Lazada Malaysia
Showing posts with label Hanis Zalikha. Show all posts
Showing posts with label Hanis Zalikha. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

Tips : Ingin Menjadi Blogger Masyhur/Terkenal Seperti Hanis Zalikha

Assalamualaikum.

Hai semua pembaca, terutama kepada GSF dan Kelab Keknis. Oleh kerana saya dah jadi ahli rasmi Kelab Keknis, bertambahlah lagi satu group yang saya kena pikul. Kelab Keknis ni ialah Kelab Peminat Hanis Zalikha. Disebabkan saya telah menjadi salah seorang ahli Kelab Keknis, jadi semestinya banyak benda yang saya kena tau mengenai Hanis Zalikha. Sebagai contoh tips yang akan saya share ni. Apa kata korang baca dan applikasinya dalam kehidupan korang sebagai seorang blogger.


1. Perihal alamat surat-menyurat.

Alamat belog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut in order to promote your blog. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom@15, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BELOG. Contoh: 
www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com

OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.

2. Tajuk belog hebat.

Tajuk belog haruslah sesuatu yang menarik perhatian orang, bagi menyinarkan belog anda ketika berada selari dengan belog-belog lain di dalam senarai belog seseorang. Seperti tajuk belog saya ialah 'Hanis Zalikha'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. SIAPA HANIS ZALIKHA NI DOH ASAL SEMUA ORANG NAK LINK DIA *click belog Hanis Zalikha untuk mengetahui lebih lanjut*. Ha macam itulah contohnya, ngerti? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Hanis's Own World/Mind, ada mahu click? JUJUR LAH WEH.

3. Tajuk entri mengancam.

Ini seperti tidak perlu diberitahu lagi (common sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda, hanya dengan tajuk entri "Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju", trafik saya naik kepada 15%?

4. Isi entri setimpal.

ISI ENTRI BIAR SETIMPAL DENGAN TAJUK. JANGAN GEDIK BAGI TAJUK 14 TIPS MENJADI BLOGGER BERJAYA YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG LEPAS TUH RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI BELI J.CO DONUT. Atau tajuk Model Juga Tidak Memerlukan Ijazah rupanya cerita pasal peluh petani. Tsk T_T

5. Perkara yang harus dielakkan.

Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja denganshort form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".

6.Lirik lagu.

Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda meletak lirik lagu terbaru. Ingat lagi dulu, di blog lamaku (HANIS DULU ADA BLOG?! Ya. Waktu muda-muda dulu), lirik lagu My Heart telah dipamerkan selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca, dalam 2 orang (mari gelak). Selain lirik lagu, alternatif lain adalah resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.

7. Kosa kata yang luas.

Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat: Search Engine.

8. Perihal gambar.

Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan Cellphone ku hanyalah 1.3 megapixel, sumpah pathetic kejap belog ini.

9. Perihal gambar 2.

Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik dan have the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.

10. Tema.

Tema belog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan background YANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.

11. Pendapatan(wang,duit,ringgit) dari blog.

Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan dijemput ke produk launch etc!

12. Carutan dan kutukan.

Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan pendapatan dengan belog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous you your blog is, please take note.

13. Psikologi minda.

Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, www.hansisaac.com atau www.hansisaac.blogspot.com ? Perkataan ".blogspot", sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau '.com' biasanya website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio Hans Isaac, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda nampak perkataan '.blogspot.com', sure anda mahu cekidaud. Betul? Eh macam tak sesuai je guna Hans Isaac sebagai contoh, sebab rasanya, ada blogspot ke takde, pasti klik juga :B Okay tak kisahlah, saja nak bincangkan pengaruh perkataan tersebut. Unless anda sudah ada steady traffic, bolehlah beralih kepada '.com'. TERIMAKASIH KEPADA PENCIPTA www.haniszalikha.com, JASA ANDA AMAT DIHARGAI :)

14. Variasi topik.

JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA YANG SAMA SAHAJA. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajuk: Perkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula: Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa: Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda :)

Monday, October 14, 2013

Hanis Zalikha Fan Club aka Kelab Keknis


Alhamdulillah, setelah 4 hari submit borang penyertaan untuk menjadi salah seorang ahli Kelab Keknis akhirnya penyertaan saya diterima. Setelah emel penyertaan diterima, seronok bukan kemain saya maklumlah saya kan peminat tegar Hanis Zalikha. Walaupun saya dan Hanis sebaya, itu tidak mematahkan semangat saya untuk sentiasa sokong dia. Yang penting, saya seperti tak percaya sampai sekarang yang saya merupakan ahli Kelab Keknis. Terima kasih Hanis Zalikha. Tak sabar nak jumpa Hanis nanti untuk perjumpaan yang akan datang. Yeeehaa....

(Repost) Kelab ini dicipta untuk semua peminat Hanis Zalikha. Antara keistimewaan apabila menjadi ahli Kelab Keknis ialah dapat join aktiviti bersama Hanis Zalikha seperti pergi bercuti dan lain-lain lagi. Jika korang nak join juga, sila ikut langkah di bawah. 

Langkah-Langkah Untuk Menjadi Ahli Kelab Keknis

Nama, Twitter, Instagram, Tarikh Lahir, No.Telefon, Alamat Rumah

Sila emelkan butiran di atas ke : kelabkeknis@gmail.com

Wednesday, October 9, 2013

Selamat Hari Lahir Yang Ke-23, Hanis Zalikha


Happy Birthday yang ke-23, Hanis Zalikha. 
May all your dreams come true.



Alhamdulillah, bermula harini juga saya menjadi salah seorang ahli Kelab Keknis. Kelab ini dicipta untuk semua peminat Hanis Zalikha. Antara keistimewaan apabila menjadi ahli Kelab Keknis ialah dapat join aktiviti bersama Hanis Zalikha seperti pergi bercuti dan lain-lain lagi. Jika korang nak join juga, sila ikut langkah di bawah. 

Langkah-Langkah Untuk Menjadi Ahli Kelab Keknis

Nama, Twitter, Instagram, Tarikh Lahir, No.Telefon, Alamat Rumah

Sila emelkan butiran di atas ke : kelabkeknis@gmail.com

Goodluck for your life, Hanis Zalikha!

Friday, September 13, 2013

Hanis Zalikha : Covergirl Majalah Remaja & Majalah Lisa Edisi September 2013


Kerana Hanis Zalikha, akhirnya saya memiliki kedua-dua majalah ni. Majalah Remaja & Majalah Lisa edisi September 2013. Covergirl : Hanis Zalikha ♥


Sebelum ni, saya ada buat entri mengenai Hanis Zalikha Si Blogger Jelita. Korang dah baca entri tu? Kalau belum, terjahla dulu. Sejujurnya saya selesa dengan cara Hanis. Cantik, peramah dan tak sombong. Walaupun kami sebaya, tak salahkan kalau saya nak jadi peminat tegar Hanis. Kadang-kadang tu teringin juga nak jadi macam Hanis, tapi rasanya mustahil. Sebab saya ni tak suka "interframe" depan orang ramai. Jadi simpan sajelah impian tu. Korang, jom lawat Blog Hanis Zalikha.

Thursday, November 1, 2012

Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear ( Kali Ke - 8)

Assalamualaikum.

Korang sudah sedia maklum yang rancangan Mad Markets yang diacarakan oleh Hanis Zalikha sudah berakhir semalam. Begitu juga dengan sesi Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear. Waaa sedih ni. Lepas ni tak dapat saya nak chatting dengan Hanis Zalikha lagi. Oleh disebabkan semalam hari terakhir, jadi banyak sikit yang saya tanya pada Hanis. 

Topik semalam ialah bagaimana emosi boleh memberi kesan pada kulit. Jadi kami disuruh tanya pada Hanis mengenai tips kekal positif supaya kulit lebih sihat dan cantik!
 
Korang tengoklah apa yang ditanya, terutamanya saya. Lain yang disuruh, lain yang ditanya. Dan Hanis sabar melayan karenah kami yang bertubi-tubi tanya dia.heee Kalau saya, boleh stress. Haha, kidding.. :)
 
Ha, jangan stress-stress tau. Stress boleh memberi kesan pada kulit. Nanti cepat tua.ngeee Jadi senyum-senyumlah selalu ye. Jom kita tengok apa yang dikongsikan oleh Hanis mengenai stress. Terlalu banyak tips yang diberikan oleh Hanis.
 
 

* Maaf printscreen kurang jelas. Maklumlah guna paint saje. Kalau nak tengok apa yang kami bincangkan, klik SINI ataupun klik pada gambar untuk zoom.

Berakhir sudah entri mengenai "Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear". Agak-agaknya apa pula selepas ini yang ingin saya kongsikan ye. Jeng, jeng, jeng tunggu sajelah nanti ye. Selamat berblogging! :)

Thursday, October 18, 2012

Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear ( Kali Ke - 7)

Assalamualaikum. Kali ni merupakan entri mengenai Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear ( Kali Ke - 7). Wah, dah kali ke-7 saya join tu! Makin lama makin rancak ye chit-chat ni. Yang paling pasti, mesti Hanis sudah mengenali nama ni yang selalu terpacak depan laman fb Clean-Clear setiap hari Rabu, 9 malam hingga ke-10 malam. Hanis, xmau bosan tengok nama saya ye.hehe :)

Topik : Cara Untuk Menjalani Gaya Hidup Yang Seimbang

Topik persoalan saya untuk Hanis : Mengenai Diet




Sertai kami DI SINI! :)

X0X0 Happy Berblogging X0X0

Friday, October 12, 2012

Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear ( Kali Ke - 6)

Assalamualaikum.

Seperti biasa, entri mengenai Hanis Zalikha. Kelmarin sesi Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear. Sesi Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear telah bertukar ke hari Rabu. Segala info seperti berikut :



Jadi kelmarin saya bertanyakan mengenai fesyen. Kalau nak tau apa yang diborakkan oleh kami, sila skrol entri ke bawah...



















Maaf printsreen agak teruk, sebab pening tengok banyak sangat komen. Sampaikan saya kena post dua kali komen yang sama dari saya ketika chit-chat tu. Kemungkinan Hanis tak nampak komen saya yang mula-mula, maklumlah yang lain pun bertubi-tubi tanya dia. Alhamdulillah Hanis masih sudi jawab komen saya. Siap mention nama saya tu.hehe Terima kasih Hanis Zalikha... :)


9.10.1990 - 9.10.2012 ---> Happy 22nd Birthday, Hanis Zalikha...


Special birthday wish from me to Hanis at ---> H E R E !

* Jangan lupa join sesi Chit-Chat pada hari Rabu minggu hadapan di SINI!

Friday, October 5, 2012

Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear ( Kali Ke - 5)

Assalamualaikum.

Seperti biasa, update pasal chit-chat ni.heee Korang dah bosan ye, sebab saya asyik cerita pasal Hanis Zalikha. Nasib lah kalau saya ni memang fans dia. Ok kali ni saya tak nak cerita panjang-panjang sebab chit chat ni panjanglah jugak. Kali ni saya bertanyakan mengenai "Fashion in Malaysia". Korang layan jelah ye...


* Alhamdulillah Hanis masih menjawab soalan yang ditanya saya. Last minute saya memikirkan soalan ni. Terima kasih Hanis.
* Kemalasan nak update entry makin menebal sebab masalah peribadi sangatlah merungsingkan. Memang nasiblah ye sebab sekarang saya hanya update entry yang pendek-pendek je.
* Nantikan sesi "Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear" pada hari Isnin minggu hadapan di SINI.

Tuesday, October 2, 2012

Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear ( Kali Ke - 4)

Assalamualaikum.

Seperti biasa, saya akan update mengenai Chit-Chat bersama Hanis Zalikha di dalam blog. Boleh dikatakan saya ni fans Hanis Zalikha, padahal umur kami sebaya. Tahun ni, kami 22 tahun. Hah, tak percaya? Kalau tak percaya, pergi tanya Hanis sendiri ye. Kali ini saya bertanyakan mengenai artis dan fesyen. Kalau nak tau apa yang kami borakkan, baca apa yang di 'printscreen' kan di bawah ye. Hari ini saya lambat masuk chat, jadi terpaksalah printscreen komen banyak sikit berbanding sebelum ni.


Nak join juga? KLIK SINI. Nantikan chit-chat yang seterusnya pada hari Khamis ini, jam 9 malam.

Friday, September 28, 2012

Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear ( Kali Ke - 3)

Assalamualaikum.

Okay, saya tau ni kali ketiga saya update mengenai "Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear". Kenapa cerita pasal Hanis je dan kenapa mesti Hanis? Kalau nak tau kenapa saya suka cik Hanis ni, adalah kerana Hanis ni serba boleh. Hanis merupakan seorang blogger yang terkenal, juga seorang pelakon dan juga  sebagai seorang pengacara televisyen. Hebatkan dia ni? Teringin nak jadi macam dia, tapi apakan daya saya ni malu-malu kucing orangnya... :)

Okay, berbalik pada tajuk entry. Kali ni saya mengajukan soalan mengenai supplement untuk muka pula. Kalau nak tengok entry yang lepas, boleh klik SINI dan SINI.


Itulah apa yang diterangkan oleh Hanis. Rupanya saya dah terlepas untuk baca entry Hanis mengenai supplement ni. Nampaknya kena geledah semula blog Hanis. Terima kasih Hanis sudi jawab soalan saya tu.

Teringin nak join juga? Boleh KLIK SINI. Nantikan chit-chat ini pada hari Isnin minggu hadapan dengan tajuk perbincangan mengenai "How to dress up to make a great impression!". Jangan lupa, bersiap sedia dengan soalan korang untuk diajukan pada Hanis nanti! :) 

* Hari ini 28 September 2012, Hanis Zalikha akan keluar bersiaran di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9, pukul 8 pagi. Jangan lupa tonton ye semua...

Friday, September 21, 2012

Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear ( Kali Ke - 2)


Assalamualaikum.

Rasanya pasti korang ingat lagi entry saya mengenai chit chat bersama Hanis Zalikha untuk pertama kali. Klik SINI. Dulu saya ada tanya mengenai penjagaan muka, kali ni saya bertanya mengenai shopping pula. Seperti biasa, Hanis akan balas semua komen korang. Teringin nak join juga? Klik SINI. Berikut antara perbualan kami yang di "printscreen" kan :


Seperti biasa, saya nak minta tolong korang semua undi saya di dalam Peraduan Ekspresi Kejelitaanmu bersama Mad Markets. Cara-caranya :


1. Klik SINI kemudian "Like app" tersebut. 
2. Klik bahagian "Galeri".
3. Di bahagian kotak "Cari", taip nama Solehah Binti Shamsuddin".
4. Klik gambar kasut Hawkeye tersebut dan klik butang "Like" pada gambar. Link gambar : HAWKEYE.
5. Terima kasih pada yang sudi undi saya. Jasa korang akan saya kenang selamanya.

Tuesday, September 18, 2012

Chit - Chat Bersama Hanis Zalikha Di Laman FB Clean & Clear


Sebenarnya sudah lama saya nantikan peluang keemasan ini untuk bersembang dengan Hanis Zalikha dan ternyata peluang itu ada. Orang kata dapat bersembang sekali dengan seseorang yang korang harapkan akan membuatkan hidup korang cukup bermakna. Semalam, akhirnya impian saya tercapai untuk berchatting dengan Hanis Zalikha. Ini pertama kali saya bersembang dengan Hanis Zalikha. Terima kasih Hanis Zalikha kerana sudi membalas komen saya. Jom tengok apa yang kami borakkan :


"Solehah Shamsuddin" - nama fb saya. Teuja betul saya bila tengok Hanis layan komen saya tu. Maklumlah memang ramai lagi yang bersembang dengan dia tu. Korang nak bersembang dengan Hanis Zalikha juga? Kalau nak, bolehlah selalu lawat laman fb Clean & Clear di SINI dan undi saya di SINI.

Cara-cara undian:
1. Klik SINI kemudian "Like app" tersebut. 
2. Klik bahagian "Galeri".
3. Di bahagian kotak "Cari", taip nama Solehah Binti Shamsuddin".
4. Klik gambar kasut Hawkeye tersebut dan klik butang "Like" pada gambar. Link gambar : HAWKEYE.
5. Terima kasih pada yang sudi undi saya. Jasa korang akan saya kenang selamanya.

p/s : Ajaklah kawan-kawan yang lain untuk turut serta dalam chit-chat bersama Hanis Zalikha. Nantikan peluang seterusnya pada hari Khamis ini jam 9 malam. Selamat berchit-chat...