Lazada Malaysia

Thursday, July 17, 2014

Home » » Peachy KAX Bff Baru Saya Yang Comel

Peachy KAX Bff Baru Saya Yang Comel

Assalamualaikum.

Akhirnya saya dapat juga tebus patung KAX ini. Saya tebus patung KAX ini di BlueCube Aeon Manjung, Perak. Di Manjung, inilah satu-satunya tempat yang korang boleh tebus KAX. Saya dapat patung Peachy KAX. Alolo comelnya Peachy ini...


Peachy KAX memakai jersi England bernombor 4. Setahu saya, jersi ini adalah milik Steven Gerrard. Gerrard merupakan pemain tengah untuk pasukan England. Tahun ini Gerrard sudah menjangkau umur 34 tahun iaitu dilahirkan pada 30 Mei 1980. Oh bulan Mei Gerrard lahir, memang padanlah tu saya dapat Peachy ini kerana saya pun anak kelahiran bulan Mei. Bangga kejap. Heee...


Ada yang tanya saya bagaimana saya tebus patung KAX ni. Jawapannya senang saje tu. Langgan salah satu plan KAX minimum RM7 dalam seminggu. Lepas itu, pabila sudah cukup langgan, sms MYKAX ke 28882. Nanti korang akan dapat gift code. Bawa hp korang itu ke Celcom Centre ataupun BlueCube. Nanti bagitau Celcom yang kita nak tebus KAX dan tunjukkan gift code korang tu pada mereka. Selepas itu, barulah Celcom bagi patung KAX. Patung KAX ini tidak boleh dipilih. Penebusan KAX ini hanya sah untuk pengguna Celcom sahaja.


Saya harap dapat tebus patung KAX ini sekali lagi. Saya sedang mengumpul point lagi. Berharap dapat lagi. Jika saya nak tebus lagi sekali, kemungkinan saya akan tebus di Celcom Centre Teluk Intan, Perak.




Oklah, saya nak main dengan Peachy kejap. Bye.

2 sweet comments:

✿INA AINAA✿ said...

Untunglahh bagi pengguna celcom.. ena ni pengguna maxis.. sob! Tak merasalah nak dapat patung comel ni.. huuuuuuu

Unknown said...

Kat mane lg ea blh tebus kax...tnya sume xd stock..baik xpya anta kod drpd buat owg skt aty