Lazada Malaysia
Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Happy 1st Anniversary Blog Solehah Shamsuddin


Dengan ucapan syukur Alhamdulillah, genap setahun saya berblogging. I can’t believe it, but its already been a year since I began this blog! Pejam-pejam celik, tapi jangan sampai tak celik, rupanya sekarang sudah memasuki 1 Januari 2013. Dan secara rasminya, hari ini ialah :

HARI ULANGTAHUN YANG PERTAMA
@
1ST ANNIVERSARY

BLOG SOLEHAH SHAMSUDDIN

Tahniah Blog Solehah. Akhirnya saya berjaya menstabilkan kedudukan blog ini sehingga ke tahap ini. Dan sudah tentunya saya bertambah gembira kerana berjaya mengharungi kenangan pahit dan manis ketika berblogging di tahun 2012. Antara kenangan pahit dan manis yang ingin saya kongsikan bersama korang semua, ialah ;
  • Banyak kekangan dari famili dan kawan-kawan ketika saya masuk ke dunia blogging. Walaupun sehingga sekarang masalah ini masih ada, tetapi saya bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk terus bertapak teguh di dalam dunia blogging. Sebenarnya saya tak sampai hati nak tinggalkan dunia blogging, apatahlagi blogging sudah menjadi hobi positif saya. Dengan cara blogging, saya mampu untuk memperbaiki penulisan saya sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
  • Nuffnang : Cash-out kali pertama ketika bulan November 2012.
  • Award : Rasanya terlalu banyak. Jika korang nak tau, rajin-rajinkanlah diri untuk menggodek entry yang ada di dalam blog saya ini.
  • Saya pernah dikritik oleh blogger lain, pedas juga komennya. Maaflah kalau ada yang nak tau apa isi komennya, komen tu sudah dipadam. Biasalah tu pada awalnya, saya masih baru di dalam dunia blogging.

Berikut antara mutiara kata yang selalu saya pegang ketika saya berada di dunia blogging :
  • Life is like a camera. Focus only on what is important and you will capture it perfectly.
  • You may be disappointed if you fail, but you are doomed if you not try.
  • Strength does not come from physical capacity, but it comes from the spirit that never relented.

Kepada blogger yang masih baru di dalam dunia blogging, ingatlah nasihat yang akan saya berikan ini buat korang semua, termasuklah untuk diri saya sendiri :
  • Blogging bukan untuk meraih popular, tetapi ia sebagai medan untuk kita berkongsi sesuatu yang kita tahu.
  • Jika menghadapi sesuatu musibah atau masalah besar ketika berada di dunia blogging, jangan cepat melatah! Kerana itu membuktikan yang korang lemah untuk berada di dalam dunia blogging. Korang harus cukup tabah kerana blogger memang terdedah dengan dunia luar.
  • Akhir sekali, jangan sombong pada orang lain. Korang harus ingat, blogger mestilah bersifat peramah. Jangan sesekali memburukkan nama "Blogger" dengan sesuatu yang orang lain akan pandang hina kepada kita. Yang paling penting, jangan ada sikap syiok sendiri dan berlagak hebat mengatasi blogger yang lain yang sudah mencipta nama lebih awal dari kita.

Sebelum saya mengakhiri penulisan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada :
  • Semua ahli GSF yang selama ini banyak menyokong saya dari belakang untuk terus mara ke hadapan. Tanpa korang semua, blog saya akan sunyi-sepi. Terima kasih kerana sudi melawat dan memberikan komen kepada setiap entry yang ada di dalam blog ini.
  • Semua follower dan pelawat blog ini. Tanpa korang semua, tidak mudah untuk saya teruskan dunia blogging ini.
  • Blogger-blogger yang popular seperti Ben Ashaari, Lyssa Faizureen, Lulu Caldina, Fiz Graphic, Mak Dara, Feroz Othman, Eqbal Zack dan Hazanis. Dengan kehadiran korang semua ke sini, memberikan keyakinan pada saya untuk terus maju di dalam dunia blogging.
  • Terima kasih juga diucapkan kepada kak Eca Dwinky Asha kerana selalu berkongsi tips dan nasihat kepada saya mengenai dunia blogging. Sayang akak sangat-sangat! :)

Akhir kata, 
HAPPY 1ST ANNIVERSARY BLOG SOLEHAH SHAMSUDDIN

Sunday, December 23, 2012

Luahan Hati Seorang Blogger

Sejujurnya, saya bukanlah dikategorikan sebagai blogger yang berpengalaman di dalam dunia blogging, tapi sejujurnya apa yang akan saya nasihatkan nanti pernah dinasihatkan kepada saya ketika saya mula-mula masuk ke dunia blogging. Berikut antara nasihat saya kepada semua mengenai :

1. Widget follower - Sila guna widget google friend connect. Kalau yang bukan guna template blogskin, memang tiada masalah sebab blogspot dah sediakan. Tapi yang guna blogskin dan buat widget follower sendiri, tolonglah betulkan id blog korang tu. Disebabkan id blog korang tu salah, orang lain tak boleh follow blog korang. Korang juga yang rugi nanti. 

2. Tempat komen entri - Tolong buang word verification. Saya tau, dengan penuh kesabaran saya sanggup meneka word verification sampai dapat. Tapi kalau dah kerap masuk blog yang ada word verification, susahla camni. Korang juga akan kehilangan pengomen nanti.


3. "Pop-up display" di dalam blog - Ini satu hal lagi. Selalu orang suka buat pop-up display untuk fanpage facebook dan twitter. Kalau yang ada butang close tu tak mengapa lagi, ni ada yang langsung hide butang close. Kena tunggu 5 minit pulak tu. Saya nak tanya, apa korang akan rasa masa tu? Sendiri tau jawapannya kan. Maaf kalau ada yang terasa, harap dapat buang pop-up display ni untuk kebaikan korang juga :)


4. Penulisan entri - Guna font yang sesuai dan jangan terlalu shortcut. Sejujurnya saya tak galakkan korang guna shortcut bila menulis entri sebab kita tak tahu pembaca blog kita ni muda dari kita, sebaya dengan kita ataupun umur atasan dari kita. Jika nak selamat, gunalah font dan ayat yang mudah dibaca dan difahami.


5. Kemasan blog - Saya tak kisah korang nak hias macam-macam dalam blog tu, tapi sila kemaskan bahagian sidebar blog. Kalau blog korang cantik, orang lain pun suka lawat blog korang kan. Betul tak? :)


Ini sahaja yang saya mampu nasihatkan dulu. Harap yang lain, sila ikutlah ye. Kalau ada apa-apa yang korang nak saya betulkan dalam blog ni, komen saje di bawah ni.

Wednesday, October 3, 2012

Buffered Earning : 70 BE Datang Menyerang Bulan Oktober 2012!

Assalamualaikum.

Memang masyukkk lah tiba-tiba 70 BE terus-menerus melekat ke dalam akaun Nuffnang. Ini pertama kali BE masuk ke dalam akaun Nuffnang saya. Terima kasih Nuffnang bagi peluang untuk saya tersenyum lebar bulan ni. Tapi apa yang bagi saya musykil sekarang ni, kenapa BE ni direkod untuk tahun 2009? Haish, ramai blogger jadi pelik dah ni. Saya bersyukur, kalau betullah earning tu Nuffnang yang bagi macamtu dan tak kena hack oleh hacker bertauliah yang nak bagi para blogger kaya-raya.

Apa yang buat saya teruja lagi bila mana saya tengok earning blog Eyriqazz sampai beribu-ribu ringgit. Kaya woo En.Eyriqazz sekarang. Korang tengoklah entry dia kat SINI. Tahniah Eyriqazz sebab berjaya dapat earning sebanyak tu. 

Eh, korang tengoklah BE yang saya dapat kat bawah ni. Banyak kan? Nak percaya pun 50-50 je. 70 BE melekat pulak tu. Nuffnang, Nuffnang... :)


* Korang cash out Nuffnang x? Perlu ke saya cash out Nuffnang sekarang?

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin Daripada Blogger Solehah


Assalamualaikum.


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Ucapan ini saya ingin tujukan kepada ahli keluarga tersayang saya; mama, abah dan adik-adik saya, sanak-saudara saya, my lover serta seluruh ahli keluarganya, kawan-kawan sekolah rendah saya, kawan-kawan sekolah menengah saya, kawan-kawan universiti saya, kawan-kawan facebook saya, kawan-kawan blogger saya, jiran-jiran setaman saya dan juga kepada seluruh Musllimin dan Muslimat di Malaysia serta diluar Malaysia. Semoga anda semua menyambut hari raya Aidilfitri ni dengan penuh meriah sekali serta mendapat rahmat dari Allah.

Tahun ni my lover sambut hari raya di negara asalnya, jadi hati ni terasa begitu sunyi sekali sebab nak telefon dia waktu ni pun susah, maklumlah jauh. Untuk mengurangkan hati ni terasa begitu sunyi, saya akan melayan tetamu yang datang berziarah ke kampung atok saya. Raya pertama tahun ini saya beraya di kampung atok sebelah mama saya. Yang pasti, ketika raya pertama di kampung atok memang akan ramai yang datang menziarahi atok. Sepupu-sepupu mama saya balik ke kampung pun sebab nak menziarahi atok saya saje. Maklumlah cuma tinggal atok saya lagi yang ada. Yang saya maksudkan ni, atok perempuan ye. Oklah, lain kali saya cerita lagi suasana hari raya di kampung atok ni. Saya update ni pun sebab takda tetamu yang datang ziarah waktu ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Kullu Am Wa Antum Bikhair... :)

Wednesday, August 1, 2012

Blogger & Forum CariCyber.com

ENTRY MELEKAT SEHINGGA 1 OGOS 2012

Assalamualaikum.


Masih ingatkah kalian mengenai Contest SEO : Cinta Kotak Fibox ini? Contest tersebut telah dilancarkan di CariGold Forum dan telah berakhir dengan pengumuman pemenangnya di Forum CariCyber.com, yang mana forum ini baru sahaja dilancarkan pada bulan April yang lepas. Kali ini pada 1 Mei 2012, admin kepada Forum CariCyber.com iaitu Abang MK Amin telah melancarkan satu lagi contest terbaru yang diberi nama sebagai Contest Blogger & Forum yang mana akan ia dijalankan sehingga 1 Ogos 2012. Tahniah kepada beliau kerana berjaya menjalankan contest yang berjaya seperti ini sekali lagi khas untuk para blogger menaikkan traffik ke blog. Jadi kepada para blogger yang tidak pernah kenal beliau, apa kata kita berkenalan dahulu dengan forum terbaru beliau dulu ye. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Betul tak? hehe

FORUM CARICYBER.COM

APA ITU FORUM

Forum ini sebenarnya berfungsi sebagai suatu tempat untuk sesuatu komuniti berkumpul. Kumpulan ini biasanya merupakan satu kumpulan besar dimana mereka banyak berbincang, berkongsi ilmu, tips, software, movies, mp3 dan bermacam lagi.

KELEBIHAN BERFORUM

1. Forum memang banyak kelebihannya, ini kerana ahli forum ini biasanya mencapai beribu-ribu orang ahli.
2. Berkongsi maklumat dan sebagainya.
3. Berfungsi sebagai salah satu tempat untuk mempromosikan blog atau website.
4. Mendapatkan trafik ke dalam blog @ laman web.
5. Boleh menjana pendapatan kewangan.

CARA TINGKATKAN TRAFIK MELALUI FORUM

1. Buat satu banner blog @ laman web anda yang sangat menarik.

2. Masukkan banner tadi ke dalam bahagian “signature” dalam profile forum anda.
3. Masukkan juga sedikit kata-kata untuk promosi blog @ laman web anda.
4. Aktif dalam setiap post dimana pastikan setidak-tidaknya ada 1 komen bagi 1 entri dalam forum itu.
5. Bukak entri-entri baru yang menarik minat pembaca @ ahli forum.
6. Cuba dekati dan berkawan dengan ahli-ahli forum untuk manfaat anda selain dari mencari kenalan.

REVIEW MENGENAI FORUM CARICYBER.COM

Forum ini baru sahaja diwujudkan sebagai tambahan kepada website utama http://caricyber.com iaitu sebuah website pengiklanan. Tujuan forum ini diwujudkan adalah bagi membentuk komuniti online yang ingin berniaga, membeli, mencari maklumat dan sebagai salah satu ruangan sosial. Berikut antara ciri-ciri Forum CariCyber.com :

1. Mesra SEO (Search Engine Optimization)
2. User Friendly
3. Powerful Profiles - Setiap ahli mendapat halaman profil di mana mereka boleh upload gambar profil, lihat notifications, membuat post di wall sendiri dan profile org lain dan boleh melihat perbincangan & komen terbaru daripada ahli forum yang lain.
4. Signature - Ahli boleh membuat signature untuk dipaparkan di bawah setiap post di ruangan discussion.
5. Sistem Notifications - Ahli boleh set notification sama ada melalui emel atau forum. Sila lihat ruangan 'Preference' di profile anda.
6. Internal Message - Ahli boleh hantar private message kepada ahli yang lain dan boleh add members dalam perbualan conversation tersebut.
7. Questions & Answers - Ahli boleh membuat discussion berbentuk pertanyaan dengan memilih tab 'Ask a Question' setelah menekan butang 'Start a New Discussion' di ruangan atas sidebar. Ahli boleh menentukan jawapan manakah yang beliau pilih antara jawapan yang diterima dari ahli lain. Contoh boleh lihat di sini.

PENGALAMAN BERFORUM BERSAMA FORUM CARICYBER.COM

1. Dapat berkongsi maklumat mengenai blog, tips-tips berguna serta tutorial yang ingin dipelajari.
2. Ketika mana kita berforum bersama blogger yang turut serta di dalam forum CariCyber.com, kita akan berjaya melatih diri sendiri untuk sentiasa membantu antara satu sama lain ketika mana seseorang blogger memerlukan sebarang bentuk pertolongan.
3. Semenjak saya melibatkan diri ke dalam forum CariCyber.com, peningkatan traffik ke blog saya semakin meningkat dari hari ke hari.
4. Saya dapat belajar juga meningkatkan tahap pengetahuan saya mengenai dunia blogging.
5. Para blogger yang turut serta dalam forum CariCyber.com terdiri daripada golongan blogger yang peramah. Ini memudahkan saya untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
6. Kebanyakan masalah yang saya hadapi dalam blog dapat diselesaikan dengan mudah kerana adanya para blogger yang pakar di dalam dunia blogging.

HARAPAN TERHADAP FORUM CARICYBER.COM

1. Saya berharap forum CariCyber.com akan terus berjaya dan mengekalkan prestasi kecemerlangan forum ini.
2. Semoga peningkatan trafik ke forum ini bertambah dari semasa ke semasa.
3. Semoga dengan adanya contest ini berjaya menambahkan bilangan ahli forum. Insya-Allah.

>> Dah paham ke semua? <<
Apa kata kita skrol ke bawah untuk tengok bagaimana nak join contest ini.

CONTEST BLOGGER & FORUM

HADIAH

  • Tempat Pertama : RM300.00
  • Tempat Kedua : RM200.00
  • Tempat Ketiga : RM100.00
  • Saguhati (10 orang) : (akan dimaklumkan setelah genap 20 orang peserta)
  • Cabutan Bertuah (random.org - 1 hadiah setiap bulan) : Rahsia untuk sementara waktu
  • Kategori Khas (Entri Terbaik) : Percuma Domain & Hosting 15GB selama setahun

* Hadiah akan ditambah sekiranya terdapat tambahan Penaja

TEMPOH CONTEST

  • Mula : 1 Mei 2012
  • Tamat : 1 Ogos 2012
  • Pengumuman Pemenang : 8 Ogos 2012

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Sila Rujuk Sini

KAEDAH PENILAIAN & PEMILIHAN PEMENANG

Sila Rujuk Sini

TIPS UNTUK MENANG CONTEST

Sila Rujuk Sini

TIPS MENULIS ENTRI CONTEST DI BLOG

Sila Rujuk Sini

SENARAI PESERTA

Sila Rujuk Sini

Apa lagi yang saya ingin terangkan mengenai contest ini ye? Rasanya sudah cukup lengkap saya terangkan kepada kalian semua mengenai contest ini. Adakah kalian berminat untuk turut serta dalam contest ini? Jika anda menginginkan kejayaan seperti kami sebagai blogger berjaya di forum CariCyber.com, sila layari SINI.


Entri ini adalah untuk contest yang telah dianjurkan oleh Forum CariCyber.com & Blog Cerita Dari Hati. Contest ini telah ditaja oleh : Internet Webhosting, HzTours, TopSite Lists Ranking. Berminat untuk menjadi penaja? Sila hubungi penganjur melalui emel admin@caricyber.com

Saturday, July 14, 2012

Why Your Blog Have Problem?



Assalamualaikum.

Today I wanna write a simple entry about Blogger and Browser Compatibility. I write this entry because nowadays some of blogger have problem with blog. It's all because of your browser. When you have problem when open any blog, please check this entry okay! I hope after this, your blog will be okay. Goodluck!

Blogger and browser compatibility

Here's a list of browsers and operating systems that work with Blogger.



Windows XP/7Linux (Ubuntu)MAC OSX 10.4 +Mac OSX 10.3.9 and below
Google ChromeXXXX
Safari 4 +

XX
Internet Explorer 8X


Internet Explorer 9 
X


Firefox 3.6 +XXX


Note: Other browsers might work with Blogger. However, we can't guarantee that features will work as expected. No matter what browser you use, here's what you need to do:
What u waiting for? Change it now... :)