Lazada Malaysia

Thursday, March 28, 2013

Home » Shopping Di Zalora Malaysia Buat Kali Kedua

Shopping Di Zalora Malaysia Buat Kali Kedua

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, barang Zalora dah sampai. Yeayyy shopping-shopping lagi di Zalora untuk menghabiskan voucher dan diskaun yang saya dapat lagi dari Zalora. Memang pening jugak nak buat pilihan kali ni. Maklumlah rambang mata tengok barang yang cantik-cantik. Harga pun boleh tahan juga. Jadi kena bijak berbelanjalah kan. Jom tengok apa yang saya dan mama shopping kali ni. Kali ni saya ajak mama pula... :)








Inilah barang yang saya beli tu.

Catalyst Bowler double zipped handy pouch


Harga Sebenar : RM 18.00
Harga Sebenar + Harga Shipping : RM 18.00 + RM 5.00
Harga Selepas Diskaun + Harga Shipping : RM 22.31



Ini pula blouse yang mama saya beli.


First Lady Blouse



Harga Sebenar : RM 45.00
Harga Sebenar + Harga Shipping : RM 45.00 + RM 5.00
Harga Selepas Diskaun + Harga Shipping : RM 5.00

Jika korang tengok harga barang kami, kami hanya boleh bayar di kaunter bank. Semestinya kami bayar di CIMB Bank. Selesai bayar, kami kena hantar bukti pembayaran pada Zalora. Kepada yang tak tau camne nak hantar bukti pembayaran ni, sila ikut cara-cara di bawah ye.


Peringatan : Buat pembayaran + Hantar bukti pembayaran = Hanya dalam masa 24 jam. Jika tidak, order korang akan terbatal secara automatik.


Zalora - Bank Transfer Confirmation

1. Mula-mula, korang capture dulu slip pembayaran yang dah dibuat. Gambar yang dicapture tu mesti jelas.
2. Kemudian, korang klik SINI. Sila isi detail yang diminta dan upload gambar slip yang korang dah capture tadi. Jika korang bayar melalui kaunter, sila pilih Other.
3. Klik Confirm Payment. Sila tunggu sehingga proses ini 100% selesai.

Pertanyaan Dari Kawan Facebook & Blogger Mengenai Zalora

1. Bagaimana Nak Buat Jika Barang Zalora Lambat Sampai?

Jikalau order terbatal, Zalora akan bagitau pada korang di dalam emel. Jika order korang berjaya, Zalora tak akan inform apa-apa pada korang. Dan jika Zalora lambat hantar barang korang lebih dari 3 hari waktu bekerja, saya syorkan korang tanya Zalora dengan cara emelkan pada Zalora. Cara-caranya ialah :

Tajuk Emel : Mengenai Order
Hantar emel ke : customer@zalora.com.my

Hai, saya ingin bertanya. Adakah slip pembayaran untuk order "nombor order korang" telah diterima oleh pihak Zalora? Terima kasih.

* Nanti Zalora akan reply emel korang dengan memberikan tracking number + cara nak check order korang tu.

2. Bagaimana Jika Ingin Batalkan Order Dari Zalora?

Jika korang nak batalkan order secara cepat, korang kenalah hantar emel pada Zalora terlebih dulu. Buka emel korang. Buat tajuk yang sesuai untuk emel. Sebagai contoh :

Tajuk Emel : Masalah Dengan Pembayaran
Hantar emel ke : customer@zalora.com.my

Hai Zalora. Maaf saya ingin bertanya. Saya ingin bertanya pada pihak Zalora, bagaimanakah caranya jika saya nak batalkan order kerana saya tersilap pilih payment method. Item tu dah order, tapi saya memang tak boleh nak bayar dengan IPay88 dan adakah kupon RM50 yang saya guna dalam order tu akan terus hilang jika payment tak dibuat?

* Zalora akan reply korang dengan bagitau yang order tu dah dibatalkan.


3. Bagaimana Ingin Shopping Di Zalora Dengan Voucher RM50?

Sila klik SINI untuk mengetahuinya.

Okaylah setakat ni saje saya update mengenai Zalora. Kalau ada yang tanya soalan pada saya lagi, saya akan jawab soalan tu di entri lain ye. Selamat bershopping semua.

19 sweet comments:

maria firdz said...

rasa cam nk try jga shopping di zalora... oo..tpi xleh guna internet banking ke? huhu

Solehah Shamsuddin said...

@maria firdz boleh je. kan banyak pilihan untuk wt pembayaran. da ditunjukkan di bahagian shopping cart

Chic Na said...

belum pernah cuba lg ni.

cheq haizan said...

Wow..beg oren tue cantiklahh...nak shopping gaks lah heeheh

Cik Nur™ said...

Nur pun belum pernah shopping dekat zalora ni..

yasira rusydinah izni yahya said...

Teringin juga nk shopping kat ZALORA nie..tp de bc review dr org len kata servis diaorg xbgus..xtaulah mcm mana...huhu

Dianaa said...

wahh! ni yg solehah bagitau haritu ea. seronok lah shopping kat zalora :D

Deqla Manjew said...

orennyeee.. solehah suka kaler tu eh? huhu.. ramai eh soping zalora.. mcm nk try pulak...

fieda said...

seronok jugak kan shopping kat zalora.

Solehah Shamsuddin said...

@yasira rusydinah izni yahya oh tu terpulang pada masing2 la kn. dlu mmg servis diorg xbpe ok. tapi skrg diorang dh tingkatkan lagi servis diorg mnjdi bertambah baik. skrg servis zalora dh baik.jgn risau ye. pe2 hal yg musykil, tnye Zalora ye :)

Solehah Shamsuddin said...

@Dianaa haah fatin. ni la yg solehah bgtau dlu tu.hehe :)

Solehah Shamsuddin said...

@Deqla Manjew err ske sbb kalernya tu xpudar n kaler ni nmpk hepi je klu pakai. solehah ske hitam, tp rasanya better pilih oren sbb berseri la sikit kan.hehe :)

Mrs Velentine said...

cantik kaler tue solehah

yasira rusydinah izni yahya said...

Owhh...heee..thx solehah 4 d info :)

N.Aima K said...

boleh jadi ketagih shopping kat cni kah3x.. baru2 ni voucher guna utk mama juga!!

Engku Muzahadin said...

Aslmkm. Nak tanya, pasal bayaran tu boleh secara cash deposit mlalui mesin atm x? Lagi satu yg voucher kupon ni still boleh mtk lagi ker?

Solehah Shamsuddin said...

@Engku Muzahadin Boleh cash deposit secara mesin atm dan voucher kupon tu masih ada.

Unknown said...

Dalam pilihan byaran dekat zalora sye x de bank transfer.. Mcam mne nk isi detail untk bnk transfr ye.. Tq.

Shuhadah said...

Salam.. Dekat pilihan byaran zalora saya x ada bank trasfer.. Mcm mne nk isi detail untk bnk trasfer ye?.. Mohon bantuan