Lazada Malaysia

Wednesday, October 17, 2012

Home » , » Resipi : Aiskrim Goreng

Resipi : Aiskrim Goreng


Sumber gambar : Google


Bahan-Bahan :

Roti
Aiskrim
Sudu
Cawan
Pinggan
Plastik kecil - untuk simpan roti
Minyak masak - untuk menggoreng

1. Sediakan bahan-bahan sebelum membuat.

2. Ambil sekeping roti, letakkannya di atas pinggan. Kemudian, ambil beberapa sudu aiskrim kemudian letakkannya di tengah-tengah roti tadi.

3. Ambil sekeping roti lagi untuk ditelengkupkan ke atas roti yang telah diletakkan aiskrim tadi. Pastikan roti tersebut terletak sama dan aiskrim berada di dalam kedua-dua roti.

4. Ambil cawan dan letakkan cawan tersebut di tengah-tengah atas kedua-dua roti tu.

5. Tekan cawan untuk proses pembentukan seperti yang ditunjukkan. Pastikan kedua-dua keping roti tu bercantum dan aiskrim berada di dalam roti. Kemudian potong roti tersebut supaya menjadi bulat atau nampak seperti bulat.

6. Macamnilah bentuk roti yang telah dibuat. Pastikan kawasan tepinya ditutup kemas, jangan biarkan aiskrim boleh terkeluar dari dalam roti.

7. Selepas siap, masukkan roti tersebut ke dalam plastik kecil. Kemudian, cepat-cepatlah masukkannya ke dalam peti sejuk. Biarkan semalaman (minima).

8. Setelah semalaman berlalu. Panaskan minyak dulu di dalam kuali. Selepas minyak sudah panas, keluarkanlah aiskrim goreng dan terus menggorengnya. Bergantung seberapa lama untuk korang menggorengnya, asalkan jangan hangus pulak nanti.

9. Siap untuk dimakan. Panas di luar tapi sejuk di dalam.

Terliur ke?hehe Jika teringin nak buat juga, jangan segan silu untuk mencubanya ye... :)

19 sweet comments:

ma ❥ said...

Rasa dia cm ne ni? he he

Miss N™ said...

nur dah buat.,.sedappppp..!

are_lin@yu said...

yeayy ayu pnh wt..mmg sdp!hihi

Unknown said...

wahhh ... sedap. mmg nk kene buat nie. ^^ TQ

Unknown said...

yeahh...mmg sdp.dah penah try tp memandangkan hubby sis x suka mkn eskem so baru skali try.hihi...

kinara kinatara said...

wah..best2..boleh wat sendiri kat umah..:)

cik.einaaa said...

dapnyaaaa;)

dya nasir said...

haha..dya hari itu buat smpai lupa nk goreng.haha

Pen Biru said...

oh..senang aje ye..boleh try ni

Arina Shamsul said...

akak dah cuba..ranggup dan sedap,tapi kena makan cepat2 ..hehehe.

Chic Na said...

nyummmyyy.. terliur sangat dah ni. :)

Unknown said...

ooo... begitu rupanya cara buat aiskrim goreng,, baru ku tahu... ^_^

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

akak dh buat mmg sedap hiks

IntaNBerliaN said...

senang kan nak buat.. sedap lak tu :-)

IntaNBerliaN said...

senang kan nak buat.. sedap lak tu :-)

mummyrinazone beauty said...

kat mamak selalukan ada.tapi mahai kemain baik buek sendiri

Cik Ai said...

sedap...
nti mmg ai nk try wat..x sedap siap solehah.hahaha

Cikrosecute said...

bilalah sis nak buat nie...tak terbuat lagi..

Khai_Sol said...

sedap nya . haha. akak , rindu!!!!