Lazada Malaysia

Wednesday, December 19, 2012

Home » » Tips : Merawat Senggugut

Tips : Merawat Senggugut


Pilihan 1:

Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.

Pilihan 2:

B
uah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 3:

Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 4:

Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Ccaranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Pilihan 5:

Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna - ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.

Pilihan 6:

Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.

Pilihan 7:

Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.

Pilihan 8: 

Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.

Pilihan 9:

Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.

Pilihan 10:

Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Pilihan 11:

Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.

Pilihan 12:

Ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.

22 sweet comments:

BaNu Syah said...

tips yg bagus

9n0L4 said...

no 2 tu menarik. hehe. boleh cube lps ni. :)

Deqla manjew said...

nice info dear.. sis deqla jarang senggugut ni..tp kalo dah senggugut ya Allah..sakit amat! huhu

Syafik Coklat said...

walaupun saya lelaki , ianya dapat memberi ilmu kepada saya . thanks

are_lin@yu said...

bnyknya cara nak buat atau tak ja kan..ayu mmg ada masalah senggugut..selang sbln psti jd..tq sharing ;-)

Nyue said...

nice info solehah..hehehehhe

dya bunga said...

dya mmg ada mslh ni..thanks.. tak sangka pucuk rambutan pun ada khasiat

Cik Nur said...

wahh.byk petua..
nanti nak cubalah..

farahazyanti said...

great info.
blh la try lps ni.
Thanks for sharing :)

lelamaisara said...

bagus ni..:)
akak kekadang je ade masalah ni..kadang tu ok je...:)

Deq's Qienz said...

dulu selalu je dq sakit..skg tak lagi lepas bsalin aritu. alhamdulillah smua dah ilang..hehee

Mrs Velentine said...

akak takde sengugut

Chic Na said...

kalau cikna pilih yg pertama kot. huhu..

izan mama mia said...

akak yg dah banyak usia pun kekadang sakit juga..senggugut nih..tq bg petua

kinara kinatara said...

kina selalu sengugut...:)
hope tip nie membantu..hehehe..:)

Cinta hazanis said...

pilihan 1 mesti pahit sgt3 kan. =.='

Cinta Misteri said...

Wah, byk khasiat ni. Pilih je mana suka. Tp CiM penah tengok sorang kwn iron perut dia utk legakan senggugut. Tp dia alas dgn kain yg sdikit tebal lah. Ngeri je..

Che Rosliza Che Mat said...

tip menarik..

N.Aima K said...

lama sudah x merasa senggugut

Dayana Bahar said...

petua yang bagus... akak copy paste ye nanti

wan nurul hezrina said...

tq solehah=)mmg amat membantu entri ni..akk dulu masa bujang mmg teruk gla sengugut taw..sampai sekarang dah berkahwin masih sengugut..

nur naa'irah said...

salam ukhuwah..nice entry..sgt berguna..tq..:)