Lazada Malaysia

Tuesday, July 3, 2012

Home » » Tips : Langkah-Langkah Awal Sebelum Bertudung Labuh

Tips : Langkah-Langkah Awal Sebelum Bertudung Labuh

1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2. Cari dan sertailah kumpulan usrah yang benar, yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. Insya-Allah.

3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz atau ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz atau ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5. Perbanyakkan membaca Al-Quran dan mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, t-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana t-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai tudung Turki atau tudung Mesir.

8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Turki atau Mesir atau Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin. (Kalau tudung jahit terus sarung saje, lagi mudah kan. )

9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. Insya-Allah.

10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan tudung Turki atau Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

Selamat Mencuba.

27 sweet comments:

Miss N™ said...

SubhanaALLAH solehah..!
info2 yang bagus ni..memang berguna untuk semua....

fieda said...

perkongsian yg sgt baik solehah..

fieda said...

perkongsian yg sgt baik solehah..

Solehah Shamsuddin said...

@Cik Nur ye cik nur.

Solehah Shamsuddin said...

@fieda tq ye.

lelamaisara said...

bagusnye perkongsian ni..suke akak..:)

~Cik Sweety~ said...

bagus tips ne..(^_^)

Si Matatajam said...

Nice sharing dear.. Akan dipraktikkan nanti..

Solehah Shamsuddin said...

@lelamaisara hehe tq

Solehah Shamsuddin said...

@~Sweet Honesty~ terima kasih sweety.

Solehah Shamsuddin said...

@Si Matatajam insya-Allah akak.

Masha Meisters said...

alhamdulillah...nice dear :)

Miss Syahbanu said...

yer betul tuh.sy pun suka pakai tdung labuh tapi sy suka pakai tdung yg dipinkan..hehe..perkongsian yg terbaik =)

mummyrinazone beauty said...

wahh solehah bgus sharingnie..mana tahu terbuka hati nak berhijrah...bleh djdkan pnduan

aReLaN said...

nice one.hehehe...sejuk mata memandang perempuan bertudung labuh ni.

Solehah Shamsuddin said...

@Masha Meisters thanks.

Solehah Shamsuddin said...

@Miss BaNu solehah plak ske tudung labuh yg terus jahit.payahla nk pin-pin ni.

Solehah Shamsuddin said...

@wan nurul hezrina terima kasih dear :)

Solehah Shamsuddin said...

@aReLaN btl tu.stuju dgn arelan :)

Unknown said...

mmg rasa teringin sangat nk berhijrah ke pemakaian begitu...tq solehah kongsi info

Solehah Shamsuddin said...

@izan mama mia same2. :)

9n0L4 said...

patut dipraktikkan sume muslimah ni. ;)

Solehah Shamsuddin said...

@9n0L4 semestinya... :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

bagus sangat2 tips ni solehah

Solehah Shamsuddin said...

@Wanieys terima kasih.

Nurul Says said...

tq for the info..

Solehah Shamsuddin said...

@N.Aima K ur welcome