Lazada Malaysia

Thursday, July 5, 2012

Home » , » Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban


Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

"Rasulullah S.A.W. telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib) Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Dalil :-

Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata:
"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
"Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha' hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar."

Malam pengampunan :-

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan)."

Musyahin menurut tafsiran Imam al-Auza'i bermakna setiap pelaku bidaah yang memisahkan diri daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah (Muhammad S.A.W).

Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani': Saya bertanya Ibnu Thauban tentang makna musyahin, maka beliau berkata: Iaitu orang yang meninggalkan sunnah Nabi S.A.W. orang yang menikam umatnya dan menumpahkan darah mereka.

Dalam riwayat lain pula Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya."

Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah r.a berkata: "Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah S.A.W , maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda di Baqi' sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda bersabda:
"Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?" Aisyah r.a berkata: "Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain."

Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."

Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca: "Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh saudaraku, Daud a.s "Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya."

Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: "Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka."

Daripada Abu Darda' r.a, bahawa Nabi S.A.W. bersabda:
"Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal."

"Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim."

Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dari Aisyah r.a. yang menjelaskan perginya Rasulullah S.A.W. ke Baqi' dan turunnya Tuhan pada Nisfu Syaaban ke langit dunia, mengampunkan dosa-dosa manusia sekalipun lebih banyak dari bulu kambing biri-biri Bani Kalb. Namun dikatakan sanad hadis Aisyah ini lemah dan terputus.

Doa dikabulkan :-

Abu Sa'id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka Aisyah berkata, "Wahai Abu Sa'id! Ceritakanlah kepada saya suatu hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah S.A.W. maka saya akan menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda."

Berkata Abu Sa'id r.a, "Apabila Rasulullah S.A.W. keluar solat Subuh, Baginda akan membaca: "Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku."

Dalam riwayat lain Rasulullah S.A.W. berkata kepada Aisyah: "Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?"

Aisyah berkata, "Saya berkata, "Bukan begitu, wahai Rasulullah!"

Sabda Baginda: "Telah datang kepada saya Jibril a.s. dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak."

Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda, "Wahai Aisyah! Adakah kamu telah mengetahuinya?" Saya berkata, "Ya." Baginda bersabda, "Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril a.s. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud."

Rujukan : Diterjemahkan dari kitab Syeikh Abdul Rahman As Sa'dy, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, Sheikh Muhammad Saleh Al-Utsaimin, Sheikh Abdullah bin Abdul Rahman Al-Jabrin. 2006/1427H. Hukum Peringatan Malam Nishfu Syaaban, Benteng Tauhid, p.138-139. Riyadh, Daar Al-Qasim Publication.


Dikesempatan ini juga, saya ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan ke :



Tentatif program pada malam ni:
-Majlis bacaan Yaasin & Ceramah Di Ambang Ramadhan
-Bersama AF Ustaz Zamri Bin Hj Zainuldin (Tv 9)
7.00 Petang=Menyambut ketibaan tetamu jemputan
7.35 Malam=Solat Maghrib
8.00 Malam=Majlis Bacaan Yaasin(Akan dipimpin oleh Ustaz Zamri)
8.45 Malam=Solat Isya (Akan dipimpin oleh Ustaz Zamri)
9.15 Malam=Jamuan Makan
9.30 Malam=Ceramah 'Di Ambang Ramadhan'

Baaraka Allahu fik.

17 sweet comments:

Si Matatajam said...

Perkongsian yg sangat baik dik. Banyak yg akan belajaq dr entry ni...Salam Nisfu Syaaban.. Semoga kita diberi kan lembaran yg lbih baik tahun ni...

are_lin@yu said...

semoga buku baru kita dipenuhi amalan yang baik..amin ;-)

lelamaisara said...

Good...Thanks kongsikan ini solehah...

Chic Na said...

salam nisfu syaaban solehah. :)

~Cik Sweety~ said...

cerita yg pnjg tpi penuh pengisian jiwa...(^_^)

Solehah Shamsuddin said...

@Si Matatajam terima kasih kak kerana sudi membaca.

Solehah Shamsuddin said...

@are_lin@yu ye ayu.insya-Allah.. Aminnn

Solehah Shamsuddin said...

@lelamaisara same2 kak. :)

Solehah Shamsuddin said...

@Chic Na salam nisfu syaaban juga chic na :)

Solehah Shamsuddin said...

@~Sweet Honesty~ ye.hehe terima kasih

Solehah Shamsuddin said...

@Yana Libra salam nisfu syaaban yana :)

Miss Syahbanu said...

salam nisfu syaaban..

Solehah Shamsuddin said...

@Miss BaNusalam nisfu syaaban juga miss banu.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

perkongsian yg sangat baik solehah...semoga buku baru kita dipenuhi dengan amalan yg baik2 sahaja :))

Solehah Shamsuddin said...

@Wanieys ye akak.insya-Allah. :)

Nurul Says said...

thnk u for sharing

Solehah Shamsuddin said...

@N.Aima K sama2 aima :)