Assalamualaikum dan hai semua.
Entry ini ditujukan pada adik-adik kita yang baru saje dapat result SPM. Macamne dengan result SPM adik-adik semua, ok tak? Oh jangan, jangan, jangan! Jangan menangis jika result tak ok ye adik-adik. Jangan menangis ye sayang-sayang semua. Jangan dikenang benda yang sudah berlalu. Adik-adik semua sudah buat yang terbaik. Mungkin ada hikmah atas semua ini.
"لا تحزن ان الله معانا"
Maksudnya : Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.
Adik-adik, dengar sini akak nak bagitahu. Tidak semestinya orang yang berjaya pada masa hadapan mengikut result SPM dia. Ye akak tau melalui result SPM yang bagus senang untuk mendapat apa-apa yang kita inginkan, tapi kalau yang result SPM kurang bagus tiba-tiba dia boleh kaya raya macamne pulak? Adik-adik nak tahu siapa yang akak maksudkan ini? Mari tengok bawah ini ye. Insya-Allah adik-adik pun kenal beliau juga.
.: Syed Mokhtar Al-Bukhary :.
Seorang ahli perniagaan dan bilionair Melayu yang terkaya di Malaysia.
Taraf Pendidikan : Tidak sempat mengambil peperiksaan SPM.
Ha, kalau nak tahu kisah hidup dan liku-liku kehidupan beliau sebelum berjaya, usha lah di Google ye. Insya-Allah jika adik-adik semua sudah baca, akan menjadi pendorong untuk adik-adik semua berjaya. Peace~!!!
Kepada adik-adik yang berjaya pula, tahniah ye sumenye. Ha, lepas ni adik-adik nak masuk universiti mana pulak ye? Jangan mintak universiti yang cuma berkenan di hati saje tau, nanti tak dapat menangis pulak. Mintak saje semua universiti, asal dapat masuk saje lah universiti tu. Sekarang ni ramai yang belajar, jadi jenis universiti yang adik-adik semua masuk bukan lagi dipandang pada mata masyarakat. Yang penting sekarang ni, masa hadapan adik-adik semua. Nanti adik-adik kena bekerja juga. Sekarang ni bidang pekerjaan pun sudah nak dapat. Jadi pesanan akak untuk adik-adik semua, asal dapat saje apa-apa tawaran terima saje lah ye wahai adik-adik tersayang. Panjang lebar pulak akak buat entry ini ye.hehe Oklah ye adik-adik semua. Ingat pesanan akak ye. Sayang adik-adik semua.
Diakhiri dengan lafaz Assalamualaikum w.bt.
0 sweet comments:
Post a Comment