Lazada Malaysia

Saturday, December 29, 2012

Home » » Tips : Mendapatkan Anak Lelaki Atau Anak Perempuan

Tips : Mendapatkan Anak Lelaki Atau Anak Perempuan

Assalamualaikum.

Kali ini saya ingin share mengenai tips-tips ataupun petua untuk mendapatkan anak lelaki mahupun anak perempuan. Kemungkinan petua ini tidak semestinya tepat kerana kita cuma mampu merancang, Allah yang tentukan. Diharapkan petua ni cuma dibaca kepada yang baligh saje. Harap maklum.

Petua Merancang Untuk Mendapatkan Anak Lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan, jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

5. Banyakkan makan sayur untuk kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan.

6. “Deep Penetration”, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ini laju tetapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki.

Petua Merancang Untuk Mendapatkan  Anak Perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

4. Banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua-dua pasangan.

5. "Subsurface penetration", maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati. Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum.

10 sweet comments:

Unknown said...

nice sharing huhu

RIZZNA said...

Cim cuba utk dpt gigirl nnti ♡♥♡♥♡♥♡♥

kinara kinatara said...

wow gitu tips kak soleha..huhu..malu pulak kina membacanya..:)

Deq's Qienz said...

nice sharing solehah..pestime akk bac petua nih..hahaa..pndynya adk akk nih..kihkih

Unknown said...

owhh boleh eh mcm ni.. tp kalo sis x ksh la anak jantina apa pun..sbb yg sulong kan.. hurm..bila agaknya?? huhu

are_lin@yu said...

nice...hehe..

Mrs Velentine said...

nice tips..

Cik Ai said...

bagus tuk masa hadapan nih..nti dah kawin bleh refer sini lah ek.hahaha

dya nasir said...

nice tips..nnti dya dh kawen blh guna tips ni..hehehe

mummyrinazone beauty said...

Akk masa preggy memgla suka mkn msm2.sb tuh bby gurl..hehe