Assalamualaikum.
13 Julai 2012 merupakan malam majlis penutup dan penyampaian hadiah MTQA yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Seramai 64 peserta (41 Qari dan 23 Qariah) telah memperdengarkan bacaan masing-masing yang bermula 6 hingga 13 Julai 2012 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Malaysia.
Berikut merupakan keputusan rasmi MTQA ke 54 (2012) :
BAHAGIAN QARI
1. Muhammad Anuar Ghazali [MALAYSIA] 95.33 markah
2. Amin Pouya Ameer [REP. IRAN] 91.67 markah
3. Raden Harmoko Bahruddin [INDONESIA] 90.16 markah
4. Ahmad Muhammad Al-Khalidi [MAGHRIBI] 89.84 markah
5. Ahmad Mailud Syawish [ALGERIA] 88.68 markah
6. Mohamed AbdelAziz Ali Eldeeb [MESIR]
7. Ahmad Shukri Ahmad Banba [THAILAND]
8. Muhammad Saudi M.Gandisa [FILIPINA]
HADIAH
Johan Qari membawa pulang wang tunai sebanyak RM40,000, piala dan sijil penyertaan.
Naib johan Qari membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, piala dan sijil penyertaan.
Tempat ketiga Qari membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
Tempat keempat Qari membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
Tempat kelima Qari membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
BAHAGIAN QARIAH
1. Hasnaa’ Muhammad Khoulali [MAGHRIBI] 94.00 markah
2. Rahmawati Bakri Hunawa [INDONESIA] 94.00 markah
3. Hjh. Che Aminah Che Awang [MALAYSIA] 94.00 markah
4. Dayang Nurfaezah Hj. Emran [BRUNEI DARUSSALAM] 85.33 markah
5. Mashitah Ibrahim [THAILAND] 84.00 markah
6. Nur Azizah Salihin [SINGAPURA]
7. Dkric Amina [BOSNIA HERZEGOVINA]
8. Suraida A. Ampatua [FILIPINA]
*Markah Qariah sama. Tetapi pemenang Qariah dikira berdasarkan kelebihan markah tajwid masing-masing seperti berikut :
1. Markah Tajwid : 38.67%
2. Markah Tajwid : 38.20%
3. Markah Tajwid : 38.17%
HADIAH
Johan Qariah membawa pulang wang tunai sebanyak RM40,000, piala dan sijil penyertaan.
Naib johan Qariah membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, piala dan sijil penyertaan.
Tempat ketiga Qariah membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
Tempat keempat Qariah membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
Tempat kelima Qariah membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
PESERTA MALAYSIA
PEMENANG MTQA 2012
Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan. Insya-Allah.
10 sweet comments:
wah..Malaysia dapat no. 1 tu..Alhamdulillah~ :)
hebat dpt kalahkan negara2 Islam macam iran dan mesir tu kan~
Tahniah...
Malaysia dapat..:)
@Yana Libra ye kak yana.semoga Malaysia akan terus berjaya di masa yang akan datang.Insya-Allah.
@lelamaisara ye kak.Tahniah untuk Malaysia juga :)
tahniah utk Malaysia..alhamdulilah.. =)
@Miss BaNu tahniah juga.
suke tgk penyanmpaian hadiah aritu. byk perkara lucu. hehe. ;)
@9n0L4 hehe tau xpe kak.mmg byk yg lucu.simpan dalam hati je ni..hehe ble igt alek mmg kelakar sgt...
Tahniah Malaysia.. :)
@Cik Nur hehe :)
Post a Comment