Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena kelahiran Rasulullah S.A.W pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul.
Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat :
Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah S.A.W lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham.
Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan. Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah S.A.W lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia.
Mengapa ada pendapat kedua?
Mereka menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah. Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.
Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah S.A.W bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.
Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah S.A.W. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah. Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah S.A.W. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
Isu mengenai kematian serta pendermaan organ
adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka
yang kehilangan orang yang tersayang. Ia juga merupakan perkara
yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk
menyelamatkan nyawa seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal
dunia, bukan sesuatu yang mudah. Ia membangkitkan beberapa kemusykilan
bagi keluarga simati. Untuk meringkatkan beban mental keluarga kita
semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk
menderma organ dan tisu semasa hayat kita. Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda
akan membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan,
selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan
beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih
selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut.
Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang
menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, berikut adalah penjelasan
kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.
Siapakah yang layak menjadi penderma?
Sesiapapun, sama ada tua ataupun muda boleh
mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang
berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibubapa
atau penjaga terlebih dahulu.
Apakah itu pendermaan organ?
Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh
badan seseorang untuk tujuan transplan selepas ianya meninggal dunia.
Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang
melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya
dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada
seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka
kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan
sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu
adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.
Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan?
Pada umumnya organ-organ yang boleh
didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan
pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit
dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah
kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.
Bilakah organ dan tisu sipenderma itu diperolehi?
Proses perolehan organ dan tisu daripada
tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematiannya
telah disahkan oleh dua orang doktor yang bertuliah. Doktor-doktor yang
terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas
dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
Adakah perbezaan rawatan jika diketahui anda adalah seorang penderma?
Tidak! Doktor-doktor yang merawat aanda akan berusaha sedaya mungkin
dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlu untuk
menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu
akan dibincangkan dengan waris anda hanya selepas kematian telah
disahkan.
Adakah terdapat bantahan dari sudut agama?
Tiada! Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian,
Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan pendermaan organ dan tisu sebagai
satu amalan yang mulia.
Bagaimana organ pendermaan itu dipindahkan?
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang
bersih dan sucihama. Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital
oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu
seseorang pendermaan ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal.
Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh
hormat dan tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa.
Bagaimana jika anda berubah fikiran menderma?
Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak
untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang
dipaksa untuk menderma organ dan tisunya selepas kematian. Sekiranya
anda menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu, anda hanya
perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma
organ anda kepada kami.
Adakah proses pendermaan organ akan melambatkan urusan pengkebumian jenazah?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas
organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazahnya akan
dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat
mungkin. Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat
pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.
Bagaimanakah anda berhajat untuk menjadi seorang penderma organ?
Anda perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma. Borang yang
telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan
Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet
dan dibawa bersama anda pada setiap masa.
Fatwa Mengenai Pendermaan Organ
Tarikh Keputusan : 23 Dec, 1996
Huraian Tajuk/Isu:
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Islam Sarawak
oleh subseksyen (3) seksyen 38 Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan),
Majlis telah, melalui Jawatankuasa Fatwa yang telah sebulat suara
meluluskan satu fatwa dan berikutan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa
itu, yang bertindak bagi pihak dan atas nama Majlis, telah mengeluarkan
fatwa itu mengikut subseksyen (2) seksyen 37 Ordinan itu, membuat
Pemberitahuan yang berikut:
1. Pemberitahuan ini bolehlah dinamakan Pemberitahuan Majlis Islam (Fatwa Mengenai Pendermaan Organ), 1996, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Januari 1997. 2. Fatwa yang berikut mengenai pendermaan organ hendaklah terpakai bagi, dan terikat kepada, semua orang Islam di Sarawak:
Keputusan:
"BAHAWA pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah
pinggang adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
(1) DERMA DARI YANG HIDUP Syarat-syaratnya adalah seperti berikut: (a) Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organ ginjal atau buah pinggangnya; (b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan membahayakan kesihatan si penderma; dan (c) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli (2) DERMA DARI YANG MATI Syarat-syaratnya adalah seperti berikut: (a) Sebelum meninggal dunia penderma telah menyatakan kerelaannya
untuk mendermakan organ ginjal atau buah pinggangnya itu kepada orang
lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau ahli
warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan; (b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa organ ginjal atau buah
pinggang yang didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh pesakit buah
pinggang yang memerlukannya; (c) Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ ginjal atau buah pinggang itu semata-mata untuk berubat; dan (d) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli
*Anda dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu kepada keluarga anda.
*Ini akan memudahkan serta melincinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda
kelak.
____________________________________
Sudah baca kesemua artikel di atas? Mesti anda semua tertanya-tanya kenapa saya buat artikel mengenai ini. Ini kerana saya terlihat satu rancangan mengenai pendermaan organ di kaca televisyen semalam. Rancangan tersebut membuatkan saya sedar betapa pentingnya kita menderma organ dan tisu kepada orang lain.
*Maaf butiran peribadi yang lain tidak dapat ditunjukkan.
Saya sudah mendaftar, anda pula bagaimana? Jika anda ingin mengikut jejak langkah untuk menjadi salah seorang pengikrar penderma organ dan tisu, anda boleh isi borang sebagai pengikrarDI SINI. Untuk pendaftaran melalui online, boleh daftar DI SINI. Jangan takut jika anda akan kehilangan organ dan tisu selepas kematian anda, beringatlah nyawa orang lain yang memerlukan organ dan tisu untuk hidup lagi penting dari segalanya. Sanggupkah anda melihat nyawa seseorang hilang ketika mana dia perlukan organ dan tisu kita untuk menyambung kehidupannya? Daftarlah dan berikrar untuk menjadi salah seorang penderma organ dan tisu selepas kematian. Sesungguhnya amalan yang anda lakukan ini sangat mulia di sisi agama.
Rasanya semua orang sudah tahu kehadiran pasangan diraja Britain ini iaitu Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia. Memang cukup meriah sambutan yang diadakan. Malahan pasangan diraja ini juga teruja dengan para hadirin yang turut serta dalam majlis ini.
Sekitar Ketibaan Putera William dan Kate Middleton di KLIA
(13 September 2012)
Pasangan ini mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar tengah hari dan terus menuju ke agenda pertama sempena lawatan kerja tiga hari. Lawatan Kate Middleton ke Malaysia agak unik apabila beliau buat pertama kali akan memberikan ucapan di khalayak ramai di luar negara dan ini sesuatu yang di nantikan ramai.
Sekitar Lawatan Putera William dan Kate Middleton di Taman KLCC
(14 September 2012)
Putera William dan Kate Middleton membuat kemunculan serta sempat turun padang melawat serta beramah mesra bersama hadirin sekitar jam 10.00 pagi. Kehadiran pasangan ini dimulakan dengan lawatan ringkas ke masjid As-Syakirin sebelum bergerak ke Taman Rekreasi KLCC untuk bertemu orang ramai yang sedia menunggu. Pasangan diraja ini juga turut disajikan dengan persembahan kebudayaan yang telah dirancang rapi. Kami juga turut berasa teruja melihat sambutan yang begitu hangat oleh rakyat Malaysia ketika kemunculan pasangan diraja ini.
Sekitar Lawatan Putera William dan Kate Middleton di Masjid Assyakirin, KLCC
(14 September 2012)
Inilah pertama kali dalam hidup Kate Middleton melawat ke sebuah masjid. Berita ini dilaporkan oleh Daily Mail UK. Pasangan Diraja ini dilihat membuka kasut sebelum memasuki Masjid Assyakirin berhampiran KLCC dalam sesi lawatan mereka. Apa yang turut menarik perhatian apabila Kate kelihatan berpakaian hampir sama seperti mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana sewaktu melawat Pakistan dulu.
Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah hari ini dalam siri lawatan rasmi empat hari Duke dan Duchess of Cambridge itu ke Malaysia bermula kelmarin. Putera William dan Kate Middleton berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang semalam. Di Kota Kinabalu, pasangan diraja itu akan diraikan pada majlis sambutan yang dianjurkan kerajaan negeri Sabah malam ini dan dijadual mengadakan lawatan ke Lembah Danum, hutan hujan tropika utama di Sabah esok.
Rata-rata sekarang ni kedengaran bunyi mercun dan bunga api di sekitar rumah kita, bukan kerana ingin menyambut hari raya tetapi kerana hari ini kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 untuk negara kita yang tercinta, Malaysia.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
SAYA ANAK MALAYSIA!
"55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.
Semoga rakyat Malaysia hidup dengan aman dan sejahtera selamanya. Hargailah perjuangan kemerdekaan yang telah dianugerahkan oleh nenek moyang kepada kita.
Perlawanan Akhir Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik 2012 London.
Set 1 : 15 - 21
Set 2 : 21 - 10
Set 3 : 21 - 19
Saat Dato' Lee Chong Wei bertungkus-lumus berlawan dengan lawannya, Lin Dan.
Sungguh bersemangat Dato' Lee Chong Wei ingin menang. Sehinggakan setiap kali Lin Dan gagal balas pukulan, Dato' Lee Chong Wei pasti akan buat begini.
Apakan daya, Dato' Lee Chong Wei gagal untuk memenangi pingat emas untuk negara. Sehinggakan selepas tamat perlawanan, Dato' Lee Chong Wei terus tertunduk begini, wajahnya sedih kerana tidak berjaya menumpaskan lawannya, Lin Dan. Kasihan Dato' Lee Chong Wei. Mesti kesedihannya lebih berat daripada apa yang kita rasa.
Ketika menuju ke pentas untuk mengambil hadiah.
Sekadar beroleh pingat perak. Tidak mengapa Dato' Lee Chong Wei, anda tetap jaguh di hati kami.
Gambar ni betul-betul meruntun hati. Jangan menangis Dato' Lee Chong Wei. Kami semua tau ini Perlawanan Olimpik terakhirmu sebelum bersara, tapi apakan daya kejayaan berpihak pada Lin Dan kali ni. Walaupun anda kalah, anda tetap hero kami. Kepada peserta Malaysia lain, teruskan usaha anda semua untuk kejayaan Malaysia. Malaysia Boleh!
Melambai tangan ke arah seluruh rakyat Malaysia. Ternyata wajahnya kelihatan sayu kerana tidak berjaya mencapai kemenangan untuk Malaysia.
Dato' Lee Chong Wei, hero Malaysia.
Pingat Emas : Lin Dan (China)
Pingat Perak : Lee Chong Wei (Malaysia)
Pingat Gangsa : Chen Long (China)
Salute! Its ok Dato' Lee Chong Wei. Walaupun anda tidak menang, tapi anda tetap hero di mata kami. Sekurang-kurangnya anda adalah penyumbang pingat pertama di Sukan Olimpik 2012 untuk Malaysia. Tahniah Dato' Lee Chong Wei! You are the best! :)