Assalamualaikum.
Oleh kerana sudah terlalu ramai yang buat entri mengenai Doa Untuk Palestin, di sini saya ingin buat entri mengenai derma untuk membantu rakyat Palestin & Syria. Diharapkan kepada sesiapa yang membaca entri ini, dapat menyumbangkan derma anda ke salah satu tabung derma di bawah. Ringan-ringankan tangan anda untuk menderma, insya-Allah dengan derma anda itu mampu membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin & Syria. Alhamdulillah saya sudah. Semoga derma itu dapat sampai dengan selamatnya di sana. Aamine.
Jom kita beramai-ramai tolong Gaza.
KEMPEN RM1.00...
CIMB Clicks tau kan?
MAYBANK2U tau kan?
Mohon transfer RM1 pun xpe....atau seberapa yg mampu....
RM1 jerr....RM1.00...RM1.00... RM1.00.....
KETAHUILAH.....
Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.
Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.
Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?
Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!
Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;
Bank Islam : 12029010047880
Maybank : 562263010787
CIMB : 8600460353
Bank Muamalat : 12070005133717
RHB Bank : 21245760004907
Bank Rakyat : 220806195922
Derma menerusi SMS untuk Aman Palestin.
Kupon Ramadhan Bersama Palestin
Sempena kempen Ramadhan Bersama Palestin pada tahun ini, Aman Palestin telah memperkenalkan Kupon Ramadhan Bersama Palestin. Kupon Ramadhan Bersama Palestin ini bernilai RM10. Nilai RM10 dipilih kerana kami amat meyakini bahawa ianya adalah nilai yang mampu diberikan oleh rakyat Malaysia buat membantu rakyat Palestin yang kini sedang sengsara dan menderita. Setiap individu adalah dialu-alukan membeli lebih daripada satu kupon.
Aman Palestin mensasarkan RM5 juta daripada hasil jualan kupon ini. Dana terkumpul ini akan digunakan bagi tujuan sahur, berbuka puasa, anak yatim, keluarga miskin, perubatan, pendidikan, pembangunan, pertanian dan pelbagai lagi projek Aman Palestin untuk rakyat Palestin.
Bagaimana ingin menyumbang melalui kupon ini?
1. Kunjungi pejabat kami di seluruh Negara.
2. Masukkan duit ke akaun Aman Palestin dan maklumkan kepada pengurus cawangan kami yang berhampiran anda melalui SMS/ WhatsApp/Telegram dengan mesej ‘Saya mahu Kupon Ramadhan Bersama Palestin 1/3/5/10/20 (jumlah kupon dikehendaki. 1 kupon bersamaan RM10).
Kami amat berharap semua sumbangan pembelian kupon ini melalui kemasukan duit ke akaun Aman Palestin dimaklumkan kepada kami melalui cawangan yang paling hampir dengan anda. Ianya amat penting agar kami mengenal pasti jenis dan tujuan sumbangan tersebut.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kami merayu dan menyeru semua rakyat Malaysia memberi sumbangan kepada Aman Palestin dengan pembelian kupon ini. Gunakanlah kesempatan bulan Ramadhan ini untuk mendapat setinggi-tinggi ganjaran Ilahi.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan, sokongan dan dokongan anda kepada Aman Palestin selama ini. Kami amat hargainya.
Keikhlasan Anda, Ketelusan Kami
Ingat Palestin, Ingat Aman Palestin
Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Islam: 12029010047880
RHB: 21245760004907
Muamalat: 12070005133717
Bank Rakyat: 220806195922
Nombor perhubungan para pengurus cawangan di setiap negeri:
Ibu pejabat (Bangi): 0182861524
Perlis: 0133924015
Kedah: 0173663063
P Pinang: 0134400929
Perak: 0195745334
Damansara: 0196227019
Shah Alam: 0133513040
Negeri Sembilan: 0136391003
Melaka: 0132224718
Johor: 0187910651
Pahang: 0139337845
Kemaman Dungun: 0139811406
Terengganu: 0139981343
Kelantan: 0139841967
Sarawak: 0194991610
Sabah: 0198852165
Labuan: 0193127573
Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Aman Palestin Cawangan Perak mengadakan Majlis Iftar Amal 2014. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk berbuka puasa dan solat terawih bersama PU Izzat (Finalis Pencetus Ummah).
Tempat : Persiaran Meru Point, Taman Seri Meru, 30200, Ipoh,Perak
Tarikh : 23 Julai 2014
Bayaran : RM 150
Maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi :
Khairul Amin: 019-5745334
Fauziah: 010-3771350
RAMADHAN EMERGENCY RELIEF (BADR OPERATION)
Semenjak 3 minggu lalu Israel telah menyerang Gaza dan melakukan penangkapan, pencerobohan dan pembunuhan rakyat Palestin di Tebing Barat! Seluruh Palestin sedang berada dalam keadaan tegang ketika ini dan mereka sangat memerlukan bantuan dan sokongan dari kita!
Aqsa Syarif sedang melancarkan Ramadhan Emergency Relief (Badr Operation) untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkenaan isu ini dan mengumpul dana berjumlah RM6 Juta untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.
Anda boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan melalui 5 pakej berikut:
1) Pakej Iftar (RM50/set)
2) Pakej Sahur (RM20/set)
3) Pek Makanan (RM300/set)
4) Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)
5) Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain)
Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui
=Maybank Islamic (551575-004299)
=Bank Islam (1209-20100-34904)
Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
+603-8733 4636 atau +6013 744 4760
"Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka"
Kempen Pakaianku Mendahuluiku Ke Syurga. Sekiranya anda mempunyai pakaian yang masih elok tapi tak digunakan, apa salahnya jika disumbangkan kepada yang memerlukan. Bagi yang berminat untuk menyumbang, boleh hubungi saya, Wanie Zulkifli di talian 0128219874. Sumbangan anda akan diserahkan kepada wakil Syria Care pada 15 Julai ini. Anda juga boleh poskan sumbangan pakaian ke alamat berikut :
MOHD HAFIZ BIN A. ABDUL MUTALIF
KL 25 JALAN KELISA 2, TAMAN KELISA KUALA LINGGI, 78200 KUALA SUNGAI BARU MELAKA.
01128818950
Moga sumbangan ini menjadi manfaat pada kita dan yang lain. Sebarkan. Terima kasih.
1 sweet comments:
Ya Allah selamatkanla bumi palestin..
Post a Comment