Lazada Malaysia

Wednesday, December 12, 2012

Home » » Tips : Merawat Gastrik

Tips : Merawat Gastrik


1. Susu Kambing - Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.

2. Daun Betik - Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap hari sebelum masuk tidur.

3. Akar Patawali - Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Rebus akar patawali dan minum air rebusannya setiap pagi. Perlu diingatkan, akar patawali adalah sangat pahit.

4. Selaput Tunggul - Ambil 7 helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.

5. Daun Sembong - Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.

6. Daun Mengkudu - Ambil 5 helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, bolehlah dimakan dengan kicap.

7. Daun Bunga Lili - Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan. Kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.

8. Tempurung Kelapa - Tempurung kelapa yang tidak terlalu tua dibakar hingga jadi arang dan dimasukkan ke dalam air secukupnya. Tapiskan dan ambil airnya. Minum air tersebut setiap pagi dan petang.

14 sweet comments:

muhammad asyraf said...

tiada masalah gastrik.. tapi ada kawan yang ada.. kadang-kadang kesian tengok dia.. thanks 4 the tips.. :)

Chic Na said...

good tips solehah. ;)

Deq's Qienz said...

nice tips

Nyue said...

tips yg bagus...

♥ Lia Abdillah ♥ said...

Ty, sy ade gastrik :'(

dya bunga said...

dya ada gastrik tpi blh cuba yg num 1 je..kalau daun betik pahit tu..

Mrs Velentine said...

tq share

Si Matatajam said...

Bagus petua ni dik..akak mmg ada gastric sejak dr sekolah lg

Cik Nur said...

nice tips.. tapi kan daun betik tu..tak pahit keeeee...

Deqla manjew said...

alhamdulillah...deqla xde sakit gastrik...

sHaRiNa eLyaNa said...

dulu ada skg da hlg hehe kena makan on time la :)

Cinta Misteri said...

Syukurlah CiM tkde gastrik, senggugut pown tkde. Masa kt u dulu ada room mate yg slalu gastrik sbb tk jg waktu mkn. Tambh lg wktu yg sama kene senggugut. Kesian tau...

Cinta Misteri said...

Syukurlah CiM tkde gastrik, senggugut pown tkde. Masa kt u dulu ada room mate yg slalu gastrik sbb tk jg waktu mkn. Tambh lg wktu yg sama kene senggugut. Kesian tau...

Yana Libra said...

baru tau..tp sy takde gastrik..alhamdulillah~ :)