Lazada Malaysia

Monday, January 6, 2014

Home » » Singgah Sebentar Di Kedai Mister Donut, Aeon Manjung, Perak

Singgah Sebentar Di Kedai Mister Donut, Aeon Manjung, Perak

Assalamualaikum.

Hari Khamis yang lepas (2 Januari 2014), lagi sekali saya pergi ke Aeon Manjung, Perak. Kali ini kami sekeluarga datang ke Manjung adalah untuk melawat saudara kami di sini. Selepas kami melawat saudara, kami singgah ke Aeon Manjung untuk solat. Maklumlah jarak dari Manjung - Teluk Intan tidak cukup untuk kami buat solat Qasar, jadi kena solat setiap waktu. Okay, selepas kami solat Maghrib kami singgah sebentar di Kedai Mister Donut, Aeon Manjung.


Kami order 3 donut dan 3 muffin, dapat 1 donut/muffin (percuma). Tapi adik saya pilih donut. Kami dapat percuma sebab saya guna kad Aeon. Jadi dapatlah percuma. Harga untuk 3 donut dan 3 muffin ini ialah RM 12.00. Murahkan?


Inilah muffin saya. Yang lain-lain tu tak sempat untuk snap, maklumlah famili saya dah makan cepat-cepat. Lagipun saya tak suka snap gambar makanan jika makanan itu bukan makanan yang saya makan.


Chocolate Chip Walnut Muffin. Sedap sungguh muffin ini.
Korang yang tengok ni, teringin juga? Nanti belilah ye...

2 sweet comments:

ma ❥ said...

murah nampak sedap.. tak pernah cuba lagi niii

Cik Nur™ said...

muffin tu....mmg nampak sedap..!