- Anugerah Kehidupan Yang Tak Ternilai
Isu mengenai kematian serta pendermaan organ
adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka
yang kehilangan orang yang tersayang. Ia juga merupakan perkara
yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk
menyelamatkan nyawa seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal
dunia, bukan sesuatu yang mudah. Ia membangkitkan beberapa kemusykilan
bagi keluarga simati. Untuk meringkatkan beban mental keluarga kita
semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk
menderma organ dan tisu semasa hayat kita. Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda
akan membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan,
selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan
beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih
selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut.
Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang
menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, berikut adalah penjelasan
kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.
- Siapakah yang layak menjadi penderma?
Sesiapapun, sama ada tua ataupun muda boleh
mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang
berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibubapa
atau penjaga terlebih dahulu.
- Apakah itu pendermaan organ?
Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh
badan seseorang untuk tujuan transplan selepas ianya meninggal dunia.
Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang
melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya
dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada
seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka
kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan
sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu
adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.
- Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan?
Pada umumnya organ-organ yang boleh
didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan
pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit
dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah
kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.
- Bilakah organ dan tisu sipenderma itu diperolehi?
Proses perolehan organ dan tisu daripada
tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematiannya
telah disahkan oleh dua orang doktor yang bertuliah. Doktor-doktor yang
terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas
dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
- Adakah perbezaan rawatan jika diketahui anda adalah seorang penderma?
Tidak! Doktor-doktor yang merawat aanda akan berusaha sedaya mungkin
dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlu untuk
menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu
akan dibincangkan dengan waris anda hanya selepas kematian telah
disahkan.
- Adakah terdapat bantahan dari sudut agama?
Tiada! Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian,
Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan pendermaan organ dan tisu sebagai
satu amalan yang mulia.
- Bagaimana organ pendermaan itu dipindahkan?
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang
bersih dan sucihama. Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital
oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu
seseorang pendermaan ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal.
Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh
hormat dan tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa.
- Bagaimana jika anda berubah fikiran menderma?
Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak
untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang
dipaksa untuk menderma organ dan tisunya selepas kematian. Sekiranya
anda menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu, anda hanya
perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma
organ anda kepada kami.
- Adakah proses pendermaan organ akan melambatkan urusan pengkebumian jenazah?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas
organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazahnya akan
dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat
mungkin. Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat
pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.
- Bagaimanakah anda berhajat untuk menjadi seorang penderma organ?
Anda perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma. Borang yang
telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan
Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet
dan dibawa bersama anda pada setiap masa.
Fatwa Mengenai Pendermaan Organ
Tarikh Keputusan : 23 Dec, 1996
Huraian Tajuk/Isu:
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Islam Sarawak
oleh subseksyen (3) seksyen 38 Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan),
Majlis telah, melalui Jawatankuasa Fatwa yang telah sebulat suara
meluluskan satu fatwa dan berikutan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa
itu, yang bertindak bagi pihak dan atas nama Majlis, telah mengeluarkan
fatwa itu mengikut subseksyen (2) seksyen 37 Ordinan itu, membuat
Pemberitahuan yang berikut:
2. Fatwa yang berikut mengenai pendermaan organ hendaklah terpakai bagi, dan terikat kepada, semua orang Islam di Sarawak:
Keputusan:
"BAHAWA pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah
pinggang adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
(a) Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organ ginjal atau buah pinggangnya;
(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan membahayakan kesihatan si penderma; dan
(c) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli
(2) DERMA DARI YANG MATI
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
(a) Sebelum meninggal dunia penderma telah menyatakan kerelaannya untuk mendermakan organ ginjal atau buah pinggangnya itu kepada orang lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau ahli warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan;
(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa organ ginjal atau buah pinggang yang didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh pesakit buah pinggang yang memerlukannya;
(c) Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ ginjal atau buah pinggang itu semata-mata untuk berubat; dan
(d) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli
*Anda dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu kepada keluarga anda.
*Ini akan memudahkan serta melincinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.
*Ini akan memudahkan serta melincinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.
____________________________________
Sudah baca kesemua artikel di atas? Mesti anda semua tertanya-tanya kenapa saya buat artikel mengenai ini. Ini kerana saya terlihat satu rancangan mengenai pendermaan organ di kaca televisyen semalam. Rancangan tersebut membuatkan saya sedar betapa pentingnya kita menderma organ dan tisu kepada orang lain.
Saya sudah mendaftar, anda pula bagaimana? Jika anda ingin mengikut jejak langkah untuk menjadi salah seorang pengikrar penderma organ dan tisu, anda boleh isi borang sebagai pengikrar DI SINI. Untuk pendaftaran melalui online, boleh daftar DI SINI.
Jangan takut jika anda akan kehilangan organ dan tisu selepas kematian anda, beringatlah nyawa orang lain yang memerlukan organ dan tisu untuk hidup lagi penting dari segalanya. Sanggupkah anda melihat nyawa seseorang hilang ketika mana dia perlukan organ dan tisu kita untuk menyambung kehidupannya? Daftarlah dan berikrar untuk menjadi salah seorang penderma organ dan tisu selepas kematian. Sesungguhnya amalan yang anda lakukan ini sangat mulia di sisi agama.
Jangan takut jika anda akan kehilangan organ dan tisu selepas kematian anda, beringatlah nyawa orang lain yang memerlukan organ dan tisu untuk hidup lagi penting dari segalanya. Sanggupkah anda melihat nyawa seseorang hilang ketika mana dia perlukan organ dan tisu kita untuk menyambung kehidupannya? Daftarlah dan berikrar untuk menjadi salah seorang penderma organ dan tisu selepas kematian. Sesungguhnya amalan yang anda lakukan ini sangat mulia di sisi agama.
14 sweet comments:
pnh thu tntg ni..tq share dear.;-)
wah..alhamdulillah akak:)
mungkin kina boleh bincang ngan family dulu..
kina takut..
nice entry :)
Baru-baru nie pun ada terfikir pasal derma organ ini, tapi masih tiada keyakinan untuk mendaftar. Kagum dengan semangat anda untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
kagum dgn solehah
dya baru tahu pasal ni.thanks ye solehah..
derma darah pun sis x lepas syg.. ni kan pulak organ..hihi....tahniah ya solehah...bgs niat suci murni solehah tu... :)
Tahniah solehah..
insyaALLAH..moga ALLAH bukakan pintu hati nur pula..
takut sebenarnya..
moga2 memberi kesedaran. cikna pun takut. hihi..
takutlak dengar..semoga niat solehah diredhai Allah
nk link untuk dftr sbg penerima organ ade x????
kalau nk dftr sbg penerima organ blh x? ade link x?
@Adlina Zin Sebenarnya saya ada sertakan link pendaftaran tu dalam entri di atas. Tapi xpelah, saya share lagi sekali di sini.
Jika awak nak daftar secara borang pos, sila layari http://www.agiftoflife.gov.my/eng/organdonor.html . Di dalam link ni ada cara-cara untuk mendaftar dan alamat penghantaran borang.
Jika awak nak daftar secara online, sila layari http://www.agiftoflife.gov.my/eng/register.php . Sila isi borang online yang disediakan secara lengkap dan tepat.
Jangan takut untuk mendaftar. Selamat mendaftar :)
wah nad tau pasal ni bila nengok citer hacks.. namun lebih jelas bila baca blog ni.. :D
Post a Comment