Lazada Malaysia

Wednesday, October 24, 2012

Home » » Tips : Jimatkan Bajet Perkahwinan

Tips : Jimatkan Bajet Perkahwinan

Rasanya sudah lama saya tak bagi tips kan. Okay hari ni saya nak kongsi sesuatu yang menarik kepada sesiapa yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun yang sedang pening dengan bajet perkahwinan yang terlebih bajet tu.



Saya nak tanya, macamna korang akan uruskan bajet perkahwinan yang tak mencukupi tu ataupun dengan kata lain "No budget"? Apa kata korang ikut pendapat saya ni. Mana tau, akan terasa ringan sikit beban yang tidak tertanggung tu. Bakal pengantin tak boleh stress-stress tau. Rileks-rileks ok. Jom intai bawah ni... :)

1. Buat majlis yang ala kadar
– Simple, tapi meriah. Tak payah buat apa-apa yang tak begitu penting macam makan beradap, hiasan bilik pengantin, kompang, silat dan lain-lain lagi. Semua ni hanya akan menambahkan lagi bajet perkahwinan korang je.

2. Mintak tolong saudara-mara dan orang kampung

– Kalau buat kat kampung, lakukan secara gotong-royong. Boleh jimat kos. Kalau nak lagi mudah, pakai saje khidmat katering.

3. Jangan jemput semua orang yang korang kenal

– Jangan pulak dijemput semua orang yang korang kenal dari zaman kanak-kanak sampai ke besar. Nanti satu stadium pun tak muat. Seelok-eloknya hanya jemput saudara-mara terdekat, kawan-kawan rapat dan jiran tetangga.

4. Tak payah membazir untuk bersalin terlalu banyak baju

– Baju akad nikah dan baju sanding pun dah kira cukup.

5. Elakkan buat masa cuti skolah ( Kalau boleh )

– Kalau ikut kebiasaan, memang ramai orang akan buat kenduri kahwin ketika cuti sekolah. Sebabnya, masa ni lah ramai orang yang cuti and balik kampung. Jadi lagi meriah majlis kahwin korang nanti dengan kehadiran ramai orang. Tapi kalau boleh cuba elakkan sebab ketika cuti sekolah, semua barang-barang untuk persiapan perkahwinan naik harga.

6. Barang hantaran tak perlu banyak-banyak

– Cukuplah sekadar 5 berbalas 7. Beli barang-barang yang perlu saje. Kalau tak ada bajet sangat, jangan beli barang yang terlalu mahal.

7. Beli-belah ketika promosi

– Kita bertuah sangat sebab duduk di Malaysia yang mana Mega Sale dibuat 3 kali setahun. Amboi, terbeliak mata ye. Masa ni banyak promosi keluar. Jadi masa ni la sesuai untuk korang pergi shopping untuk beli barang-barang kahwin. Yang penting, korang kenalah pandai pilih dan jangan mudah tertipu dengan promosi ok.

8. Pilih pakej perkahwinan

– Jangan pulak korang sewa baju kahwin di kedai A, pelamin di kedai B, make-up dari C dan lain-lain lagi. Lebih baik korang sewa perkhidmatan dalam satu pakej. Tak perlu susah-susah. Pilihla pakej kahwin yang sesuai dan berpatutan.

9. Jangan berhabis duit untuk beli barang kemas
– Perempuan, perempuan. Memang tak boleh dipisahkan dengan barang kemas. Korang kena la pandai tahan diri. Sebelum kahwin ni, pilihla barang kemas ikut bajet yang ada. Bila lepas kahwin, baru la korang boleh suruh suami korang belikan barang kemas yang lain. Eh, bab ni saya tak suruh tau :p

10. Duit hantaran kenalah berpada-pada
– Pesanan buat pihak perempuan. Jangan letak nilai yang melampau tinggi. Korang bukannya nak jual anak. Sebaliknya mengamanahkan anak korang untuk dijaga oleh orang lain pulak. Kesian pihak lelaki. Kena mengeluarkan banyak duit untuk kita. Sebaliknya, tengok pada kemampuan mereka dulu.

11. Cuba buat sendiri apa yang korang boleh buat
– Kalau korang ada masa dan sedikit kemahiran, korang boleh buat sendiri benda-benda senang seperti gubah barang-barang hantaran, hias bilik pengantin, hias meja makan beradap dan sebagainya.

12. Buat majlis sanding selepas akad nikah, pada hari yang sama
– Jimat masa, wang dan tenaga.

13. Kalu tak cukup bajet, tak payah nak berhabis duit untuk buat hiburan ketika majlis persandingan
– Misalnya macam kompang atau silat atau karaoke dan lain-lain lagi. Semua hanya untuk hiburan semata-mata dan bukan agenda penting.

14. Majlis kenduri kahwin
– Kalau bajet sikit, buat majlis kahwin yang ala kadar. Tak payah nak buat grand sangat seperti buat kat hotel ke, taman ke, dalam laut ke dan macam-macam lagi yang pelik-peliklah. Kalau kedua pasangan pengantin tinggal di tempat sama, apa kata korang gabung saje untuk buat majlis. Lagi jimat, kan? Kalau duduk jauh pulak, cukuplah sebelah perempuan buat meriah sikit, sementara belah lelaki buat simple saje.

15. Pinjam baju nikah/sanding
– Kalau ada adik beradik lain yang dah kawin, pinjam baju diorang.

16. Elakkan dari tempah baju kahwin yang baru
– Maksudnya, upah jahit baju baru. Sebaliknya sewa saje yang dah siap jahit. Kalau nak buat baju baru, kena fikir kos beli kain dan kos upah tukang jahit lagi. Baju kahwin hanya pakai beberapa jam dan sekali saje seumur hidup.

17. Postpone honeymoon jika tidak cukup bajet.

18. Design sendiri kad jemputan

– Kalau korang tak pandai nak design pun, cari la kawan-kawan yang tau. Design kad yang simple pun ok.

19. Buat senarai semak atau checklist

– Checklist memang penting dan kena buat awal-awal lagi. Darinya korang boleh tau berapa banyak yang bakal dibelanjakan. Dan ia juga memudahkan korang untuk ‘keep track’ untuk benda-benda yang telah atau belum dibuat atau dibeli.

20. Pilih pakej fotografi yang sesuai

– Tak payahla buat dalam studio atau secara video ke. Kosnya boleh mencecah ribuan ringgit. Cukupla sekadar 2 roll gambar yang disertakan sekali dengan 1 atau 2 buah album kahwin yang terisi dengan gambar-gambar yang cantik.

* Sekadar pendapat. Terpulang pada individu untuk menguruskan perkahwinannya sendiri. Selamat pengantin baru bagi sesiapa yang bakal mendirikan rumahtangga... :)

21 sweet comments:

Si Matatajam said...

Nice sharing solehah..bleh apply masa wedding adik kak M ni..

Chic Na said...

setuju sgt la mcm ni solehah. rasanya duit lebih penting utk digunakan after majlis kawen tu kan.

Deqla manjew said...

yeahh.. bajet2... x yah la nk grand2 bagai ni..buang duit..pikir bila dah kawen byk lg nk pakai duit..huhu

are_lin@yu said...

hehehe yg ptut2 sdh la kn ;-)

Seroja Tiara said...

betoi2.. kak as nk apply kat adik yg akan kawin bln 2 nie...No. 12 tu elok sbb satu negeri je depa nie:)

Mrs Velentine said...

entry yang bagus utk bakal2 pengantin

lelamaisara said...

bagus untuk solehah ni..heheheh akak dah lepas dah...:)

Deq's Qienz said...

Mbazir kan amalan syaitan..hikhik

Cik Nur said...

Bgus tips ni,
Nur mmg cadang nak buat simple2 je.. :)

kalau dulu mmg rancang nak buat besar sikit la.. tapi bila dah makin matang ni, fikir balik.. lebih baik buat ala kadar..

sebab duit lepas kawin lagi penting tau. :)

mizsfatima said...

Hit u back. hello... bagi cik putih kan, nak kawin tue walaupun skali seumur hidup jangan lar nak membazir sangat. walaupun nak buat grand cukuplah dngn grand secara ala kadar. sebab semua tue macam pelamin, baju pngntin, make up hanya untuk sementara. sewa ribu riban kene pulangkan juga. Hantaran tue cukup utk benda2 wajib cam kek, tepek sireh, buah2 etc. haa.. pasal gambar tue cik putih rasa xper nak melabur mahal sikit dr pelamin atau baju pengantin. kerana gmbr nie bleh dibuat kenangan sampai anak cucu cicit. gambar bila dah dishoot akan jadi milik kit tapi pelamin dah disewa kene runtuh blik. its just a simple opinion frm me.. ok...

CikNana said...

iye..saya bakal pengantin..hehe

Che Rosliza Che mat said...

Buat yg termampu sajer...janji akad nikah penting kikiki

shiyda said...

nice info ! buat ala kadar je lg bagus :)

kinara kinatara said...

wah boleh guna nyh nanti nak kawen..huhu..:)


kina ingat nanti xnak bersanding..huhu..ikut budaya arab...macam best je..huhu:)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

betul tu xpyh nk grand2 bagai...lepas kawen nk pakai byk duit oooo

gadafi pie said...

Sy pun mcm tu jgk.simple lg bgs,akan mendiri kn rumah tangga bln 10 ini.

gadafi pie said...

Sy pun mcm tu jgk.simple lg bgs,akan mendiri kn rumah tangga bln 10 ini.

MARIA AWI said...

terima kasih atas tips :)

Cara Untuk Besarkan Dan Tegangkan Payudara (Buah Dada)

Omak Kau Abah Den said...

Best....boleh tolong skit tak? Kalau bajet 2000 orang,agak2 berapa bajet utk makan kenduri, Kalau masak sendiri tapi upah orang masakkan?

Omak Kau Abah Den said...

Best....boleh tolong skit tak? Kalau bajet 2000 orang,agak2 berapa bajet utk makan kenduri, Kalau masak sendiri tapi upah orang masakkan?

Solehah Shamsuddin said...

@Omak Kau Abah Den kenapa tak ambik pakej kenduri je? rasanya lebih jimat kot. bajet makan ni kena tgk harga. cuma banding dgn semua pakej yang ditawarkan, baru pilih yg mana nak ye