Lazada Malaysia

Friday, July 13, 2012

Home » » Tips : Persediaan Sebelum Bertunang

Tips : Persediaan Sebelum Bertunang

Assalamualaikum.


Ada sesiapa yang nak bertunang dalam masa terdekat ni tak? Kalau ada, memang sesuai sangatlah entry ini khas untuk yang bakal jadi tunangan orang tu. Bila baca entry ni kan, ada seseorang  tu tengah tersipu-sipu malu. Entah siapalah orangnya tu ye.hehe Sayakah orangnya? Jawapan saya, coming soon... :)

Senarai Semak Sebelum Bertunang


1. Pilih tarikh/waktu/tempat
– Rumah (hall) atau dalam bilik atas katil pengantin.


2. Tentukan jumlah hantaran L/P
– Contoh: 7 dulang (P) balas 5 dulang (L)
(Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan nombor ganjil).


3. Pilihan tema hantaran
– Biasanya pemilihan warna yang lembut seperti soft pink, soft yellow atau putih.


4. Pilihan gubahan sendiri / tempah
-Buat sendiri (lagi jimat).


5. Pilihan warna pakaian L/P
– Bergantung pada tema.


6. Tentukan jenis barang hantaran
– Contoh: Perempuan : 7
(listkan barang-barang yang hendak diberi)


7. Tentukan jenis barang hantaran
– Contoh: Lelaki : 5
(listkan barang-barang yang hendak diberi)


8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin
– Hantaran : ? , Mas Kawin : (ikut negeri)


9. Cincin tunang & risik
– 2 cincin ( ikut pilihan sendiri sama ada nak bagi 2 sekali atau nak bagi cincin tunang saje pun boleh)


10. Pilihan dais / pelamin
- Bergantung. Setengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yg dihias cantik. Nak jimat DIY (Do it yourself).


11. Makeup
– Makeup soft kalau boleh.


12. Jurugambar


13. Sediakan bajet jamuan makan tengahari / petang/ malam
– Katering atau pun masak sendiri.


14. Tentukan wakil pihak L/P sebagai jurucakap
– Biasanya orang tua yang berpengalaman.


15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Contoh: (L ) - 7 orang, (P) - 10 orang

Di Hari Pertunangan

Perkara-perkara yang akan dibincang oleh kedua keluarga pada hari pertunangan:

1. Tarikh nikah/ berlangsung kat mana?
2. Tarikh kenduri ?
3. Jumlah wang hantaran?
4. Jumlah wang mas kahwin ?
5. Jumlah barang hantaran semasa kahwin?


p/s : Bagi yang belum kahwin tu, cepat-cepatlah kahwin! hehe
*diri sendiri suruh orang kahwin, tapi saya belum. Encik abang, cepat-cepatlah meminangku.kikiki :)

34 sweet comments:

Ardini Humaira said...

dni gubah sendiri je hantaran.. pastu tak guna bilik.. buat kat ruang tamu je masak e-day :)

Solehah Shamsuddin said...

@Ardini Humaira wah ni lgi jimat.hehe kiranya dini dh kwin ke blm ni ye?

Asyiqin Haulisah said...

hehe, panduan kot2 mana tahu tiba esok lusa ada org berkenan. hamboii.

dieyna said...

tips berguna ni

Solehah Shamsuddin said...

@Asyiqin Haulisah hehe bagu2.take note ye :)

Chic Na said...

tengah tunggu org merisik dulu ni solehah. hihi..

Solehah Shamsuddin said...

@Dieyna hehe ye dieyna :)

Solehah Shamsuddin said...

@Chic Na eh chic na ni, merisik mmgla da.hehe solehah lak nk bertunang dan lps tu kwin.bertunang tu nk skejap je sbb xnk tggu lme2.hehe

psstt sbnrnye solehah xske tunang.sbb ia makan masa lama.pastu bajet byk plak tu.better nikah n trus kwin je...

Cendol said...

waahhh sys nak bertunang yee??tahniah..kawen jgn lupe jemput.hihi

Solehah Shamsuddin said...

@cendol semestinya sys akan jmput sume ahli GSF.sys akan sntiasa igt korang :) hehe lmt lg la yunk, tggu dy alek Malaysia lps raya.lmbt lg ni... :(

Solehah Shamsuddin said...

@cendol *lmbt lg...

Unknown said...

laaa...detail nyer...mcm solehah pulak bertunang...gubah sendiri mmg jimat..

Unknown said...

deqla tak pikir semua ni kot sbb ktorg tunang lepas tu trs nikah..hihi..

Mrs Velentine said...

dolehah pulak bila??hehe

Solehah Shamsuddin said...

@Yumida ni spupu solehah bertunang.alang2 dh dy nk bertunang,sje tnye dy list2 utk bertunang tu.akhirnya dpt tau jgk semuanya.

Solehah Shamsuddin said...

@Deqla manjew hehe mmg pn.kdg2 bertunang ni byk modal je.ni solehah share je.

Solehah Shamsuddin said...

@Mrs Velentine solehah lmbt lg.itu je jwpnnya.hehe

lelamaisara said...

akak memang biase buat semua tu...kalau adik beradik yg tunag akak yg penin..kena wat hantaran..huuuuu

mummyrinazone beauty said...

ayat yang akhir tak menahan..huhu

Solehah Shamsuddin said...

@lelamaisara ehehe solehah tau akak mmg pakar wt sume tu.dlu da tgk akak wt entry :)

Solehah Shamsuddin said...

@wan nurul hezrina hehe :)

Misya Mialen said...

Teringat masa bertunang dlu.mmg byk nak kena redi.smpi pening kepala.merajuk on ada.tq for info soleheh;)

Solehah Shamsuddin said...

@Misya Mialen itula pasal.mmg klu bab cmni mmg byk bg pening pale je

Miss N™ said...

bagus tips ni...sukee..!

Solehah Shamsuddin said...

@Cik Nur hehe ambik2 ye :)

fieda said...

wah..solehah kasi tips tu..

Solehah Shamsuddin said...

@fieda hehe...

Masha Meisters said...

hehhe...macam seru belum sampai la...hihi...tapi xpe,nanti nak guna dah ada tips kat sini...hehe

Solehah Shamsuddin said...

@Masha Meisters ok masha.

9n0L4 said...

bagus tips ni. mcm ade pengalaman je. :)

Solehah Shamsuddin said...

@9n0L4 bkn pgalaman, ni solehah tnye org...

Unknown said...

amboi solehah mcm dh de pglmn pulak..btw aku nk btunang bln6 ni..jmput dtg.. tips2 ko bg tu mmg bguna..=)

Relung Jiwa said...

salam...sis..nk share kt blog sy yer...

Unknown said...

sis, nak tnya kos utk pesediaan sblm tunang ni ditanggung sepenuhnya oleh pihak lelaki ataupun mcm mana? berapa average cost utk lelaki dan pmpn sediakan?