Lazada Malaysia

Sunday, October 14, 2012

Home » , , , , » Kempen Kesedaran Pendermaan Organ

Kempen Kesedaran Pendermaan Organ


  • Anugerah Kehidupan Yang Tak Ternilai
Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Ia juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. Ia membangkitkan beberapa kemusykilan bagi keluarga simati. Untuk meringkatkan beban mental keluarga kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma organ dan tisu semasa hayat kita. Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan, selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut. Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.

  • Siapakah yang layak menjadi penderma?
Sesiapapun, sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibubapa atau penjaga terlebih dahulu.

  • Apakah itu pendermaan organ?
Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan transplan selepas ianya meninggal dunia. Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.

  • Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan?
Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.

  • Bilakah organ dan tisu sipenderma itu diperolehi?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematiannya telah disahkan oleh dua orang doktor yang bertuliah. Doktor-doktor yang terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.

  • Adakah perbezaan rawatan jika diketahui anda adalah seorang penderma?
Tidak! Doktor-doktor yang merawat aanda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlu untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selepas kematian telah disahkan.

  • Adakah terdapat bantahan dari sudut agama?
Tiada! Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.

  • Bagaimana organ pendermaan itu dipindahkan?
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan sucihama. Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu seseorang pendermaan ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat dan tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa.

  • Bagaimana jika anda berubah fikiran menderma?
Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ dan tisunya selepas kematian. Sekiranya anda menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu, anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami.

  • Adakah proses pendermaan organ akan melambatkan urusan pengkebumian jenazah?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazahnya akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat mungkin. Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.

  • Bagaimanakah anda berhajat untuk menjadi seorang penderma organ? 
Anda perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa. 
 
  • Fatwa Mengenai Pendermaan Organ

Tarikh Keputusan : 23 Dec, 1996
Huraian Tajuk/Isu: 
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Islam Sarawak oleh subseksyen (3) seksyen 38 Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan), Majlis telah, melalui Jawatankuasa Fatwa yang telah sebulat suara meluluskan satu fatwa dan berikutan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa itu, yang bertindak bagi pihak dan atas nama Majlis, telah mengeluarkan fatwa itu mengikut subseksyen (2) seksyen 37 Ordinan itu, membuat Pemberitahuan yang berikut:

1. Pemberitahuan ini bolehlah dinamakan Pemberitahuan Majlis Islam (Fatwa Mengenai Pendermaan Organ), 1996, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Januari 1997.
2. Fatwa yang berikut mengenai pendermaan organ hendaklah terpakai bagi, dan terikat kepada, semua orang Islam di Sarawak:

Keputusan: 

"BAHAWA pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah pinggang adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

(1) DERMA DARI YANG HIDUP

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
(a) Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organ ginjal atau buah pinggangnya;
(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan membahayakan kesihatan si penderma; dan
(c) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli

(2) DERMA DARI YANG MATI

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
(a) Sebelum meninggal dunia penderma telah menyatakan kerelaannya untuk mendermakan organ ginjal atau buah pinggangnya itu kepada orang lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau ahli warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan;
(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa organ ginjal atau buah pinggang yang didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh pesakit buah pinggang yang memerlukannya;
(c) Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ ginjal atau buah pinggang itu semata-mata untuk berubat; dan
(d) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli

Status Penwartaan : Diwartakan
Tarikh Diwartakan : 31 Dec, 1996
Nombor Rujukan : PKM/SUK/SUL/56/1;SAG/C/A/7
Akta/Enakmen : Swk. LN. 100

*Anda dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu kepada keluarga anda.

*Ini akan memudahkan serta melincinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak. 
____________________________________

Sudah baca kesemua artikel di atas? Mesti anda semua tertanya-tanya kenapa saya buat artikel mengenai ini. Ini kerana saya terlihat satu rancangan mengenai pendermaan organ di kaca televisyen semalam. Rancangan tersebut membuatkan saya sedar betapa pentingnya kita menderma organ dan tisu kepada orang lain.


*Maaf butiran peribadi yang lain tidak dapat ditunjukkan.



Saya sudah mendaftar, anda pula bagaimana? Jika anda ingin mengikut jejak langkah untuk menjadi salah seorang pengikrar penderma organ dan tisu, anda boleh isi borang sebagai pengikrar DI SINI. Untuk pendaftaran melalui online, boleh daftar DI SINI.

Jangan takut jika anda akan kehilangan organ dan tisu selepas kematian anda, beringatlah nyawa orang lain yang memerlukan organ dan tisu untuk hidup lagi penting dari segalanya. Sanggupkah anda melihat nyawa seseorang hilang ketika mana dia perlukan organ dan tisu kita untuk menyambung kehidupannya? Daftarlah dan berikrar untuk menjadi salah seorang penderma organ dan tisu selepas kematian. Sesungguhnya amalan yang anda lakukan ini sangat mulia di sisi agama.

14 sweet comments:

are_lin@yu said...

pnh thu tntg ni..tq share dear.;-)

kinara kinatara said...

wah..alhamdulillah akak:)
mungkin kina boleh bincang ngan family dulu..
kina takut..

Cik Pinat said...

nice entry :)

Unknown said...

Baru-baru nie pun ada terfikir pasal derma organ ini, tapi masih tiada keyakinan untuk mendaftar. Kagum dengan semangat anda untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

Mrs Velentine said...

kagum dgn solehah

dya nasir said...

dya baru tahu pasal ni.thanks ye solehah..

Unknown said...

derma darah pun sis x lepas syg.. ni kan pulak organ..hihi....tahniah ya solehah...bgs niat suci murni solehah tu... :)

Miss N™ said...

Tahniah solehah..
insyaALLAH..moga ALLAH bukakan pintu hati nur pula..

takut sebenarnya..

Chic Na said...

moga2 memberi kesedaran. cikna pun takut. hihi..

mummyrinazone beauty said...

takutlak dengar..semoga niat solehah diredhai Allah

Unknown said...

nk link untuk dftr sbg penerima organ ade x????

Unknown said...

kalau nk dftr sbg penerima organ blh x? ade link x?

Solehah Shamsuddin said...

@Adlina Zin Sebenarnya saya ada sertakan link pendaftaran tu dalam entri di atas. Tapi xpelah, saya share lagi sekali di sini.

Jika awak nak daftar secara borang pos, sila layari http://www.agiftoflife.gov.my/eng/organdonor.html . Di dalam link ni ada cara-cara untuk mendaftar dan alamat penghantaran borang.

Jika awak nak daftar secara online, sila layari http://www.agiftoflife.gov.my/eng/register.php . Sila isi borang online yang disediakan secara lengkap dan tepat.

Jangan takut untuk mendaftar. Selamat mendaftar :)

NADIA said...

wah nad tau pasal ni bila nengok citer hacks.. namun lebih jelas bila baca blog ni.. :D