk ke page ni ye. Saya mohon sokongan dan dorongan dari semua yang baca entri ni. Harap ada yang sudi.

Solehah Online Collection. Online shop ini menyediakan berbagai item & produk yang kini laris di pasaran jualan. Bukan itu sahaja, sekarang terdapat banyak promosi yang ditawarkan di dalam online shop ni. Kalau nak tau item & produk apa yang ditawarkan diskaun sekarang, korang kenalah jenguk sendiri ke online shop ni. Sebenarnya item & produk yang ada di online shop ini bukan dimiliki sepenuhnya oleh saya. Saya adalah ejen jualan. Penjualan ini telah diberi keizinan sepenuhnya kepada saya untuk menjual di online shop ni. Terima kasih pada pihak pemborong kerana memberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada saya. Apa lagi, jom lah singgah ke online shop saya, “Solehah Online Collection.

Berikut ialah petunjuk bagaimana ingin membeli-belah di online shop saya 

  • Photos = Produk/item yang dijual di dalam online shop
  • Contact Us = Borang untuk order
  • Notes = Shipping Fee & Cara Pembayaran

Sebarang pertanyaan / cadangan, sila emel saya di : pinkgemstone90@gmail.com.
Harap maklum. 

7 sweet comments:

Chic Na said...

terjah sekarang. hihi..

Miss N™ said...

wah..solehah dah ada blog shop..!
Semoga berjaya solehah...
tahniah..!

Arina Shamsul said...

wah tahniah dik..tahniah..jap lagi akk gi sana..heheh

ecadwinkyasha said...

wish u luck with ur online shop....& jgnlupa lawat blogshop akak yer.hikhikhik~

Unknown said...

MOGA MAJU JAYA DLM BIDANG BISNES SOLEHAH

http://umikasum.blogspot.com/2013/03/jom-percepatkan-loading-blog.html

Unknown said...

wahhh dah jadi bisneswoman..hihi... moga berjaya!

Nurul Says said...

TAHNIAH :)