Lazada Malaysia

Tuesday, January 1, 2013

Home » , » Happy 1st Anniversary Blog Solehah Shamsuddin

Happy 1st Anniversary Blog Solehah Shamsuddin


Dengan ucapan syukur Alhamdulillah, genap setahun saya berblogging. I can’t believe it, but its already been a year since I began this blog! Pejam-pejam celik, tapi jangan sampai tak celik, rupanya sekarang sudah memasuki 1 Januari 2013. Dan secara rasminya, hari ini ialah :

HARI ULANGTAHUN YANG PERTAMA
@
1ST ANNIVERSARY

BLOG SOLEHAH SHAMSUDDIN

Tahniah Blog Solehah. Akhirnya saya berjaya menstabilkan kedudukan blog ini sehingga ke tahap ini. Dan sudah tentunya saya bertambah gembira kerana berjaya mengharungi kenangan pahit dan manis ketika berblogging di tahun 2012. Antara kenangan pahit dan manis yang ingin saya kongsikan bersama korang semua, ialah ;
  • Banyak kekangan dari famili dan kawan-kawan ketika saya masuk ke dunia blogging. Walaupun sehingga sekarang masalah ini masih ada, tetapi saya bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk terus bertapak teguh di dalam dunia blogging. Sebenarnya saya tak sampai hati nak tinggalkan dunia blogging, apatahlagi blogging sudah menjadi hobi positif saya. Dengan cara blogging, saya mampu untuk memperbaiki penulisan saya sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
  • Nuffnang : Cash-out kali pertama ketika bulan November 2012.
  • Award : Rasanya terlalu banyak. Jika korang nak tau, rajin-rajinkanlah diri untuk menggodek entry yang ada di dalam blog saya ini.
  • Saya pernah dikritik oleh blogger lain, pedas juga komennya. Maaflah kalau ada yang nak tau apa isi komennya, komen tu sudah dipadam. Biasalah tu pada awalnya, saya masih baru di dalam dunia blogging.

Berikut antara mutiara kata yang selalu saya pegang ketika saya berada di dunia blogging :
  • Life is like a camera. Focus only on what is important and you will capture it perfectly.
  • You may be disappointed if you fail, but you are doomed if you not try.
  • Strength does not come from physical capacity, but it comes from the spirit that never relented.

Kepada blogger yang masih baru di dalam dunia blogging, ingatlah nasihat yang akan saya berikan ini buat korang semua, termasuklah untuk diri saya sendiri :
  • Blogging bukan untuk meraih popular, tetapi ia sebagai medan untuk kita berkongsi sesuatu yang kita tahu.
  • Jika menghadapi sesuatu musibah atau masalah besar ketika berada di dunia blogging, jangan cepat melatah! Kerana itu membuktikan yang korang lemah untuk berada di dalam dunia blogging. Korang harus cukup tabah kerana blogger memang terdedah dengan dunia luar.
  • Akhir sekali, jangan sombong pada orang lain. Korang harus ingat, blogger mestilah bersifat peramah. Jangan sesekali memburukkan nama "Blogger" dengan sesuatu yang orang lain akan pandang hina kepada kita. Yang paling penting, jangan ada sikap syiok sendiri dan berlagak hebat mengatasi blogger yang lain yang sudah mencipta nama lebih awal dari kita.

Sebelum saya mengakhiri penulisan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada :
  • Semua ahli GSF yang selama ini banyak menyokong saya dari belakang untuk terus mara ke hadapan. Tanpa korang semua, blog saya akan sunyi-sepi. Terima kasih kerana sudi melawat dan memberikan komen kepada setiap entry yang ada di dalam blog ini.
  • Semua follower dan pelawat blog ini. Tanpa korang semua, tidak mudah untuk saya teruskan dunia blogging ini.
  • Blogger-blogger yang popular seperti Ben Ashaari, Lyssa Faizureen, Lulu Caldina, Fiz Graphic, Mak Dara, Feroz Othman, Eqbal Zack dan Hazanis. Dengan kehadiran korang semua ke sini, memberikan keyakinan pada saya untuk terus maju di dalam dunia blogging.
  • Terima kasih juga diucapkan kepada kak Eca Dwinky Asha kerana selalu berkongsi tips dan nasihat kepada saya mengenai dunia blogging. Sayang akak sangat-sangat! :)

Akhir kata, 
HAPPY 1ST ANNIVERSARY BLOG SOLEHAH SHAMSUDDIN

16 sweet comments:

Abang Karu said...

bagus nasihat itu...
saya simpan baik2 ^_^

slmt tahun baru :)

Abang Karu said...

eh telupa pulak...
selamat ulangtahun blog yg pertama ^_^

Chic Na said...

eh sama. cikna pun baru setahun tp takdela sebaik blog solehah. :)

Liyana Anuar said...

happy anniversary~ :)

kinara kinatara said...

huhu..suka baca entry nie..selamat ulang tahun ya belog solehah samsuddin:)

moga Lepas nie akan banyak lagi entry2 yang di update...selamat tahun baru kak:)

are_lin@yu said...

happy blog annivesary dear..hihi

Unknown said...

selmt ulang tahun blog buat solehah.. baru setahun jagung tp xpert eh... tahniah.. :)

Nurul Says said...

Happy Anniversary...tak nak buat giveaway? ho ho

Miss N™ said...

blog solehah baru setahun ke..?
tapi nur tgk mcm dah pro..!

Hebat betullan solehah ni..

apapun teruskan blogging ya..!

Cik Ai said...

selamat ulangtahun ye Solehah..moga terus maju dlm dunia bloging..hehehehe

oh hepi new year =)

aReLaN said...

happy anniversary. dah setahun rupanya ye. teruskan berblogging. majulah blogger untuk negara

Arina Shamsul said...

happy anniversary untuk blog kamu dik :) tahniah kerana telah berjaya ke tahap ini :)

Si Matatajam said...

Slamat ulang thn blog Solehah

dya nasir said...

happy anniversary

mummyrinazone beauty said...

Hapi enibeseri..bgus btl nasihat solehah2.akak leh jdkn panduan.

kucing comel said...

blog 3 dalam 1 baru je sebulan usianya heheee