Lazada Malaysia

Tuesday, July 31, 2012

Home » Semua Yang Korang Tak Tahu Mengenai Cik Solehah (Bahagian 2)

Semua Yang Korang Tak Tahu Mengenai Cik Solehah (Bahagian 2)

Pasal diriku yang korang xpenah tau n xpenah nak ambik tau.
Tapi saya tetap nak bagitau jugak..haha

Ini bahagian kedua pula ye. Kepada yang tak pernah baca lagi entri yang dulu tu, sila baca SINI.

1. Saya memang tak suka dengan asap rokok. Kalau perokok tu apetah lagi kan.huhu

2. Saya ada lesen kereta tapi takut nak bawa kereta.

3. Tahun ni pertama kali saya belajar makan kerang dan siput lala. Sebelum ni tak pernah makan sebab nampak kedua-dua makanan laut ni pelik. Sekarang ia menjadi makananan kegemaran saya.

4. Saya akan letakkan bantal atas badan ketika tidur, jika tidak nanti saya tak boleh tidur.

5. Saya cuma akan makan durian bila saya kempunan. Sebenarnya bila saya makan dan terbau bau durian ni akan membuatkan kepala saya pening.

6. Binatang paling saya suka ialah kucing tapi binatang yang paling saya takut ialah anjing. Fobia kot...

7. Saya mudah diserang sakit perut dan batuk. Kalau kena kedua-dua penyakit ni, akan susah nak baik.

8. Masa kecik-kecik dulu saya suka nyanyi dalam bilik air sampaikan ada orang cakap suara saya macam Dato' Siti Nurhaliza. Terus malu dan tak nak menyanyi dah.huhu

9. Masa kecik-kecik saya memang peminat tegar Dato' Siti Nurhaliza, sampaikan saya sanggup gunting gambar dia dari mana-mana; majalah atau suratkhabar. Kemudian tampal gambar tu di dinding, almari baju dan buku. Semua tu jadi kenangan sebab buku tu dah hilang, dinding sudah dicat semula dan almari baju diganti baru.

10. Saya suka bawa handphone masa mandi. Korang ada yang sama dengan saya tak? haha

11. Saya senang menangis sebab hati saya sangatlah lembut.

12. Saya takut dengan mimpi tidur. Saya lagi seronok kalau tak bermimpi apa-apa.

13. Sebelum tidur, saya akan bermain-main dengan kening saya dulu. Hobi ni dari kecik sampai sekarang.

14. Tangan kiri saya lebih kuat dari tangan kanan saya. Saya sendiri tak tahu kenapa, padahal saya menulis guna tangan kanan.

15. Di dalam GSF, saya dan Shuhada merupakan kawan karib di dunia realiti.

16. Saya tak suka dengan tempat tinggi. Saya pernah pergi ke Bukit Larut, Taiping. Bila saya sampai di puncak bukit dan saya tengok ke bawah, tiba-tiba saya jadi pening dan termuntah.

17. Saya pernah berjumpa dan salam dengan Tuanku Zara (isteri kepada anak Sultan Perak). Tuanku Zara seorang yang peramah.

18. Berketurunan Arab dan Indonesia di sebelah mama saya, manakala abah saya berketurunan Palembang. Bila campur, jadi apa ye.haha Cuba teka...

19. Saya ingin mencari kembali sepupu saya yang lain di luar Malaysia pada suatu hari nanti. Harap impian saya jadi kenyataan. Aamine...

20. My dear bukan orang Malaysia. Siapa yang sudah tahu my dear asal dari mana tu, diam-diam sudah ye... :)

Dah-dah, cukup la sampai sini dulu. Nanti kalau ada lagi, saya akan bagitau lagi. Sayonara :)

36 sweet comments:

Si Matatajam said...

Adik akak pun suka bawa hp waktu mandi..banyaknya kacuk..yang paling sama ngan akak..akak tak suka orang merokok,sebab asap rokok wat akak lemas dan susah nk bernafas

Solehah Shamsuddin said...

@Si Matatajam ye btl tu akak.solehah pn xske dgn asap rokok.rokok akan bg solehah lemas n sesak nafas je.lbih2 lagi kalau dy mrokok masa solehah makan,mmg pantang skali solehah akan duduk sblh org tu.paling sng je,klu solehah xtahan sgt solehah sound je org tu.haha

Unknown said...

ooo solehah ni mix rupanya..nice..mmg unik..
aah..tengok solehah n shu mcm ramah n mesra je kan..rupanye membe rapat

Mrs Velentine said...

dear awal org mana??hehehe...akak tak suka mandi bawa hp tp senang nagis..

Amin Hafizy said...

hmm.... seronok dapat tahu macam2 ragam orang....
kena berani bawak kereta... penting utk zaman ini... minat CT ya... boleh terus minat sementara masih bujang...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

owh inilah sebenarnya siapa solehah :)

Unknown said...

deqla pun suka kucing... haa... buah hati org mana ni???

Chic Na said...

mix mcm2 >> clearly nampak cam arab sket. huhu..

bestfren dgn shu rupanya. banyak jugak yg unik pasal solehah ni ye. hehe..

Miss Syahbanu said...

samalaa x suka org merokok gak..

dya nasir said...

dya pun xsuka adap rokok..xtahan bau..kalau bau dya akan buat muka..huhuhu

fieda said...

ada lesen tapi tak bwk kete..rugi tu...meh bagi kak fieda lesen tu...hihi

Cendol said...

haha same la tak suke asap rokok.
ade lesen jgak tapi tak sgt reti sebab jarang bwk.
err bwk henpon masuk bile air tu pelik.hehe

Masha Meisters said...

kalau bermimmpi memg rase macam betul je kan....huhu...takut

~Cik Sweety~ said...

sweety pun suka bawa hp dlm tandas..tak kira berak ke mandy ke kencing..hohohohoh

Ardini Humaira said...

no 1 kita sama...
hehe.. dni lak, pantang ado peluang mesti nak bawak kete laju2 ;p

Deq's Qienz said...

Owhh salam kenal dik..baru kenal..kalo tak gtau tak brapa kenal la..hikhik..

ecadwinkyasha said...

no 2 kita sama dik oiii..ada lesen tpi xbawa keta.ahaha :P

Solehah Shamsuddin said...

@Yumida akak rasa skrg ni solehah mix x?hehe ye kami berdua mmg kwn rapat.sbb tu la kami selalu sembang.

Solehah Shamsuddin said...

@Mrs Velentine awal dari mana? maksud MV asal dari mane ke? kami dari Mekah. tapi dh lme menetap kat Malaysia. wah MV pn ske nangis,same la kita ye.hehe

Solehah Shamsuddin said...

@Roslan Putra ala,lesen keta pn xtau dh luput or x.urmm solehah dh kurang minat CT ble dh umur mningkat cmni dh.

Solehah Shamsuddin said...

@Wanieys hehe ye kak.

Solehah Shamsuddin said...

@Deqla manjew ha, buah hati solehah? secret.. :)

Solehah Shamsuddin said...

@Chic Na spe yg chic na maksudkan mix tu?
ye solehah bestfriend shu.hehe

Solehah Shamsuddin said...

@Miss BaNu betul2 :)

Solehah Shamsuddin said...

@dyabunga ye bkn takat xsuka je,bleh wt org lemas :(

Solehah Shamsuddin said...

@fieda hehe akak,kami xda kereta kecik.sume kereta besar2 je.sbb tu xbwk keta sampai skrg.solehah nye lesen xtau la da lg or x tu.hehe dh lama xrenew

Solehah Shamsuddin said...

@Cendol yeye.hehe solehah mmg pelik :)

Solehah Shamsuddin said...

@Masha Meisters ye solehah mmg takut klu mimpi dalam tido.klu bleh xmo sgt2

Solehah Shamsuddin said...

@~Sweet Honesty~ haha me too yunk :)

Solehah Shamsuddin said...

@Ardini Humaira wah terer la dini ni.solehah dh lme da lesen,tapi takut bawa keta la :(

Solehah Shamsuddin said...

@Deq's Qienz errkk xbpe kenal? hehe salam kenal jgk akak.

Solehah Shamsuddin said...

@Eca Dwinky Asha wah same like me too kak. solehah ase nk bljr bwk keta lps kwin nt la.skrg rasa dh lmbt sbb bz dgn blajar sume lg.hehe

Nadia Elena said...

suka yg no.8 tu.. =D

Solehah Shamsuddin said...

@Nadia Elena haha ye saya pn sme.sy tau org yang cakap tu sbnrnye nk perli suara saya... :D

Miss N™ said...

bw hp ketika mandi..? xtakut masuk air ke..hihih

kwn baik shu ye..shu dak smdb...solehah satu skolah dgn shu ke.?

Solehah Shamsuddin said...

@Cik Nur hehe kdg2 tu takut gak masuk air.hehe xdala.kami satu blajar uni same