Lazada Malaysia

Thursday, March 8, 2012

Home » Contest Aku Suka Makan Coklat !!

Contest Aku Suka Makan Coklat !!

*Klik banner untuk sertai

Assalamualaikum dan hai semua.

Jom join Contest Aku Suka Makan Coklat!!
Cara-cara nak sertai? Senang saje....
  • Follow Blog INI
  • Copy and paste gambar di atas beserta link blog ini
  • Buat satu entry mengenai Contest Aku Suka Makan Coklat !!
  • Berikan sebab kenapa anda suka makan coklat
  • Tag 3 blogger lain
  • Tinggalkan link entry anda di Comment Box
TARIKH TUTUP : 28.03.2012
(sempena ulang tahun kelahiran Admin yg ke 22)

Eh2,umur kita sama la...hehe ada chance nak menang ni

Hadiah-hadiah : KLIK SINI


Sekali tengok contest ini, memang ramai yang join. Dalam hati terkesima sekejap. Agak-agak saya boleh menang ke? Disebabkan dengan perasaan ingin cuba, saya pun join jugakla. Dengan muka tanpa segan silu, saya nak kongsi kisah mengenai saya dan coklat. Dengar semua, budak pink nak berceloteh. Hehe. Peace! Cerita bermula dan sila baca sampai habis...

Tiba-tiba satu malam masukla satu mesej dari nombor yang tak dikenali. Berbunyi la lagu kesukaan saya, lagu My heart nyanyian Acha Septriasa dan Irwansyah. Dalam hati terkesima. Eh,sape pula peminat saya malam-malam ni, tak pernah-pernah mesej masuk selepas pukul 2 pagi. Mata terkebil-kebil buka mesej. Mesej berbunyi " Hai awek cun, boleh berkenalan?" Erkk gila apa orang ini tiba-tiba panggil saya cun. Ah malas nak layan. Saya pun biarkan mesej itu berbunyi sambil menyanyi-nyanyi. Pagi-pagi seperti biasa perkara pertama saya buat, mestilah kemas tempat tidur dulu. Kemudian check mesej. Oh tidak! 10 inbox. Dengan muka hepi saya pun buka la mesej tu. Tiba-tiba tengok mesej yang sama dan dari orang yang sama. Dari muka yang hepi terus masam. Dengan selamba saya balas mesej tu. "Awak,kalau nak test orang jangan wat macamni. Saya rasa awak salah nombor. Ok salam." Lebih kurang 5 minit selepas tu... Orang tu kol. Berbunyi lagi handphone saya. Dalam hati pe sal la mamat ni, kenapa tiba-tiba dia kol. Dengan hati ingin tahu, saya pun jawab kol dia. "Awak, saya nak hantar coklat ni. Kalau awak terima, maksudnya awak milik saya." Eh2, pe hal lak mamat ni. Tak sempat saya bagitahu apa-apa dia letak handphone dia dan tiba-tiba ada bunyi motosikal di depan rumah. Dia matikan enjin motosikal dia sebab tak nak bagi orang lain dengar. Nasib baik masa tu famili saya tak da kat rumah. Saya pun dengan selamba keluar dari rumah nak tahu sape orang tu. Tiba-tiba dia hulurkan coklat tu. Saya pun tanya dia macamne dia dapat alamat rumah saya, tapi dia cuma cakap rahsia. Nak tahu tak, saya terima ke tak coklat tu? Ok. Jawapannya mestilah saya terima. Mana tak nya, coklat yang dia bagi tu menarik perhatian saya. Dahla warna pink semuanya dan macam-macam bentuk lagi. Oh tergugat tengok coklat warna pink yang dia bagi ni. hahaha Memandangkan saya dah da pakwe, saya cuma terima dia jadi abang angkat saya saje. Itu kira ok la daripada saya menolak, kan3? Sampai sekarang dia jadi abang angkat saya. Tq abang Kifli sebab sampai sekarang abang Kifli tahan dengan perangai Solehah yang macam budak-budak ni. Eh bukan budak-budak, tapi manja.. hahaha sila gelak di situ... dan yang best juga, coklat ni paling istimewa dan special edition tau sebab coklat ni dia buat sendiri khas untuk saya. Dia ni kerja sebagai pembuat coklat, jadi tak hairanlah hari-hari dia boleh bagi coklat kat saya. Bentuk coklat dia ni nak dekat sama dengan hadiah coklat yang si admin contest nak bagi ni. Dari sini la ceritanya bagaimana saya suka makan coklat. Romantik tak? Romantik tak abang Kifli saya? Muahahaha sila angguk semua. Sampai sekarang abang Kifli masih bagi coklat free kat saya, dan ini membuatkan saya jatuh cinta pada coklat dan suka makan coklat hari-hari. Sila jangan jeles semua. eheee Tapi yang sedihnya sejak saya masuk kolej ni, tak dapat nak rasa coklat dia hari-hari. Orang cakap angkat-angkat ni nanti boleh terangkat. Betul ke? Sila jawab semua.

Itu saje nak cerita. Ok. Bye~!!!

0 sweet comments: