Assalamualaikum.
Alhamdulillah akhirnya saya berjaya memiliki kad Bonuslink ini. Kad Bonuslink ini bukan sahaja boleh digunakan di stesen minyak Shell, malahan ia boleh digunakan di kedai-kedai yang mendaftar bersama Bonuslink. Terdapat banyak kelebihan kad Bonuslink ini. Kita perlu mengumpul point di dalam kad dan kemudian menebus point itu dengan pelbagai hadiah penebusan yang ditawarkan. Selalunya orang gunakan kad Bonuslink ini ketika mengisi minyak di Shell. Malahan kita juga boleh dapat diskaun dan voucher jika kita membeli di salah satu kedai yang mendaftar di bawah Bonuslink. Hadiah penebusan yang ditawarkan juga menarik.
Saya buat kad Bonuslink ini kerana mama saya tiada kad Bonuslink ini. Jadi jika saya mengikut mama saya untuk mengisi minyak kereta di Shell, saya bolehlah swap kad Bonuslink saya ini. Jadi tidak membazir orang kata. Zaman sekarang ini kita kena pandai berjimat. Apa-apa tawaran ataupun peluang yang diberi, kita mesti ambil dan jangan buat tak endah. Bukan apa, nanti kita yang rugi.
Kepada sesiapa yang ingin membuat/mendaftar kad Bonuslink secara online,
boleh layari di SINI.
6 sweet comments:
done follower # 1281
http://eurukaseven.blogspot.com/2014/06/jejalan-sesawang-blogger.html
Smlm sy ada dberitahu pkerja shell .katanya jk mohin secara online kte boleh dpt kad bonuslink cantik yg warna hijau.mcmne nk dptkn.tq
mcm mne cara nak isi borang bonuslink on line .
dah klik accept tp takde respon pun. huhuuuu...
dah klik pd kotak 'accept' tp takde respon pun. huhuuu...
Semua yang nak isi, boleh bukak link bawah ye...
http://www.bonuslink.com.my/EN/MemberApplication.aspx
Post a Comment