Lazada Malaysia
Showing posts with label Zalora. Show all posts
Showing posts with label Zalora. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Apa Yang Korang Boleh Shopping Di Zalora Malaysia Dengan RM112

Assalamualaikum.

Baru-baru ini saya ada shopping di Zalora sempena hari raya yang bakal menjelang tiba. Sakan sungguh saya shopping raya sehingga kesemuanya mencecah RM 112. Ini kira ok sebab saya beli barang yang ada diskaun + guna voucher. Saya ini memang cerewet dalam bab harga. Saya hanya akan pilih barang yang berbaloi dengan harga, sebab itulah berhari-hari saya mengadap laman web Zalora ini untuk pilih. Konon nak jimat, tetapi beratus juga yang kena. Tak mengapa, belanja untuk famili saya juga.


Terima kasih Pos Laju Teluk Intan yang tak jemu-jemu singgah ke rumah saya ini. Saya kan pengguna setia Pos Laju, sampaikan abang Pos Laju tu dah kenal nama dan muka saya ini. Muka wanted sungguh! Kali ini Pos Laju bawa kotak Zalora. Muka saya yang hepi ni terus capai kotak Zalora dan sign tanda saya sudah terima parcel ini. Horeyyy!


2 PU Leather Belt & 2 Clutch With Tassel


Inilah barang yang saya order. Amboi, nampak tu ketamakan saya sampai order banyak-banyak. Eh, bukanlah. Sebenarnya saya order ini untuk saya, abah, mama dan adik saya. Saya belanja sempena hari raya yang bakal menjelang tiba. Bukan senang nak belanja, jadi inilah masanya kan.


PU Leather Belt. Tali pinggang ini smart sungguh. Yang penting abah saya suka. Simpan lagi satu, tunggu adik saya balik rumah. Nak tengok reaksi dia pula nanti.


Clutch With Tassel. Ini pula beg mama dan saya. Saya order dua jenis beg yang sama kerana citarasa kami serupa. Beg ini pun elegen sungguh sampaikan mama bagitau nak guna beg ini untuk jamuan dan majlis rasmi sahaja. Saya pula nak guna beg ini untuk hari raya nanti. Nak bawa kemana lagi kan, saya bukannya kerja lagi. Jadi guna untuk berjalan sajelah.

Terima kasih Zalora kerana tawarkan diskaun yang murah pada saya ketika shopping. Eh, jom lawat laman web Zalora. Banyak lagi barang yang masih dalam diskaun. Cepat-cepat beli sebelum kehabisan stok.

Sunday, June 29, 2014

WATCH MALAYSIA

Assalamualaikum.

Siapa di sini yang tercari-cari jam yang cantik, berkualiti dan harga berpatutan? Seutas jam tangan yang berkualiti dengan tawaran harga yang berpatutan merupakan suatu proses yang kadangkala merumitkan. Ini kerana, kebanyakkan jam yang berkualiti rata-rata ditawarkan dengan harga yang boleh mencecah sehingga ribuan ringgit Malaysia. Jam tangan juga bukan hanya berfungsi sebagai penunjuk masa tetapi sebagai aksesori terpenting yang mampu menonjolkan personaliti dan latar belakang seseorang individu.



Berita baik buat semua yang mendambakan seutas jam tangan yang berkualiti dengan tawaran harga serendah RM100 dan ke bawah, ZALORA Malaysia adalah destinasi fesyen yang tepat untuk anda. ZALORA membawakan ‘The Cheapest Watches’ daripada jenama-jenama tempatan dan antarabangsa dengan tawaran harga yang anda mampu milik.


Pelbagai jenis paparan jam tangan seperti analogue watch, chronograph watch dan digital watch. Selain itu, jam tangan juga dikategorikan berdasarkan jenis tali seperti bertali kulit, bertalit PVC atau bertali besi. Setiap jenis jam tangan ini boleh anda miliki dengan tawaran harga serendah RM 100 dan ke bawah apabila anda membuat pembelian secara online bersama ZALORA Malaysia. 


Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, rebut peluang ini untuk memiliki seutas jam tangan online daripada ZALORA Malaysia. Sambutan Hari Raya anda pastinya bertambah meriah dengan pemakaian jam tangan yang terkini sebagai aksesori anda.



Dengan beberapa langkah mudah, segalanya boleh anda miliki dengan mudah dan pantas. Hanya layari laman web ZALORA Malaysia dan temui pelbagai koleksi jam tangan online yang terkini dengan harga yang amat berpatutan. ZALORA Malaysia merupakan butik online anda yang menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma dan juga perkhidmatan pemulangan semula secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian.

KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN JAM TANGAN ZALORA : WATCH MALAYSIA
SELAMAT MEMBELI-BELAH DI ZALORA MALAYSIA

Saturday, January 11, 2014

Voucher Zalora - Januari 2014

Assalamualaikum.

Siapa sini suka shopping? Kepada yang suka tu, mari sini saya nak bagi tawaran khas untuk pembaca blog ini. Kepada yang pernah shopping dengan Zalora, pasti anda tahu gedung online shop terbesar di Malaysia ini. Sesiapa yang tidak tahu dan mahu mengetahui apakah itu Zalora, jom tengok SINI. Dan di SINI pula adalah pengalaman kedua saya shopping di Zalora Malaysia.



Sempena Tahun Baru Cina, baru-baru ini Zalora menawarkan promosi hebat untuk jualan mereka yang ada di website Zalora. Rugi kalau tidak beli waktu ini. Maklumlah banyak diskaun yang ditawarkan ketika ini. Baju, kasut, beg dan pelbagai lagi jualan yang ditawarkan harga yang murah dari biasa. Jom tengok diskaun di bawah ini lagi.





Apa lagi, klik saje link diskaun di atas ni khas untuk semua. Shopping time.