Usahawan Kecil - Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan adalah perkara biasa yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan yang berjaya masa kini. Kebanyakan mereka berniaga dengan saiz pasaran perniagaan yang kecil dengan modal yang kecil dan sudah tentu tidak mengharap untung terlalu besar.
Bidang perniagaan dalam talian atau e-dagang semakin popular dalam kalangan usahawan hari ini. Ia menjadi medium terbaru membolehkan mereka meningkatkan penjualan dengan lebih efisien dan berkesan.
Penggunaan laman web, blog atau rangkaian sosial Facebook untuk menceburi bidang perniagaan secara sambilan adalah satu idea kreatif kerana tidak memerlukan modal yang besar dan menjimatkan masa.
Tidak mustahil dengan menggunakan pendekatan terbaru itu dan strategi perniagaan yang mantap, ia mampu memberi impak, malah dapat membawa pulangan lumayan kepada usahawan dan individu terbabit.
Penggunaan laman web, blog atau rangkaian sosial Facebook untuk menceburi bidang perniagaan secara sambilan adalah satu idea kreatif kerana tidak memerlukan modal yang besar dan menjimatkan masa.
Tidak mustahil dengan menggunakan pendekatan terbaru itu dan strategi perniagaan yang mantap, ia mampu memberi impak, malah dapat membawa pulangan lumayan kepada usahawan dan individu terbabit.
Adakah usahawan dilahir atau dicipta?
Dalam Business Horizons, Edisi September-Oktober 1986, John G Burch menyatakan bahawa seseorang usahawan harus mempunyai sembilan sifat keperibadian seperti berikut:
- Keinginan untuk mencapai : daya usaha untuk mengatasi masalah dan melahirkan usaha niaga yang berjaya.
- Kerja keras : sikap mabuk kerja.
- Sikap pembelaan : kesanggupan mengetuai dan mengawasi usaha mereka sehingga ia boleh berdikari.
- Pengakuan bertanggungjawab : kesanggupan memikul tanggungjawab kepada usaha-usaha dari segi moral, undang-undang dan mental.
- Orientasi ganjaran : keinginan mendapat ganjaran untuk ikhtiar ; ganjaran boleh mengambil bentuk selain daripada wang, seperti pengiktirafan dan rasa hormat.
- Sikap yang optimistik : pengamalan falsafah bahawa masa kini adalah masa yang terbaik dan apa-apa sahaja dapat dilakukan.
- Orientasi kepada kecemerlangan : pencapaian sesuatu yang dapat memberi kebanggaan.
- Pengurusan : kemahiran dalam penggabungan bahan-bahan usaha serta dalam pengelolaan manusia.
- Orientasi mendapat untung : keinginan mendapat ganjaran, akan tetapi untung cuma merupakan kayu ukur kejayaan.
Daripada sifat-sifat ini, salah dua antaranya lebih merupakan sifat yang semula jadi, yakni "keinginan untuk mencapai" serta "keupayaan untuk bekerja keras". Keupayaan untuk bekerja secara keras dan lama dalam penerusan projek yang tertentu memerlukan penggabungan tenaga fizikal, emosi dan intelektual yang tidak dapat diransang secara dibuat-buat.
Oleh demikian, seseorang usahawan perlu mempunyai dua kumpulan sifat, yakni satu kumpulan yang semula jadi, dan lagi satu yang dapat diperolehi. Dengan kata lain, sebahagian daripada sifat-sifat usahawan perlu dimiliki sewaktu dilahir dan sebahagian lagi harus diperolehi. Sesiapa yang tidak mempunyai kedua-dua ciri tersebut sewaktu dilahir tidak dapat menjadi usahawan ataupun tidak mungkin berjaya sebagai usahawan, dan sesiapa yang mempunyai kedua-dua ciri ini tetapi malas memperolehi ketujuh-tujuh sifat yang lain juga tidak akan berjaya sebagai usahawan.
Tip-Tip Usahawan
- Berani mengambil risiko.
- Percaya kepada diri sendiri dan merasakan bahawa dapat membuat sesuatu untuk dunia.
- Menikmati apa yang sedang dilakukan.
- Berpandangan positif terhadap apa yang dilakukan.
- Mempunyai banyak cara untuk meningkatkan jualan.
- Menyelesaikan tugas bukan separuh jalan, tetapi menggunakan cara kreatif dalam meraih kejayaan.
- Berkawan rapat dengan usahawan yang telah berjaya.
- Belajar daripada orang yang biasa atau pernah gagal dalam perniagaan.
- Selalu mengikuti kursus atau membaca buku mengenai keusahawanan.
- Pandai mencari modal niaga.
- Mendalami pengetahuan dalam bidang usahawan yang diceburi.
Bila bersaing dalam perniagaan pun, biarlah tetap berkawan. Rezeki ada untuk semua. Tidak akan ke mana kalau rezeki itu rezeki kita kan. Tidak perlu bermusuh-musuh... :)