Sumber gambar : Google
Bahan-Bahan :
Roti
Aiskrim
Sudu
Cawan
Pinggan
Plastik kecil - untuk simpan roti
Minyak masak - untuk menggoreng
1. Sediakan bahan-bahan sebelum membuat.
2. Ambil sekeping roti, letakkannya di atas pinggan. Kemudian, ambil beberapa sudu aiskrim kemudian letakkannya di tengah-tengah roti tadi.
3. Ambil sekeping roti lagi untuk ditelengkupkan ke atas roti yang telah diletakkan aiskrim tadi. Pastikan roti tersebut terletak sama dan aiskrim berada di dalam kedua-dua roti.
4. Ambil cawan dan letakkan cawan tersebut di tengah-tengah atas kedua-dua roti tu.
5. Tekan cawan untuk proses pembentukan seperti yang ditunjukkan. Pastikan kedua-dua keping roti tu bercantum dan aiskrim berada di dalam roti. Kemudian potong roti tersebut supaya menjadi bulat atau nampak seperti bulat.
6. Macamnilah bentuk roti yang telah dibuat. Pastikan kawasan tepinya ditutup kemas, jangan biarkan aiskrim boleh terkeluar dari dalam roti.
7. Selepas siap, masukkan roti tersebut ke dalam plastik kecil. Kemudian, cepat-cepatlah masukkannya ke dalam peti sejuk. Biarkan semalaman (minima).
8. Setelah semalaman berlalu. Panaskan minyak dulu di dalam kuali. Selepas minyak sudah panas, keluarkanlah aiskrim goreng dan terus menggorengnya. Bergantung seberapa lama untuk korang menggorengnya, asalkan jangan hangus pulak nanti.
9. Siap untuk dimakan. Panas di luar tapi sejuk di dalam.
Terliur ke?hehe Jika teringin nak buat juga, jangan segan silu untuk mencubanya ye... :)
19 sweet comments:
Rasa dia cm ne ni? he he
nur dah buat.,.sedappppp..!
yeayy ayu pnh wt..mmg sdp!hihi
wahhh ... sedap. mmg nk kene buat nie. ^^ TQ
yeahh...mmg sdp.dah penah try tp memandangkan hubby sis x suka mkn eskem so baru skali try.hihi...
wah..best2..boleh wat sendiri kat umah..:)
dapnyaaaa;)
haha..dya hari itu buat smpai lupa nk goreng.haha
oh..senang aje ye..boleh try ni
akak dah cuba..ranggup dan sedap,tapi kena makan cepat2 ..hehehe.
nyummmyyy.. terliur sangat dah ni. :)
ooo... begitu rupanya cara buat aiskrim goreng,, baru ku tahu... ^_^
akak dh buat mmg sedap hiks
senang kan nak buat.. sedap lak tu :-)
senang kan nak buat.. sedap lak tu :-)
kat mamak selalukan ada.tapi mahai kemain baik buek sendiri
sedap...
nti mmg ai nk try wat..x sedap siap solehah.hahaha
bilalah sis nak buat nie...tak terbuat lagi..
sedap nya . haha. akak , rindu!!!!
Post a Comment