Lazada Malaysia

Tuesday, July 10, 2012

Home » , » Cerita Lawak : Kisah Asal-Usul Perkataan

Cerita Lawak : Kisah Asal-Usul Perkataan


Assalamualaikum.

Kali ni saya nak buat entry mengenai cerita lawak pulak ye. Yang memang senang nak gelak tu, siap-siap sediakan bantal masing-masing untuk korang sumbat mulut korang nanti ye.hehe Peace! :)

ASAL PERKATAAN UBAT

Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja tidaklah tahu dia apakah yang perlu di sebut di deretan botol-botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada Doktor yang bertugas. "Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?" tanya Hang Nadim. Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti apa isi kandungannya. Lalu terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuatkan doktor omputih tu berkata " Uhhh...bad...". Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata "ooo..ubat". 

ASAL PERKATAAN CELEBRATE

Semasa British menjejak kaki ke Johor, sebuah kampung sedang mengadakan pesta keramaian bagi meraikan hari keputeraan ketua kampung yang ke 59. Pegawai British yang sedang mengkaji adat budaya orang melayu ini pun pergilah hadir ke majlis tersebut. Semasa majlis sedang berlangsung ada 3 orang pemuda yang 3 suku akalnya (mereng) telah membuat kacau di majlis tersebut dengan mengadakan tarian separuh bogel di hadapan ketua kampung. Pegawai British yang baru tiba terkejut dengan suasana huru-hara sambil menjerit-jerit (macam parti omputih). Lalu pegawai British itu bertanya kepada salah seorang penduduk " Apa yang mereka lakukan?(slang omputih)". 
Orang itu mempedulikan pertanyaan omputih tetapi berkata pada dirinya sendiri " Selebet betul la mamat-mamat 3 suku ni, rosak majlis ni...heee...heeee...slebet betul." Maka tahulah omputih itu bahawa majlis keramaian macam itu dipanggil selebet. Lalu di'slang'kan omputih jadilah celebrate. Sebab itulah bila omputih selebret je apa-apa, mesti ada tarian separuh bugil. 

ASAL PERKATAAN AYAM

Ketika Parameswara menobatkan pemerintahaannya di Melaka, berjalan-jalanlah beliau sambil memerhati keadaan sekeliling kampung untuk bertanya khabar dengan orang-orang kampung. Semasa beliau berjalan-jalan ternampaklah beberapa ekor ayam lalu tanyalah parameswara kepada pengiringnya " Kalao disini, binatang seperti burung itu dipanggil appa?". Pengiring itu tidak tahu kerana berasal dari negara yang sama dengan parameswara. Ketika mereka terpinga-pinga untuk mencari jawapannya, maka lalulah seorang budak yang sedang membawa kuih yang dikirim maknya untuk dihantar ke rumah jiran. Lalu parameswara bertanya "Hoi Budak..binatang seperti burung tu kalau disini dipanggil appa?". Budak itu berkata "Kejap tuanku saya ada hal ni". Budak itu pun terus mengetuk pintu rumah jirannya. Parameswara bengang dengan kelakuan budak itu kemudian bertanya buat kali kedua "Hoi aku tanya ni. Apa nama binatang itu?". Budak itu ketakutan sambil menjerit " Makcik Yam..ooo makcik Yam, ni mak hantar kuih ni. Cepat sikit, tuanku ada depan umah makcik Yam ni."

Parameswara masih belum puas hati, kali ini tempiknya sangat kuat "APA NAMA KAU CAKAP TADI?" Budak itu terkejut sambil melatah " mmmaakkcik Yammm...yam..". Puaslah hati parameswara kerana sudah tahu namanya. Binatang itu dipanggil makcik yam sehinggalah baginda mangkat. Kemudian ditukarkan ke Ayam kerana makcik Yam telah mengemukakan saman malu terhadap budak tersebut.

*tu dia, gelak sakan hampa ye :)

22 sweet comments:

Cendol said...

hahaha
uhhh bad!! tak tahan mak cik yam kemukakan saman maluu..hihihikk adoiyaii

~Cik Sweety~ said...

hahaha...pndai la solehah ne.. baru tau ayam tu makcik yam yamm yea..haha

Ardini Humaira said...

kah3... gitu rupenye :D

Unknown said...

hahaha.. ye2 je kan asal usul cam gitu..

Solehah Shamsuddin said...

@cendol itula pasal.xsemena-mena je kna pggil ayam :D

Solehah Shamsuddin said...

@~Sweet Honesty~ ye sweety.solehah bce ni pn nk tercabut anak tekak sbb tahan gelak je dh ni :F

Solehah Shamsuddin said...

@Ardini Humaira ye dini :)

Solehah Shamsuddin said...

@Deqla manjew klu btl,cmne deqla?hehe

9n0L4 said...

HAHA. nak gelak guling², boleh? ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hahaha mcm tu rupanya asal perkataan tu hihihi

shuhadaothman said...

haha. yam yam jadinye.

Solehah Shamsuddin said...

@9n0L4 hehe boleh2 :)

Solehah Shamsuddin said...

@Wanieys mle2 solehah bce cerita ni,gelak habis jadinye :)

Solehah Shamsuddin said...

@|shuhadaothman|TM ha, tau xpa :D

Miss N™ said...

kihkihkih..xpasal2 budak tu kena saman malu dgn mkcik yam..hihi

Noor Atikah Ramli said...

hahahha..femes la jp lg mak cik yam .

Solehah Shamsuddin said...

@Cik Nur tau xpe.haishh ksian kt dy :D

Solehah Shamsuddin said...

@Cik Rongoks hehe tp ksian la kt bdk tu jgk.sbnnye dy nk bgtau nme yg sbnrnye, tp dh dy takut.tu yg tbe2 dy tersebut makcik yam tu

Chic Na said...

kahkahkah.. mana dapat lawak ni. siap main saman2 lg. hikhik.. sakit perut gelak. :)

dya nasir said...

hahah...xblh blah yg ayam tu.haha
makcik..yam..hahha

Solehah Shamsuddin said...

@Chic Na ehehe da la.secret :P

Solehah Shamsuddin said...

@dyabunga xpasal2 makcik yam trus femes kt Malaysia ni kan.hahaha