Lazada Malaysia

Saturday, March 17, 2012

Home » MINI UJIBAKAT IMAM MUDA MUSIM KETIGA

MINI UJIBAKAT IMAM MUDA MUSIM KETIGA


Pihak Astro Oasis di bawah rancangan Imam Muda musim ketiga akan mengadakan uji bakat bagi mencari insan yang berkarisma dan berwibawa dalam aspek kepimpinan, berpengetahuan agama dan berketrampilan dalam memimpin masyarakat serta meneruskan dakwah islamiah. Ujibakat tersebut akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 21 Mac 2012 ( Rabu)

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat : Bilik Galeri, Aras Bawah, Kolej Islam Darul Ridzuan

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :-

  1. Lelaki Muslim
  2. Umur 18 hingga 30 tahun
  3. Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  4. Mempunyai K/P dan Pasport yang sah
  5. Fasih berbahasa Melayu
  6. Mempunyai latarbelakang agama Islam yang baik

Sehubungan dengan itu, sesiapa yang berminat bolehlah menghadiri ke ujibakat tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai ujibakat ini, sila layari laman web KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN.


Sekian, terima kasih.

0 sweet comments: