Lazada Malaysia

Thursday, March 21, 2013

Home » Komplikasi Cinta Dulu

Komplikasi Cinta Dulu

Assalamualaikum. Pertama sekali, saya nak mintak maaf pada semua jika entri ini akan menjadi begitu panjang untuk dibaca. Entri ni dibuat kerana saya dah tak mampu untuk menjawab pertanyaan mengenai soal perkahwinan saya yang dirancang pada masa lalu. Dengan adanya entri ni, saya berharap sesiapa yang baca entri saya yang lepas-lepas yang menunjukkan saya bahagia dengannya, lupakan sajelah mengenainya. Kerana kenangan itu sudah tidak wujud lagi untuk saya.  Jika ada yang sudi, korang bacalah entry ni sehingga habis sebagai pengajaran di masa hadapan. Kawan-kawan yang begitu rapat dengan saya pasti sudah tahu apa yang terjadi pada saya. Tetapi sebelum saya ceritakan apa yang terjadi pada tahun lepas dan tahun ni, saya akan ceritakan bagaimana saya berkenalan dengan seorang lelaki yang pernah bertakhta di dalam hati saya sejak berkenalan di facebook. Lelaki ni saya gelarkan dia sebagai A. Maaf saya tak akan sesekali mention nama dia di sini. Ceritanya bermula begini.

Episod Berkenalan - Di Awal Tahun

Sebelum saya menjinakkan diri di dunia blogging, saya memang pengguna tegar facebook. Hampir setiap masa saya akan mengadap facebook. Tengok status kawan, like status kawan, komen status kawan dan main game di facebook. Dulu saya ada hobi, bermain game di facebook. Saya pun tak tau permainan ni masih ada sehingga sekarang ataupun dah tak ada. Nama permainan ni ialah Cityville. Pasti ada di antara korang pernah bermain permainan ni kan. Permainan ni umpama kita minta barang binaan untuk membina banggunan dan bandar daripada kawan-kawan Cityville. Boleh dikatakan semua page Cityville saya join. Pada masa tu, saya memang tak kira dah. Add sesiapa pun yang main game Cityville ni. Lebih dari 2000 kawan facebook saya masa tu. Boleh dikatakan tiap bulan juga facebook saya kena hacked. Tapi disebabkan ketagih main, saya tak hiraukan langsung untuk add kawan-kawan luar.

Pada suatu hari si A add saya. Dalam banyak-banyak kawan Cityville tu, dialah yang paling rapat dengan saya. Kami selalu tolong antara satu sama lain. Dia juga selalu paksa saya untuk selalu chatting dengan dia. Walaupun esoknya saya exam, dia nak juga saya selalu teman dia. Saya tak tau apa jadi pada saya ketika tu, sampaikan saya tak sanggup untuk tinggalkan dia dan saya hanya ikut apa yang dia nak. Saya tak sedar yang saya betul-betul berubah ketika tu. Saya tak hiraukan nasihat kawan-kawan saya sehingga saya tak sedar yang diri saya bukan seperti dulu.

A memang romantik. Dia selau buat kejutan hari jadi untuk saya. Ye mungkin sebab ni saya sanggup bertahan dengannya walaupun dia selalu marah saya. Sejujurnya saya suka laki yang romantik. Tapi, A ni romantik + ego yang tak akan pernah membuatkan saya bahagia dengannya. Saya tak tau adakah semua ni kerana kerja ataupun dari sifat semulajadinya. Saya selalu bertahan untuk dia, setahun saya merasakan diri saya macam tunggul kayu. Saya tak sanggup tinggalkan dia walaupun sehari.

Tetapi lama-kelamaan hati saya lebur juga kerana terdapat suatu memori yang sungguh menyakitkan hati saya. Hati yang pada mulanya seperti batu, sekarang menjadi lebur. Saya merasakan hati saya bagai dicucuk-cucuk dengan jarum. Selama ni saya hanya pendamkan apa yang terbuku di dalam hati ni. Ini kerana A mengambil kesempatan di atas kelembutan saya. Bagai dihiris pisau bertalu-talu apabila saya terjumpa satu facebook perempuan yang selalu A komen. Saya teman wanita A pada masa tu, merasakan bagai ada halilintar di dalam hati ni yang tak akan pernah padam. Saya bertahan dan buat-buat tidak tahu. Saya masih bersangka baik pada A, mungkin perempuan itu kawan rapat A. Saya menangis. A telefon saya ketika saya menangis. Bila A tanya adakah saya menangis, saya menidakkannya. Sehinggalah dua tahun berlalu, dia langsung tak pernah perkenalkan saya dengan kawan perempuannya itu. Kenapa A rahsiakan semua ni dari saya?!

Tahun Kedua Perkenalan

Masuk di tahun kedua perkenalan, perkenalan kami makin rumit. Hampir setiap hari kami bergaduh. Sejak masa tu, saya mula untuk menyembunyikan semua yang saya buat dari A. Wajarlah untuk A tak tahu apa yang saya buat kerana A juga tak pernah beritahu rahsia A pada saya. Dia pernah tanya pada saya kenapa saya private facebook? Saya jawab "Suka hati sayalah! Awak pun hide kawan-kawan facebook awak! Saya hide kawan-kawan facebook saya juga sepertimana awak hide kawan-kawan facebook awak!" A marah saya. Saya cuba bertahan dan tak nak bergaduh lagi dengan A. Selepas tu, saya terus deaktif facebook saya untuk sementara waktu. Saya buat akaun facebook baru dan add facebook dia guna nama lain. Ya Allah, korang nak tau apa yang saya jumpa. Rupa-rupanya dia “in a relationship with that girl okay!” Dia hide status relationship tu dari saya! Saya nak tanya, apa korang akan rasa bila alami perkara ni? Dan korang rasa apa saya buat pada dia? "Saya maafkan dia lagi dan bagi peluang yang ketiga untuk dia". Banyak kawan-kawan tanya saya kenapa bagi lagi peluang ketiga untuk dia. Saya hanya diamkan diri untuk jawab soalan ni. Adakah saya terlalu baik atau lurus?! :(

Tahun Ketiga Perkenalan

Tahun ketiga perkenalan ialah pada tahun lepas. Akhir tahun lepas, A menyatakan hasrat untuk datang jumpa saya. Setelah seminggu bincang mengenai ni, tiba-tiba A membatalkan hasrat untuk berjumpa saya. A tidak beritahu alasannya. A cuma bagitau, mungkin lain kali A jumpa saya. Selepas selang beberapa hari A membatalkan hasrat ni, tiba-tiba saya difitnah teruk oleh A dengan perkara yang memalukan. Teruk! A, kenapa awak sanggup buat camni pada saya! Kenapa awak sanggup lakukan semua ni pada saya! Kenapa? Adakah sebab saya tahu awak ada hubungan dengan perempuan tu, awak sanggup fitnah saya camni?!

Saya buat keputusan, yang saya tak nak bersama dengan seorang lelaki yang penipu dan pemfitnah macam A. Lebih baik saya single daripada menjadi tunggul kayu untuk A. Betul apa yang mama saya bagitau, bertahun-tahun berkenalan pun belum pasti A adalah jodoh saya. Ye A bukan jodoh saya. Itu adalah kenyataan yang memeritkan untuk saya tanggung. Dan jodoh A ialah bersama perempuan tu. Perempuan tu ialah sepupu A. A dah kahwin dengan perempuan tu pada 3 Januari 2013. Tiada lagi keraguan saya selepas ini, semuanya telah terjawab. A tidak pernah menyintai saya. Yang lagi memeritkan, bukan A yang beritahu saya mengenai pernikahannya tapi kawan si A yang bagitau. A, kenapa awak sanggup buat camni pada saya? Apa salah saya pada awak???

A, kenapa awak tak pernah melamar saya bertahun-tahun yang lepas untuk jadikan saya sebagai isteri awak? Kenapa awak kawan dengan perempuan tu senyap-senyap dan awak kawin dengan dia tahun ni? Kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa awak lakukan semua ni pada saya? Saya tak berhak dapat bahagia dari awak ke? Kalau awak tak suka saya, kenapa awak biarkan saya jatuh cinta pada awak? - Saya tahu soalan ni awak tak akan jawab lagi kerana awak dah jadi suami orang.



* Kumbang bukan seekor di dunia ni. Jadi saya kena lupakan A kerana A sudah menjadi suami orang. Saya mesti teruskan hidup. Dan Alhamdulillah, saya bahagia dengan status single saya sekarang. Saya tak sunyi kerana saya masih ada Allah. Buat masa ni, saya cuba untuk berubah dan tak mahu jadi seperti dulu. Saya ingin perbaiki diri lagi untuk menjadi isteri yang terbaik untuk calon suami saya di masa hadapan. I'm waiting u, my future husband... :)

5 sweet comments:

Miss N™ said...

Sebenarnya...dia yg rugi lepaskan solehah..solehah tak rugi apa2...

Lagipun solehah tak layak untuk lelaki yg mpermainkan solehah...

Ingt solehah, stiap apa yg blaku ada hikmahnya..seandainya solehah terus untuk terima dia, tak ke solehah lagi teruk di tipu..

Setiap apa yg Allah uji pada hambanya, pasti ada hikmah..

InsyaAllah solehah..perempuan yg baik untuk lelaki yg baik.. Dia tak baik..

Solehah Shamsuddin said...

@Cik Nur™ Nur tau jugakkan dlu solehah pnh gtau. Blog ni tercipta kerana dia. Sbb blog ni juga dia marah solehah dan suruh solehah delete blog ni. rasanya, kalau solehah ikut ckp dy, solehah mgkin akn kehilangan trus kwn2 blogger n kwn2 solehah yg len. apa yg A dapat, dia hanyalah dapat kegembiraan sbb puas sakitkan hati solehah dan wt solehah trus menyendiri. sampai skrg solehah msih bertahan dan cuba utk melupakan tujuan utama blog ni dibuat. sbb kalau solehah xkuat, kemungkinan blog ni pn akan trus lenyap di sini.

LYAfrina said...

satu persatu lya baca.. lya faham sgt keperitan ini.. sbb lya sndiri pnh alaminya.. mmg myakitkan.. tp adalah lbh baik kt mngis dulu asalkan bahagia d kemudian hari.. adakalanya, tuhan ptemukan kt dgn org y salah sblum kt menemui seseorg y mmg diciptakan utk kt,

pgamalan k.lya... lya mati-matian cintakan seseorg tu.. tp bila lya lumpuh, lya ditinggalkan disaat lya amat perlukan sokongan ni. disebalik inilah, lya nampak siapa y benar2 jujur. iaitu suami lya sendiri.. bertahun-tahun dia menunggu lya, walaupon lya lumpuh & alhmadulillah..tuhan bukakan pintu hati lya utk terima Fain.. dia lah lelaki terbaik utk lya..

dan u solehah, lya pasti..awk akn jumpa lelaki y terbaik & btul2 layak utk awak.. adakalanya org tu dkt je dgn kita... tp x pnh myedarinya...

anggap j ni smua pgajaran u awk moga sntiasa bhati-hati.. igtlah, lelaki y bnr2 sygkan kita akan terima kita seadanya & akan sentiasa mnunjukkan dirinya y sebenar..

lya pasti, lps ni pelangi akan muncul.. ada lelaki lain y tercipta utk awak..asalkan awk terus bersabar.. saat bahagia pasti akan muncul.. senyum ya ;-)

Chic Na said...

satu je solehah kena ingat 'dia bukan yg terbaik utk solehah'. tengokla apa dia dah buat pd solehah. you deserve better dear. so jgn sedih2 lagi ya. ;)

Unknown said...

dgn tekunnya sis baca luahan hati solehah dari awal sampai akhir.. sabar la...rasa sakit yg solehah rasa tu dah penah sis rasa..dia kawen senyap2 ngan pompuan lain.. at least solehah tau dia ada affair dgn pompuan tu.. drpd sis ni lgsg xtau apa2.. mmg tak syak apa2 la.. tup2 mmbe dia bgtau dia dah kawen.. bkn halilintar lagi dah.. rasa mcm nk meletup dah..huhuhu...tp dia bkn org luar ar.. dia org malaysia..hihi..lps tu dia cuba cari sis blk..katanya umah tangganya tak bahagia.. do i care?? huhh.. mmg jenis jantan yg dah ludah tp jilat balik!!